Pilihan anda di PRU13

Ahad, 3 Mei 2009

UMNO pengamal ajaran sesat.

Perkataan Islam merupakan penyataan kata nama berasal dari kata akar tiga konsonan s-l-m, dan diterbitkan dari kata kerja bahasa Arab Aslama, iaitu bermaksud "untuk menerima, menyerah atau tunduk." Demikian, Islam bermaksud penerimaan dari dan penundukan kepada kepada Allah, dan penganut harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Agama Islam menganjurkan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Begitu juga dengan agama2 lain, cthnya Buddha, Hindu, Kristian dsb. Agama2 lain juga mengajak manusia kearah kebaikan, menyuruh penganutnya menjauhi daripada melakukan kejahatab. Malaysia sebagai rumah kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama dan menjadi tanggungjawab setiap insan untuk menghormati pendirian dan pandangan orang lain. Apabila setiap anggota masyarakat mengamalkan ajaran agama masing2 mengikut apa yang digariskan dan dianjurkan oleh agama tersebut, nescaya Malaysia akan terus aman dan makmur.

Yang menjadi masalah di Malaysia, apabila tumbuhnya pelbagai ajaran sesat cthnya
  1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974)
  2. Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 )
  3. Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 )
  4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 )
  5. Tarikat Aurad Islamiah ( Kedah pada tahun 1979 )
  6. Tarikat Zikrullah ( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 )
  7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 )
  8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 )
  9. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan 1992 )
  10. Ajaran Ayah Pin
  11. Dll -
Selalu pengamal2 ajaran sesat mudah dikenali. Mereka2 ini suka mencaci Alim Ulama dan Fuqaha Islam. Penganut ajaran sesat selalunya mencaci dan menjatuhkan maruah para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam iaitu dengan melemparkan tuduhan buruk kepada para Alim Ulama dan Fuqaha Islam.Mereka telah menyembunyikan ajaran Islam sebenar demi kepentingan periuk nasi mereka, penipu, tamak haloba. Tujuan mereka melemparkan cacian keatas para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam, ialah supaya alim ulama’ dan fuqaha’ islam itu dipandang hina oleh masyarakat, dengan cara ini juga mereka mengharapkan hilang dan merosotnya pengaruh Alim Ulama’dan Fuqaha’Islam itu merosot, maka mudahlah bagi mereka untuk terus memperdayakan masyarakat. Mereka2 ini selalunya akan menggunakan segala tipu daya termasuk memperlihatkan kebaikan yang disengajakan mahupun kezaliman dalam menjaya atau menggapai misi mereka.

..............................................................................................

Dalam pada itu, aku juga terpikir, kiranya umno ni layak dikategorikan dalam ajaran sesat. Kenapa? Dah terang2an umno menolak Islam didalam pentakbiran dan pemerintahannya. Pengamal2 umno juga menghina dan mempersendakan alim ulamak. Mereka melakukan pelbagai penipuan untuk menghalalkan sesuatu yang mereka inginkan. Melakukan pelbagai kezaliman untuk menutup dari terbongkarnya kejelikan mereka. Dan sekiranya mereka mengakui mereka Islam, kenapa mereka menolak ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Mengamalkan rasuah yang terang-teranggan bertentangan dengan Islam mahupun lain2 agama.
Mereka2 ini nak dikatogerikan sebagai Islam, dah memang bukan, nak dikatakan Hindu,Buddha atau kristian pun bukan, abis tu apa lagi................... ajaran sesat laaa

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan...
    Saya bukan seorang alim ulamak, saya hanya seorg melayu Islam biasa...saya hanya nak mempersoalkan beberapa persoalan kepada tuan. Sila jawab persoalan saya.
    1. Persoalan pertama, siapa anda untuk menjatuhkan hukum ajaran sesat kepada sesiapa dgn sesuka hati? Anda bukan alim ulamak yg begitu mudah menjatuhkan hukum sesuka hati kpd sesiapa.
    2. Persoalan kedua, siapa yang menghalalkan penggunaan perkataan Allah dlm agama lain. Bukankah Anwar Ibrahim dlm ceramah di PRK Batang Ai baru2 ini? Bukan UMNO, tapi PKR..Siapa ajaran sesat,UMNO atau PKR???
    3. Persoalan kedua, siapa yg menghalalkan penggunaan ayat suci al-Quran dlm ceramah politik di PRK Bukit Gantang? Dlm ceramah tersebut, kafir laknatullah telah memberi salam dan membaca ayat suci al-Quran. Siapa bertepuk tangan? Sipa yang begitu girang dan suka? Sipa yang bertakbir 'Allahuakbar'? Bukankah umat Islam penyokong PAS? Siapa ajaran sesat? PAS atau UMNO?
    Masih banyak persoalan2 yang boleh saya ajukan. Tapi cukup setakat ini. Insaflah tuan, dunia hanya sementara akhirat jua kekal abadi. Tuan boleh berdebat dengan saya untuk sebarang isu. Sila e-mail kepada pakwan78@yahoo.com Itu pun kalau tuan berani atau sudi. Jazakallah. Wallahhua'lam.

    BalasPadam
  2. Salam ( jika anda Islam ) atau Salam Sejahtera.

    Mula2 sekali ingin saya nyatakan bahawa, orang2 seperti saudara ini lah yang menjadikan PR terutamanya PAS ditolak oleh orang Melayu. Kerana golongan BAWAHAN seperti saudara secara sesuka hati membuat fatwa yang tidak berasas, tidak mempunyai dalil2 yang jelas dan sah.(boleh dikira sebagai fatwa ke). Anda tiada hak untuk menyatakan Umno yakni semua ahlinya sesat. Tetapi anda ada hak untuk menyatakan secara terang Individu di dalam Umno sesat kerana secara terang memperlekehkan hukum Islam.

    BalasPadam
  3. Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO? Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.
    Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.
    Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran. Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?

    BalasPadam
  4. salam pakwan..TGNA jugak tidak pernah mengatakan orang umno sesat. Yang dimaksudkannya adalah batang tubuh umno itu sendiri.Persoalan dasar!!! selari atau tidak dengan Islam!!. Ini yang mesti difahami.bukankah sudah terang lagi bersuluh sesat bila memisahkan agama dan politik. semua persoalan yang pakwan nukilkan diatas jawapannya adalah ALLAH Swt.
    1. Bila lari dari akidah islam/Al-Quran-sesat la tu. nak sebuat apa lagi!
    2. Kufurlah jika sesiapa mengatakan tuhan orang cina,india adalah tokong2 dan patung2. sudah pasti tuhan mereka adalah Allah!! sama macam kita walaupun mereka tidak menyedarinya.Itu adalah asas Akidah. Cuma persoalan disini, bila mereka sebut Allah,, adakah ada dikalangan kita pergi kepada mereka, menerangkan perkara sbenar kepada mereka dan mengambil peluang berdakwah kepada mereka. 51 tahun umno memerintah, apakah sahabat2 didalam umno diberi faham apakah Islam yang sebenar?.. jawapannya sama2 kita ketahui.
    3. persoalan ketiga adalah salah satu contoh pemisahan politik dengan agama yang dipraktikkan oleh umeno. jelas dan ketara. Bagi saya, amat tepat sekali tak kiralah melayu umno ka, pas ka hatta dap sekalipun berhujah dan menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai sandaran/dalil.Bukankah Rasulullah yang membawa Al-Quran itu Rahmat untuk sekelian alam. Bila sekelian alam, pakwan paham2 la sendiri. Janganlah dimarahkan orang lain yang hendakkan Islam jika diri sendiri tidak hendak dan wajarlah merasa diri sendiri bodoh dan bengong jika hujah yang kemukakan terkena batang hidung sendiri..

    BalasPadam
  5. Semua artikel di sini adalah kata hati penulis, (sumber akan dicatatkan sekiranya penulis mengambil artikel dari mana2 pihak) bukan bertujuan untuk menghasut dan semua pelayar boleh menggunakan otak sendiri untuk menilai.

    hangpa tak baca ke kat atas... ada otak pikir sendiri la. penulis tak tulis kata dia keluarkan fatwa pun. Apa punya turrrr la hangpa ni. tu la, lain kali ada otak guna bukan letak kat lutut.
    apapun aku tetap sokong penulis. karajaan yang menolak Islam tak perlu diagungkan.

    BalasPadam
  6. Salam buat semua.

    Kali ni posting aku ada ulasan pro dan kontra. ada ahli2 umno yang marah nampaknya.

    melayu_islam
    aku dah jawab kat posting terbaru, tak payah antaq email la kot. biaq semua boleh baca. jangan tamak nak baca sorang2

    alang
    aku ISLAM.
    kau kena paham, ada ka aku keluarkan fatwa.... sapa la aku nak keluarkan fatwa.... aku tulis apa yang dipikirkan bukan hanya menerima bulat2 apa yang diperkatakan oleh orang. aku menulis bukan dibayar oleh sesiapa. kenapa pulak PAS akan terlingkup dari penulisan aku. Kah Kah kahhh... kalu PAS boleh terlingkup melalui tulisan aku, kira dasyat jugak la tulisan aku.

    rahman,ahchong,muniandi

    setiap daripada kita mempunyai prisip sendiri. dalam negara demokrasi kita berhak mempertahankan prisip kita. apapun pandangan kau, aku tetap menghormatinya

    kepada tanpa nama 16:14

    aku rasa engkau seorang pembaca yang baik. membaca dan memahami. kau paham dan teliti apa yang ditulis... syabassss.

    anakTAnjung

    betul... ada otak pikir sendiri

    BalasPadam
  7. salam bro.

    tak payah dok layan la lepa ni.

    bukannya lepah paham apa yang ditulis.

    setakat baca main2, lepas tu nak komen macam2

    ~guruBAHASAmelayu~

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu