Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 18 Julai 2009

SPRM - Majlis Peguam mahu Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan


Turut syor protokol urusan soal siasat SPRM dikaji semula

PRESIDEN Majlis Peguam Malaysia, K. Ragunath mengumumkan pendirian pihaknya berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock di Kuala Lumpur tengah hari tadi. Di sebelah kanan beliau ialah Setiausahanya, George Varughese.

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam juga mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di Shah Alam kelmarin.

Sambil menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ipoh pagi tadi bahawa kerajaan akan membincangkan kewajaran mengadakan Suruhanjaya Diraja minggu depan, Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath berkata:

“Kami menyambut baik (kenyataan Timbalan Perdana Menteri) dan kami berharap siasatan menyeluruh akan dijalankan.”

Majlis Peguam mengadakan mesyuarat pagi ini untuk memutuskan pendirian meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya seumpama itu.

“Kami meminta kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat keadaan-keadaan yang membawa kepada kematian Teoh dan mengkaji semula protokol Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan soal siasat dan teknik siasatan,” kata beliau.

Pagi tadi, Muhyiddin berkata, Kabinet akan membincangkan kewajaran penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Muhyiddin memberitahu, pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya.

Sehingga semalam pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Kelmarin, Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor.

Kematiann Teoh menimbulkan pelbagai spekulasi kerana lapan jam sebelum itu dia dipanggil SPRM bagi membantu siasatan mengenai salah guna peruntukan wang kerajaan negeri Selangor.

GANTUNG TUGAS

Mengulas lanjut pendirian Majlis Peguam dalam isu kematian Teoh, Ragunath berkata, kesemua pegawai SPRM yang terlibat dalam urusan soal siasat Teoh pada Rabu dan kelmarin harus digantung tugas serta merta.

“Kesemua pegawai yang berhubungan dengan Teoh perlu disoal siasat untuk menyediakan laporan terperinci akauntabiliti untuk mengetahui kedudukan dan kebajikannya.

“Kertas siasatan, diari, buku log juga perlu dirampas bagi mengelakkan dakwaan diusik,” kata beliau sambil menambah, usaha perlu diambil bagi menghentikan kematian mana-mana suspek dan saksi ketika sesi soal siasat dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Kami berharap ini (kematian Teoh) menjadi yang terakhir,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM menyoal siasat Teoh sehingga awal pagi sedangkan Seksyen 20 Peraturan Lokap 1953 menyebut bahawa mereka yang ditahan tidak boleh disoal siasat antara 6.30 petang dan 6.30 pagi keesokan hari.

Malah kata beliau, pihaknya juga kecewa kerana Teoh tidak diberikan akses kepada khidmat guaman semasa disoal siasat.Mstar


akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu