Pilihan anda di PRU13

Isnin, 13 Julai 2009

Manek Urai - Polis pilih bulu


Kemeriahan di warung Fendi dan Mak Yah terganggu apabila program santai bersama Halim Yazid semalam terpaksa dihentikan secara tiba-tiba kerana mendapat arahan daripada pihak atasan. Pada masa yang sama, ceramah Barisan Nasional sedang diadakan di bilik gerakannya tidak jauh dari tempat tersebut.


Program yang dianjurkan itu mendapat sambutan hebat terutamanya dikalangan anak-anak muda yang memang meminati ikon dikir barat itu.

Sebelum persembahan dikir barat bermula, Halim Yazid beramah mesra dan minum-minum bersama dengan pelanggan warung Fendi dan Mak Yah. Pengunjung semakin ramai apabila persembahan bermula dengan persembahan daripada Pak Abu dan Fitri.


Halim Yazid menyampaikan 2 buah lagu yang bertajuk "Amy Buah Seto" dan "Anak Tupai". Orang yang hadir juga semakin bertambah tidak kira umur dan fahaman politik. Suasana cukup ceria dengan nyanyian dan celoteh daripada Halim Yazid.


Belum pun sempat Halim Yazid menghabiskan lagu yang kedua (Anak Tupai), beliau tiba-tiba berhenti selepas diminta oleh pengerusi majlis. Pengerusi meminta maaf kepada audiens dan memaklumkan program pada malam tersebut terpaksa dihentikan selepas mendapat arahan dari pihak atasan.

Orang ramai agak kecewa kerana program terpaksa dihentikan secara tiba-tiba dikala Halim Yazid mendendangkan lagu Anak Tupai. Ramai orang menganggap ini merupakan satu lagi tindakan terdesak UMNO yang semakin kehilangan sokongan dikalangan pengundi

Daripada maklumat yang diperolehi, program tersebut terpaksa ditamatkan selepas mendapat desakan daripada Barisan Nasional yang tidak berpuas hati kerana program ceramah yang mereka anjurkan tidak mendapat sambutan. Bagi mengelakkan kejadian menjadi lebih teruk pihak atasan terpaksa mengarahkan agar program santai dan dikir barat itu dihentikan segera.

Seorang warga emas yang turut sama menonton persembahan dikir barat semalam berkata, pihak UMNO semakin tertekan kerana program-program yang mereka anjurkan tidak mendapat sambutan orang ramai. Orang-orang yang ramai hadir di dalam program-program anjuran BN merupakan orang daripada luar dan bukan penduduk tempatan.

Malah sumber terdekat memberitahu kehadiran yang menghadiri program bersama Timbalan Presiden UMNO, Muhyidin Yassin pada petang semalam juga hanya dianggarkan 100 hingga 200 orang.



sumber : http://prkn41.pas.org.my
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu