Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 9 Mei 2009

7 Mei - BAB ANJING : ada yang marah kedai kopi

Salam semua.

Aku ada terima email dari seorang pembaca tentang catatan aku yg bertajuk Anjing Peliharaan BN mengganas. Beliau menyuruh aku padam catatan tersebut, katanya tak patut menghina sampai macam tu. Bagi aku, perkataan ANJING bukan sesuatu yang hina. Anjing atau Babi hanyalah salah satu dari susunan abjad yang diterjemahkan untuk binatang. Beliau marah apabila aku menyifatkan golongan puliss sama seperti anjing. Beliau menyatakan anggota polis terpaksa mengikut perintah kerana pintu rezeki mereka disitu.... Bila buka bab rezeki ni, aku rasa teringin jugak nak ulas. Kepada saudara yang mengutuskan email, aku tak akan dedahkan alamat email atau apapun yang berkaitan dengan saudara.. jangan risau, cuma aku harap saudara boleh baca catatan aku kali ni...

Rezeki setiap manusia dia antara kita berlainan. Ada yang lebih dan ada yang kurang.Namun, ia tidak bermakna yang mendapat kurang mesti berserah kepada takdir semata. Manusia diberikan akal untuk berfikir berusaha memenuhi keperluan hidup dan mencapai keadaan lebih baik dalam kehidupan seharian. Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan keperluan asas atau kehendak lain, wajib diperoleh dengan cara halal. Apabila abang2 polis menyatakan mereka sekadar mengikut perintah dalam mencari rezeki. Apakah alasan ini boleh dipakai? Bab yang lebih kompleks hangpa kena tanya mufti, nak lagi bagus tanya mufti Perak. Dalam mencari rezeki, haram dan halal harus diambil kira, dari hasil inilah yang akan membentuk keperibadian kita dan keluarga. Apakah kerja menahan, mengheret, memukul, membelasah dan menangkap orang yang belum disahkan salah dalam perundangan Islam itu dikira kerja yang baik. Apakah sebagai seorang manusia berakal, abang2 dan kakak2 puliss yang yang kebanyakkan beragama Islam hanya tahu mengangguk dan menurut perintah orang atasan tanpa memikirkan hukum disisi agama pula. Mana yang lebih besar, orang atasan atau Allah SWT.Selain dari itu setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”.
(Al-Muddaththir : 38)


Apabila kita mencari rezeki yang halal kita diberi taraf yang sama dengan orang yang berjihad di jalan Allah. Apakah perlakuan yang dilakukan oleh puliss seperti di Sidang Dun Perak dianggap jihad..... Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.”
(Riwayat Al- Bukhari)

Selain dari itu Rasulullah S.A.W. juga ada bersabda yang bermaksud:

“Mencari kerja yang halal itu adalah fardhu selepas fardhu”.
(Riwayat Al- Baihaqi)


Ada individu serba kekurangan dari segi fizikal, tetapi dapat hidup berdikari. Mereka tidak menjadikan kecacatan sebagai alasan untuk mendapat simpati orang ramai. Justeru, mengapa pula individu yang sempurna fizikal seperti abang2 puliss hanya mampu mengatakan 'kami terpaksa ikut perintah untuk mencari rezeki'. Justeru, tidak ada alasan untuk abang2 puliss di negara ini mengatakan dia terpaksa melakukan perbuatan ditegah agama kerana terlalu terdesak untuk memenuhi keperluan hidup. Berjuta-juta rakyat negara lain datang ke Malaysia mencari rezeki yang dikatakan sebagai lubuk emas tetapi abang2 puliss kata pintu rezeki mereka hanya disitu .

Seseorang yang mencari rezeki hendaklah menyedari dan menghayati bahawa bekerja mencari nafkah yang dimulai dengan niat itu adalah ibadat. Niat itu penting. Kalau elok, elok la jadinya. Tapi takkan nak pi kerja belasah orang boleh dikatakan ibadat. Tak tau la pulak kalau mufti Perak kata itu sebagai ibadat.Bahkan Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan Tuhan".
(Riwayat Al-Bukhari)


‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’.
(Riwayat Al-Quda’)

Juga firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan".
(Al-Maidah : 8)

Ayat yang pertama di atas ini menjelaskan bahawa walaupun Islam itu ialah agama untuk semua manusia tetapi orang yang tidak menganuti Islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam. Ayat yang kedua pula melarang kita daripada berlaku tidak adil terhadap sesuatu kaum walaupun kita benci kepada kaum tersebut. Kedua-dua ayat tersebut memberi pengertian bahawa setiap manusia yang mencari rezeki tak kira dari anggota puliss atau sesiapa saja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan, menurut ajaran Islam. Di samping itu, sewajarnya kita berusaha menurut ajaran hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukannya dalam menghadapi manusia."
(Riwayat Al-Baihaqi)


“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari pada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah’.
(Al-An’am : 153)


Biarpun Islam menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi Islam melarang keras mengumpul harta melalui jalan yang salah atau haram. Harta diperoleh secara salah, tidak ada keberkatannya. Bila-bila masa ia akan bertukar menjadi satu bebanan dan hilang tanpa disangka.

@Bukan aku nak salah 100% anggota puliss di negara ini, tetapi selalunya apabila kita menulis dan 'ada yang terasa', kiranya mamat yang terasa itulah diantara puliss yang aku gambarkan dalam artikel yang lepas. Sekiranya tak salah maka dia tak akan terasa.



akira8047
kedaikopitepimasjid

9 ulasan:

  1. ...anakpolispencen...9 Mei 2009 pada 10:20 PTG

    Salam Bro,

    Saya respek bila bro menjawab balas sesuatu komen. Susah nak dipertikaikan lagi. Dalam jawapan siap ada dalil dan nas untuk menyokong diselangi dengan sindiran yang menambahkan lagi perisa pada catatan . Teruskan usaha dalam menegakkan keadilan.

    BalasPadam
  2. Jawapan yang mudah, jelas dan padat...jangan layan sangat mamat tu..balaci umno

    BalasPadam
  3. ~guruBAHASAmelayu~10 Mei 2009 pada 2:07 PG

    Salam bro,

    kalau nak crita bab halal haram ngan pengampu a.k.a penjilat UBN ni susah sikit. mereka tak berapa nak faham yang mana satu halal dan yang mana satu haram. sbab utama, pemimpin atasan mereka mengatakan apa yang dilakukan oleh kerajaan UBN semuanya halal walaupun bercanggah dari hukum Islam. kadang2 kita terang sampai abis suara pun, diaorang macam tu jugak.

    BalasPadam
  4. Bro,
    Ada satu kisah dalam Al-Quran tentang bala tentera firaun yang menurut perintah firaun membabi buta. Balasan yang Allah SWT tetapkan utk mereka adalah sama seperti yang dikenakan untuk tuan2 firaun mereka.Gua tak ingat dalam surah apa. Tp, Ustaz Shahril Long selalu baca ayat tu. Oleh demikian,usahakan agar cepat2 la kita tukar kerajaan, selamatkan sedara mara kita yang jadik polis(balaci umno).

    BalasPadam
  5. Salam Perjuangan

    Salam Reformasi

    ALLAHUAKBAR!!!

    BalasPadam
  6. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salam Bro.
    Aku setuju dengan pandangan Bro perihal Babi Dan Anjing . Dua binatang ini dicipta oleh Allah SWT dengan sempurna kejadiannya. Namun Dek kerana UBN telah salah gunakan agensi kerajaan , jadilah dua mahkluk babi dan anjing ini menjadi hina di pandang orang. Seperti lah orang2 melayu islam yang berkerja di kilang arak . Mereka ini tahu tentang hukum dosa melibatkan arak namun alasan bodoh selalu di mainkan ( da tak ada kerja lain so ini sajalah tempat aku mencari rezeki walaupun aku tahu arak itu adalah haram sisi islam .) Sama lah seperti agensi kerajaan terutama POLIS mereka tahu perkara halal mahupun haram disebabkan duit ( alasan da tak ada kerja lain)mereka ini (POLIS) kena ikut perintah tuannya tak kiralah betul ke tindakkan mereka ini (POLIS)atau adil ke ? disisi pandangan hukum islam atau memang mereka ini (POLIS)dah lupa mereka ini berugama islam . Atau mereka ini (POLIS)memang sentiasa bangga dengan dosa dosa mereka pikul tiap2 hari. Nauzubilah moga2 Allah SWT jauhi anak saya menjadi POLIS DI RAJA UBN .(Malaysia). Kalaulah undang2 dunia mereka ini (POLIS) boleh mempermainkan tak mushtahil undang2 islam pun mereka ini boleh mempermainkan . Nauzubilah

    BalasPadam
  7. aah balaci umno... kalau polis mogok ramai2 tak nak ikut arahan BN yg salah... bukan BN tolak gaji pun.... KAMI rakyat yang bayar cukai!

    BalasPadam
  8. Waalaikummussalam w.r.t

    salam perjuangan, salam reformasi.

    semoga Allah merestui perjuangan kita dalam mencari keadilan. kepada sahabat2 pembaca dan pengulas, doakan kemenangan untuk calon PKR di Penanti agar kita dapat memberi pengajaran kepada kerajaan UBN laknatullah yang terlalu angkuh menggunakan kuasa menindas kita. Semoga Allah membuka hati para penyokong2 UBN dari terus dijajah pemikiran oleh pemimpin2 mereka.

    Allahuakbar.

    BalasPadam
  9. Jangan lah panggil POLIS dan FRU dengan panggilan anjing...

    Panggillah dengan nama TAHI BABI.. lebih afdhal gitu....

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu