Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 3 Julai 2009

ANUGERAH BINATANG POPULAR 2009



Babi atau nama lainnya adalah khinzir. Babi merupakan sejenis haiwan mamalia dari keluarga omnivor. Bagi sesetengah masyarakat dan kaum, babi dianggap binatang yang kotor.Menurut kajian sains, sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor.

Babi dari segi genetiknya pula mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.

Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.

Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.

Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.

Dari segi hukum agama, Islam mengharamkan umatnya memakan daging babi. Ini adalah selari dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh para doktor dan saintis tentang kemudharatan yang dibabwa oleh babi.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145)
Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:
"Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."

Larangan ini juga terdapat dalam Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4: , dan Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama babi turut dianggap bernilai sebagai mata wang dalam sesetengah masyarakat seperti puak asli di Papua New. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina, dimana Tahun Babi dimasukkan kedalam kalendar cina. Epik cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak babi yang dikenali sebagai Zhū Wùnéng.

....................................................................................................................

Kini Babi mula menyerang manusia. Selsemanya mengganggu ketenteraman masyarakat dunia. Kini diberitakan hampir 100,000 warga dunia dari pelbagai negara telah dihinggapi oleh selsema babi H1N1. Di Malaysia kes selsema babi meningkat kepada 291 kes dengan 44 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

Babi juga pernah menyerang Kerajaan Negeri Selangor apabila isu cadangan membina ladang ternakan babi dengan kaedah sistematik bernilai RM100 juta di Selangor masih terus dipolemik dan dipolitikkan bagi memberi gambaran negatif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Berita di SINI dan SINI

Dan yang terbaru apabila Babi menyerang pula kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.[sini]

Apa yang pasti, BABI perlu dianugerahkan ' BINATANG POPULAR 2009'


rujukan : wikipedia
akira8047
kedaikopitepimasjid

1 ulasan:

  1. SELOKA BABI.

    Seloka kali ni pasai babi
    kisah terjadi di negeri sendiri
    cerita dah riuh serata negeri
    babi pula menjadi selebriti.

    Dalam surat khabar atau di tv
    berita disiar berulang kali
    dalam internet riuh sekali
    dahsyat lagi di kedai kopi.

    Ada yang kutuk ada yang keji
    ada yang puji ada yang maki
    ada yang meloko berdiam diri
    pasai dah dapat makan free.

    Pasai babi kena ambik peduli
    jangan dok hebat atas kerusi
    silap haribulan tak dapat undi
    kalah pilihanraya teriak balik guri.

    DAP marah anjur demontrasi
    sanggup berjemur di panas matahari
    tenguk FRU mai dengan lori
    depa tak hairan pasai dah mangli.

    Dari pagi sampai tengahari
    DAP dok halang tak bagi jadi
    pekerja MBAS tak ambik peduli
    pasai tak ada arahan MB.

    Jengkaut tak kira kayu dan besi
    Habis disodok menyembah bumi
    Bulldozer tolak himpun ke tepi
    kering nanti boleh cucuh api.

    Tamatlah sudah isu sensasi
    penduduk sekitar senang hati
    masuk tidur semerbak wangi
    bangkit pagi pun tak bau babi.

    Cuma DAP berkecil hati
    ungkit habis perangai MB
    apa diminta semua tak bagi
    buat DAP macam anak tiri.

    PAS buat onar dah banyak kali
    DAP kata tak boleh jadi
    lalu merajuk membawa diri
    keluar pakatan kerana babi.

    DAP sangka MB nak simpati
    rupanya MB cukup keras hati
    macam halau suruh pi lagi
    pasai DAP tak kenang budi.

    Dahsyat jugak isu kali ni
    hebat dari selsema babi
    pemimpin PAS tak sedap hati
    takut hilang lagi satu negeri.

    Azizan kata bergaduh laki bini
    hari ini lari esok balik lagi
    Anwar Berahim tumpang sekaki
    salahkan media bagi publisiti.

    Cerita seloka tak habis di sini
    banyak lagi isu sensasi
    salah silap harap diampuni
    di lain ketika berjumpa lagi.


    Dari kepala otak:-

    Ekeng a/l Etong
    Cicit Tok Nadoq

    2 Julai 2009.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu