عن أبي ذر رضى الله عنه قال :قلت يا رسول الله ألا تستعملوني ؟ قال فضرب بيده على منكبيه ثم قال (( يا أبا ذر، إنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها (رواه مسلم)
وَفِي الرِّوَايَة الْأُخْرَى : ( يَا أَبَا ذَرّ إِنِّي أَرَاك ضَعِيفًا ، وَإِنِّي أُحِبّ لَك مَا أُحِبّ لِنَفْسِي ، لَا تَأَمَّرَنَّ عَلَى اِثْنَيْنِ ، وَلَا تُوَلَّيَنَّ مَال يَتِيم ) ،
Maksudnya : Daripada Abi Zar RA berkata : wahai Rasulullah, adakah kamu tidak mahu melantik aku (menjadi pemimpin)? Maka Rasulullah meletakkan tangannya ke atas bahu abu zar sambil bersabda : Wahai Abu Zar, kamu adalah seorang yang lemah, sesungguhnya kepimpinan ini satu amanah. Kepimpinan ini merupakan satu perkara yang menjadi kehinaan dan penyesalan di hari kiamat nanti kecuali sesiapa yang mengambil kepimpinan dengan hak. Dan dia melaksanakan tanggungjawabnya terhadap kepimpinannya.
Di dalam riwayat yang lain : wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu ni seorang yang lemah, Dan aku menyayangi sesuatu bagi mu sebagaimana aku menyayangi sesuatu bagi ku. Janganlah kamu mengadili terhadap dua orang (yang sedang bermusuh). Jangan kamu dilantik untuk menjaga harta anak yatim.
Imam Nawawi menyebutkan di dalam syarah muslim bahawa :
Hadis ini merupakan satu perkara asas bagi seseorang mengjauhi kepimpinan. Khususnya bagi sesiapa yang tidak mampu untuk melaksanakan gerak kerja kepimpinan. Kehinaan dan penyesalan ( yang disebutkan di dalam hadis ini) akan dikenakan kepada orang yang tidak ada kemampuan di dalam memimpin. Ataupun seseorang itu berkemampuan tetapi dia tidak melaksanakan amanah tersebut. Ini akan menyebabkan mereka di hina dan dibukakan keaiban oleh Allah SWT di hari kiamat. Seterusnya akan menimbulkan penyesalan kepada kezaliman yang dibuat itu.
Tetapi jikalau seseorang yang mampu memegang kepimpinan dan memerintah dengan keadilan, pasti akan mendapat ganjaran yang cukup besar. Perkara jelas disebut di dalam hadis-hadis yang shoheh. Seperti hadis : tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah SWT… atau hadis yang disebutkan di sini selepas kalimah (sesungguhnya golongan yang menegakkan keadilan akan berada di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya) dan sebagainya. Orang Muslimin juga bersepakat (ijma') mengakui kelebihan ini. Tetapi perlulah sentiasa berjaga-jaga dengan peringatan Nabi SAW tentang bahaya apabila memegang kepimpinan.
Begitu juga peringatan yang dikeluarkan oleh ulama'-ulama'. Golongan salaf tidak menerima untuk menjadi pemimpin dan mereka bersabar dengan seksaan ketika mana jawatan kepimpinan ini ditolak.
Walaupun begitu, ini bukan bermakna seseorang itu tidak boleh meminta untuk menjadi pemimpin, kerana cegahan yang disabdakan oleh Rasulullah SAW itu bukan satu cegahan yang mutlak.
Cegahan ini berkait rapat dengan amanah yang hendak dilaksanakan. Ini dapat dijelaskan dengan Permintaan Nabi Yusuf supaya dilantik menjadi orang yang menjaga perbendaharaan negara. Permintaan dibuat kerana baginda yakin untuk melaksanakan tugas ini dengan penuh amanah.
Rasulullah SAW pernah bersabda :
من طلب قضاء المسلمين حتى يناله ثم غلب عدله جوره فله الجنة ومن غلب جوره عدله فله النار (رواه أبو داوود)
Maksudnya : Sesiapa yang menuntut untuk menjadi pemerintah bagi orang muslimin sehingga dia mencapainya. Kemudian keadilan di dalam pemerintahannya melebihi dosa yang dibuat, maka golongan ini akan mendapat balasan Syurga. Kalau dosa (kezaliman) yang dilaksanakan di dalam pemerintahannya melebihi keadilannnya, maka golongan ini akan dimasukkan di dalam Neraka.
لا حسد إلا في اثنتين رجل آتاه الله مالا فسلطه على هلكته في الحق وآخر آتاه الله الحكمة فهو يقضي بها ويعلمها (رواه البخاري)
Maksudnya : Tidak menimbulkan satu kedengkian kecuali kepada dua golongan, (golongan pertama) seorang lelaki yang dikurniakan harta kekayaan oleh Allah SWT. Penguasaan harta itu dihabiskan kepada jalan kebenaran. (golongan kedua) mereka yang dikurniakan ilmu hikmah oleh Allah SWT, maka dia gunakan ilmu ini untuk memerintah dan mengajar orang lain.
Jadi kesimpulan yang dapat dibuat ialah larangan yang dikeluarkan oleh rasulullah kepasa orang-orang yang meminta dan tamak kepada kepimpinan ditujukan kepada sesiapa yang tidak mampu melaksanakan amanah kepimpinan dengan baik. Tetapi bagi sesiapa yang mampu untuk melaksanakan amanah diberikan dan digalakkan kerana Islam menggalakkan kepada umatnya supaya sentiasa berebut-rebut untuk mendapat ganjaran kebaikan.
Walaupun artikel agak terlewat dari sepatutnya, tetapi sekadar untuk peringatan bersama.
akira8047
kedaikopitepimasjid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)