Pilihan anda di PRU13

Khamis, 9 Julai 2009

Manek Urai - KJ cari Nasharudin???

Berita satu :

KJ cuba alihkan isu royalti minyak Kelantan
- Husam

Ketua Pemuda Umno cuba mengalihkan isu royalti minyak Kelantan dengan menuduh seorang exco negeri Datuk Husam Musa cuba menghalang timbalan presiden PAS berkempen di Manek Urai.

Menafikan tuduhan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam, Husam juga berkata beliau sekadar ahli jawatankuasa pusat PAS dan tiada kuasa menghalang Nasharuddin Mat Isa berceramah pada pilihanraya kecil DUN tersebut yang sedang berlangsung hingga Selasa depan.

"Saya ingat dia (Khairy) nak larikan perhatian daripada isu royalti minyak. Royalti minyak yang dia kena jawab. Ini Umno yang buat.

"Kita tak ada sekat sesiapa. Mungkin dia (Nasharuddin) ada kerja lain, (jadi) dia tak datang lagi. Di Parlimen pun dia tak pergi," katanya apabila diminta mengulas isu ketidakhadiran pemimpin kanan PAS itu yang dijadikan modal kempen Umno di Manek Urai.

"Takkan di Parlimen pun saya yang larang. Mungkin sehari dua lagi (dia datang)," kata Husam lagi, yang kalah di tangan Nasharuddin sewaktu bertanding merebut jawatan nombor dua itu pada muktamar PAS, awal bulan lepas.

Susulan perebutan itu, Khairy mendakwa Husam "berdendam akibat kalah" di tangan penyandang jawatan tersebut... malaysiakini

Berita Dua
Jawapan Kepada Berita satu

Nasharudin Jalani Pembedahan

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pagi ini menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang, Selangor ekoran masalah pendarahan usus kecilnya. Beliau dimasukan pagi tadi dan baru sekejap tadi pembedahan selesai. Beliau dijangka keluar petang ini... MSO

Gambar Nasharudin dihospital Serdang.



akira8047
kedaikopitepimasjid

4 ulasan:

  1. cari nasha buat apa..carilah tudung cantik2 untuk si nori pakai,esok depan Allah kurang sikit masalah nak jawab,ni satu lagi bila nak suruh makcik wanita shahrizat pekemas sikit tudung ,nampak hajjah tu tudung asyik jatuh saja,ada faham kj...ni apa nama apa nama.

    BalasPadam
  2. Buat apa la susah2 cari Nasha diakan kat hospital.
    Tantawi pun boleh aehh.

    BalasPadam
  3. kami nak kj jawab pasai fulus royalty hak kelantan,tak ghoti ghoti koh.osahlah kj ni tak tau bahaso melayu.jangan buek malu oghang n9,adat kito tak nipu oghang,kalau tak pahambalik ghombau bukak buku adat pepatih.torang torang sobot adat bosandar kan syarak,syarak tu berujukan kitab,kitab tu alquran.apoyolai boghi dogheh duit minyak kek oghang kelantan,sodagho kito sobangso soagamo.kau ni boto boto budak kurang sambal.

    BalasPadam
  4. royalti memang hak kltan,kalu tengok peta soh dpt..,mcm ganu jugak kalu tengok peta jauh lg,tu pun kluk klik...sekali rroyalti...,skali ihsang,,,,

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu