Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 11 Julai 2009

Manek Urai - Bila KJ ajak PAS masuk BN


KUALA KRAI – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semalam, mempelawa Pas menyertai Barisan Nasional (BN) serta meninggalkan terus ‘pakatan murah’ yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sering memandang rendah kepada parti tersebut.

Menurutnya, selain ‘suara’ pas yang tidak pernah dipedulikan parti-parti berkenaan, pelawaan itu juga bagi menjayakan konsep 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita pelawa Pas untuk masuk BN dan bersama-sama UMNO serta parti komponen lain untuk menjayakan konsep 1Malaysia, cukuplah dengan sandiwara antara mereka.

“Seperti yang kita sering dengar, Pas dihina oleh Karpal Singh (Pengerusi DAP) apabila mereka bercakap mengenai kerajaan Islam, dimaki-hamun oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain apabila mereka bercakap hal hukum hudud, atas pentas ini saya minta Pas sekali lagi sertai BN,” katanya ketika menyampaikan ceramah anjuran UMNO di Kampung Sungai Peria, malam, kelmarin.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menegaskan pelawaan tersebut dibuat kerana beliau yakin majoriti ahli Pas masih mahukan perpaduan antara parti-parti Melayu Islam di negara ini.

“Masih ada pemimpin-pemimpin dalam Pas masih mahukan perpaduan, Cuma masalahnya satu-dua pemimpin sahaja yang kacau. Tok Guru Nik Aziz seorang yang baik, tetapi yang jadi masalah beliau bercakap macam-macam kata UMNO sama dengan komunis, UMNO sama dengan ajaran Ayah Pin sebab ada pengaruh pemimpin Pas lain seperti Husam, jadi Tok Guru dikelirukan oleh Datuk Husam Musa,” katanya. [baca selanjutnya]

TGHH menjawab disini

sumber : sinar harian
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu