Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 10 Julai 2009

Manek Urai - Fatwa JIKA dan SEKIRANYA oleh Muhyiddin

Kemenangan Di Manik Urai Mudahkan BN Bantu Rakyat

Hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat di Manik Urai akan menjadi lebih mudah jika para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri itu memilih calon BN, sekaligus memenangi pilihan raya kecil pada 14 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan BN tidak memingggirkan mana-mana kawasan pedalaman dalam agenda pembangunannya jika diberi peluang berkhidmat di kawasan berkenaan meskipun kerajaan negeri ditadbir pembangkang.

Katanya sebuah masjid baru akan dibina, bagi menggantikan masjid lama, untuk kemudahan penduduk Kampung Temalir di sini, sekiranya BN menang pada pilihan raya kecil itu.

"Sepatutnya itu (menjadi) tanggungjawab kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS untuk membangunkan semua itu tetapi mereka sebenarnya tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya.

"Itu amanah yang sepatutnya mereka laksanakan. Mana dia slogan Membangun Bersama Islam mereka?" katanya.

Muhyiddin berkata sewajarnya rakyat di Manik Urai bersedia memilih BN yang bukan sahaja mementingkan aspek dunia dan akhirat.

"Ada lebih 12,000 petani di Manik Urai dan disebabkan mahu menjaga kebajikan mereka, BN menawarkan taraf kahidupan yang lebih baik," katanya.

Muhyiddin berkata begitu juga dengan permintaan penduduk Manik Urai Lama yang mahukan kerajaan pusat membesarkan jambatan sempit yang merentangi Sungai Kelantan di kampung itu.

"Kita boleh membina jambatan yang lebih baik, tambah lagi jika rakyat memilih BN," katanya.

Sementara itu, penduduk di Kampung Temalir merayu agar syarikat telekomunikasi memasang pencawang mereka di situ bagi membolehkan penduduk menggunakan telefon bimbit.

"Sekarang kami di kampung ini tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana di sini tidak ada gelombang talian mana-mana syarikat telekomunikasi," kata Razali Mahmud, 27.

Beliau berkata penduduk terpaksa ke tempat lain yang jaraknya kira-kira lima kilometer semata-mata untuk mendapatkan gelombang talian telefon.

"Ada telefon awam pun tidak oleh digunakan dan ini yang menyukarkan kami untuk berhubung. Tidak semua rumah penduduk di sini dibekalkan dengan talian telefon kediaman," katanya.

-- BERNAMA


Kedaikopi - tolong baca dan fahami betul-betul apa yang ustaz Muhyiddin kata. Perkataan Jika dan Sekiranya sering digunakan dan dijadikan modal dalam ucapan pemimpin2 UBN. Apakah Kerajaan Persekutuan tiada hak untuk memajukan sesebuah tempat jika tidak memenangi kawasan tersebut??.. Ini tidak boleh dijadikan alasan. Selagi alamat sesebuah tempat berada dalam negara Malaysia, Kerajaan Persekutuan boleh menyalurkan bantuan. Tidak menjadi masalah sekiranya kerajaan yang memerintah negara ketika ini untuk menunaikan tanggungjawab . Seperti kes yang berlaku di Pulau Pinang iaitu kes Kampung Buah Pala, Kerajaan Persekutaan telah ' lepas tangan' dan mengarahkan kerajaan negeri menyelesaikannya sendiri dengan alasan ia bukan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Ini juga akan berlaku di Manek Urai sekiranya UBN menang. Alasan yang sama akan digunakan,iaitu " pembangunan tidak dapat dilakukan kerana kerajaan negeri diperintah pembangkang". Jangan mudah tertipu.. Seperti yang berlaku di PRK Permatang Pauh, Najib telah berjanji untuk menyalurkan RM100k untuk setiap masjid semasa kempen berlansung. Last skali tinggal habuk... Masjid pun sanggup ditipunya.... inikan pula rakyat marhaen... fikir-fikirkanlah......

akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu