DABONG, 12 Julai - Kenyataan BN yang sentiasa mencanang kononnya akan berlaku perpecahan sekiranya kerajaan diambil alih Pakatan Rakyat sering menjadi kempen murahan BN.
Nizar dalam ucapannya semalam, melihat kenyataan tersebut hanya ingin menakutkan rakyat daripada memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara. Rakyat sentiasa ditakutkan Umno kononnya bila tukar kerajaan akan berlaku perpecahan.
Walhal menurutnya, jelas nyata apa yang dibuat selama ini hanya omongan kosong dan Pakatan Rakyat sehinga kini masih utuh.
Menegaskan bahawa Umno adalah parti rasuah, ahli parlimen Bukit Gantang itu menjelaskan, hal itu telah diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri mereka, Tun Mahathir Mohamed.
Malah, Tun Mahathir turut melabelkan Umno sebagai parti politik kedua yang terbesar dalam mengamalkan rasuah di dunia.
Selain menyebut soal kezaliman BN selama memerintah 52 memerintah Malaysia, beliau turut menambah berkenaan sistem kehakiman yang penuh dengan penipuan yang berlaku di Perak dan pelbagai kes lain lagi.
sumber : http://prkn41.pas.org.my
akira8047
kedaikopitepimasjid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)