Pilihan anda di PRU13

Khamis, 9 Julai 2009

Manek Urai - Takaful Armalah : Bertuahnya Rakyat Kelantan

Takaful Armalah , program kebajikan untuk Rakyat

Golongan armalah di Negeri Kelantan sangat bertuah, sentiasa diberi perhatian serta bantuan daripada Pembangunan Armalah Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri yang dipimpin Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata pengarah Tabung Amanah Tok Kenali.


"Armalah di Negeri Kelantan sangat ramai, yang terdapat dalam data seramai 16,000 lebih. Yang berdaftar dengan takaful armalah seramai 12,450 orang," kata Mohd Khir Razali selaku Pengarah Tabung Amanah tersebut.


Tabung Amanah Tok Kenali telah menganjurkan program pelancaran Gerakan Pemutihan Pendaftaran Armalah peringkat Negeri Kelantan dan penyampaian Cek Manfaat Takaful Armalah Parlimen Kuala Krai dekat sini, semalam.


Mohd Khir yang berucap dalam program anjuran badan kerajaan negeri itu berkata, apa yang dilakukan kerajaan negeri sekarang sudah cukup jelas untuk memberi makna terhadap program kebajikan yang dimanfaatkan rakyat.


Peruntukan khas kepada armalah juga disediakan sebanyak RM80,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) setahun.


"Janganlah apa yang berlaku kepada kita (armalah) ini, janganlah kita rasa berputus asa. Tok Guru sentiasa menjaga kita (armalah)," tambah beliau lagi memberitahu Skim tersebut telah dilaksanakan sejak tahun 2006.


Pada Bajet Kelantan 2008 sebanyak RM2 juta disediakan kepada armalah. Jumlah itu tidak termasuk sumbangan untuk kebajikan dan pembangunan wanita sebanyak RM2 juta.

Turut hadir ke majlis tersebut, calon PAS, Fauzi Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar; ADUN Mengkebang dan ADUN Guchil.





sumber : http://prkn41.pas.org.my
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu