Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 4 Julai 2009

Bekas 'Pondan' ke Manek Urai


Ehhh...macam ku kenal dia ni...sape yer??
Oleh: WFAUZDIN NS

MANEK URAI kini menjadi tumpuan bukan sahaja oleh ahli-ahli politik, tetapi turut mendapat tempat di hati artis tanahair. Diberitakan seorang pelakon sudah agak veteren anak kepada tokoh agama Dato' Haji Hassan Azahari (seorang hakim Tilawah Al-Quran, Guru Al-Quran dan popular dengan siri Muqaddam di TV sewaktu ketika dahulu) dan beradik pula dengan Ketua Polis Negara, dan bekas YB Umno Datuk Fuad Hassan, beliau adalah Jalaluddin Hassan. Aktor yang sering berlakon membawa watak lelaki romantis dan kadangkala berwatak miang ini di dalam kesibukannya sebagai pelakon sempat hadir ke Manek Urai. Paling menarik, beliau pernah memegang watak `pondan' atau `bapok' dalam sebuah filem. Jangan tanya apakah hukumnya berlagak seperti pondan kerana beliau pasti tahu jawapannya, maklumlah anak seorang guru agama terkenal.

Jalaluddin Hassan dilihat berada di satu majlis ceramah oleh Ibrahim Katak Pasir Mas bertempat di Kg Laloh. Sebagai satu keluarga dengan Datuk Fuad Hassan yang juga penceramah import dari Selangor, Jalaluddin Hassan sudah tentu akan menggunakan `glamour'nya sebagai pelakon untuk menarik undi masyarakat di Manek Urai untuk menyokong Umno. Sayang sekali, beliau salah tempat dan Kelantan bukan tempat untuk artis menonjolkan `glamour'. Kelantan hanya terbuka untuk artis yang sanggup berhijrah dan berlapang dada dengan Islam. Kelantan bukan untuk artis mengampu pemimpin kerajaan. Kehadiran beberapa artis yang lebih terkenal dari aktor veteren tersebut ke bumi Kelantan kesemuanya akur dengan Islam yang dibawa oleh Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Penyanyi seperti Amy Search dan juga Siti Nurhaliza jauh popular dari Jalaluddin Hassan dan mereka akur serta hormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.

Di Manek Urai rakyat berkesempatan untuk mengenali atau `berkenalan' dengan ahli keluarga Dato' Hassan Azahari. Kehadiran Datuk Fuad Hassan ahli politik veteren dari Umno Selangor, Jalaluddin Hassan juga pelakon veteren turut hadir. Tidak mustahil nanti rakyat di Manek Urai akan berpeluang melihat Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara berkunjung ke Manek Urai. Ini adalah kerana anak-anak buah Musa Hassan telah pun berkampong di Manek Urai sejak beberapa minggu yang lalu. Betapa hebat persediaan mereka di Manek Urai.

Saya sarankan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat di Manek Urai hadir dalam ceramah Umno, apa kata jika diadakan satu pementasan drama di Manek Urai dan dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan sebagai pelakon utamanya. Tajuk drama terpulang kepada Umno untuk memikirkannya, jika tajuk drama tersebut adalah `tragedi pembunuhan Al-Tantuya', saya rasa mungkin akan dapat sambutan hebat. Jika tidak mahu tajuk berkenaan, Umno mungkin boleh memberi tajuk lain seperti `Hikayat Sang Katak'. Tentu Pak Berahim dari Pasir Mas bersetuju dengan tajuk tersebut. Asal jangan bawa watak `pondan' sudah lah.


akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu