Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 11 Julai 2009

Manek Urai - Pintu dibuka, Rumah tetap dijaga : TGHH


PAS membuka pintu perbincangan dengan semua pihak namun pada masa yang sama PAS tetap mengukuhkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Kenyataan demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada media selepas majlis ceramah umum di Chuchoh Puteri A, Manek Urai malam tadi.

"PAS membuka pintu untuk dialog dengan semua pihak tetapi pada masa yang sama kita ada rumah sendiri," katanya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang mengulas mengenai debat yang kemungkinan dibuat sayap pemuda parti itu dengan Umno.

"Kita tiada halangan jika Pemuda PAS untuk mengadakan kerjasama Pemuda Umno tetapi sekadar untuk menyertai wacana ilmiah sahaja.

"Perkara tersebut saya serahkan kepada kebijaksanaan sayap Pemuda," ujarnya.

Sementara itu, ketika diminta menjawab persoalan mengenai kehadiran Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa ke Manek Urai beliau menyatakan bahawa ahli parlimen Bachok itu akan turun hari ini.

"Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan usus dan akan hadir pada hari ini," katanya lagi.

Ditanya sebab Nasharudin tidak mengambil masa untuk berehat, beliau menyatakan bahawa Nasharudin enggan dan mahu turun membantu jentera kempen.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi menegaskan bahawa perlu diwujudkan kebebasan media dalam kempen pada setiap kali pilihan raya.

"Kita lihat pelbagai isu dibangkitkan menjelang pilihan raya tetapi tiada kebebasan media di dalam membuat liputan," demikian ujarnya.


sumber : http://prkn41.pas.org.my
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu