Pilihan anda di PRU13
Jumaat, 31 Julai 2009
ISA - Himpunan untuk mengHARAMkan yang HARAM,
Jangan lupa sediakan payung!
Juga Baju hujan...
MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN MANSUH ISA 1 OGOS -harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:
1. TEMPAT BERHIMPUN DAN NEGERI-NEGERI BERKAITAN:
A. SOGO: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
B. MASJID JAME KUALA LUMPUR: Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan
C. MASJID NEGARA : Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)
2. PERARAKAN KE ISTANA NEGARA : Bermula tepat jam 2.00 untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA
3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah
4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan
Sekian,
Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
akira8047
kedaikopitepimasjid
Takziah Permatang Pasir : Satu kematian, dua liang lahad./
Pemergian beliau mengadap yang Maha Esa bakal menyaksikan Dun Permatang Pasir bakal berlaku Pilihanraya Kecil bagi menentukan wakil rakyat yang baru.
Yang pasti selepas ini, rakyat akan sediakan satu lagi liang lahad untuk menguburkan Barisan Nasional.
akira8047
kedaikopitepimasjid
Isnin, 27 Julai 2009
HARAP MAAF!!
salam semua,
Untuk makluman semua pelayar, kedaikopitepimasjid akan kembali memberi info dan himpunan berita setelah masalah teknikal yang berlaku diatasi kelak.
.....................................................................................................................
gambar untuk tatapan dan difikir-fikirkan.
akira8047
kedaikopitepimasjid
Selasa, 21 Julai 2009
SPRM - Berita wajib baca
KEMATIAN SEORANG ANARKO YANG TIDAK DISENGAJA
KEMATIAN SEORANG ANARKO YANG TIDAK DISENGAJA
KEMATIAN ANARKO YANG TIDAK SENGAJA
MENGENAL MAMAT YANG BERNAMA DARIO FO
Mamat ini berbangsa Itali bukan Bengali. Lahir tahun 1926. Mamat ini penulis satira, drama, bangsawan, pengarah teater, pelakon dan juga pembuat musik.
Mamat ini pastilah seorang komunis kerana bijak dan bergeliga.
Mamat ini telah menubuhkan kumpulan teater Collettivo Teatrale La Commune. Dari tahun 1971 -1985 hasil pendapatan mereka sering diwakafkan kepada gerakan buruh dan membantu buruh-buruh yang mogok.
Pada tahun 1997 – dia adalah manusia pertama dalam dunia ini mendapat Hadiah Nobel Kesusasteraan kerana teater.
Teater Mamat ini adalah teater orang biasa dan kaum buruh.
Pada tahun 2007 – Mamat ini telah berkongsi no 7 bersama Stephen Hawkins untuk dinobatkan oleh The Telegraph – akhbar kanan - sebagai 100 susuk yang paling bijak dalam dunia hari ini.
Teater : The Accidental Death of An Anarchist – Kematian Tidak Sengaja Seorang Anarko - telah digarap pada thun 1970. Teater lawak terbarai ini menggambarkan bagaiman seorang anarko telah mati ditolak jatuh dari bilik bangunan polis di Milano. Teater ini adalah salah sebuah teater klasik dalam dunia haari ini.
Teater ini cukup lawak - lawak terbarai kah kah kah. Teater Mamat ini pernah dipentas di Dewan Tun Sanbantahn Kuala Lumpur pada tahun 1999.
Mamat ini sudah cukup tua tetapi masih penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin.
Mamat ini bukan budayawan kaki bodek dan Mamat ini menulis dalam bahasa ibundanya - bahasa Itali. Mamat ini tidak belajar pernah kira-kira dan saians dalam bahasa Inggeris semasa dia bersekolah rendah.
NOTA: Untuk jadi pandai dan bijak - tidak bodoh dan kena tipu -
sila cari kerja seni Mamat ini. Cari bukunya di perpustakaan -
kalau tidak cari kedai buku - bukan kedai mamak. Kalau tidak
ada duit nak beli - pinjam. Kalau tidak dapat pinjam - curi.
Kalau tidak baca dalam internet. Tanya Lebai Google -
mesti nama Mamat ini ada. Jangan jadi bangang
macam ... macam sapa hah...kah kah kah...
macam orang yang tak baca buku Dario Fo.
sumber : tukar tiub
akira8047
kedaikopitepimasjid
ISA - Ceramah Isu Semasa
CERAMAH ISU SEMASA
ULASAN PRK MANEK URAI DAN ISU ISA
Tarikh : 25 JuLAI 2009
Tempat : Padang Awam Taman Guar Perahu
Masa : 9.30 Malam
Penceramah :
Mat Sabu
Dr Mansor
Lim Guan Eng
Senator Yusof Husin
akira8047
kedaikopitepimasjid
ISA - Mansuhkan ISA tanggungjawab kita
http://episodeperjuangan.blogspot.com/
akira8047
kedaikopitepimasjid
Ahad, 19 Julai 2009
SPRM - Ribuan banjiri Stadium Kelana Jaya
Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.
Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin. Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock"
Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.
Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.
Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.
sumber : malaysiakini
akira8047
kedaikopitepimasjid
SOSIAL : 13% remaja terbabit seks luar nikah
KUALA LUMPUR: Kes hamil luar nikah atau seks sebelum berkahwin di kalangan remaja berlaku bukan saja disebabkan keinginan nafsu atau perasaan tetapi turut didorong faktor ilmu seks yang ada pada mereka.
Ketua dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Onstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor, Dr Mohamad Farouk Abdullah, berkata kebanyakan remaja hari ini memiliki ilmu seks tinggi dan penting mendidik golongan itu mengenai langkah pencegahan kehamilan.
Selain itu, katanya, remaja perlu diberi kesedaran mengenai nilai harga diri dengan tidak semudahnya menyerahkan kehormatan.
“Melalui pengalaman saya, ramai remaja belasan tahun sudah melakukan seks sebelum kahwin dan hamil luar nikah. Malah, ada satu kes, mangsa berusia 16 tahun, hamil luar nikah empat kali.
“Dia menjadi mangsa sumbang mahram sejak usia 13 tahun lagi dan selepas itu terbabit dalam gejala sosial sehingga mengandung empat kali.
“Sebenarnya, remaja hari ini memiliki ilmu seks yang tinggi dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak masalah ini menjadi lebih rumit,” katanya pada Forum Remaja: Hargai Dirimu anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di sini, semalam.
Dr Mohamad Farouk berkata, antara langkah boleh dilakukan ialah dengan mendidik remaja mengenai kesihatan reproduktif supaya mereka dapat mengawal diri daripada terbabit dalam aktiviti tidak sihat.
Sementara itu, Ketua Unit Pengurusan Kes Reproduktif LPPKN, Kamarol Faridah Kamarol Zaman, berkata 13 peratus remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun terbabit dalam seks luar nikah.
Kajian Kementerian Kesihatan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Universiti Malaya itu juga mendapati 70 peratus remaja berkenaan adalah wanita dan selebihnya lelaki.
“Ia berpunca daripada keterbukaan minda yang keterlaluan selain ada sumber pencarian sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Cawangan Semarak, Norsofie Azwa Ahamad Bokhari, 19, berkata, pengalaman rakannya yang mengandung ketika masih di sekolah menakutkannya.
“Perempuan ini baru tingkatan lima dan disebabkan pergaulan bebas, dia mengandung. Lelaki terbabit pula baru tamat sekolah dan mereka dikahwinkan.
“Beberapa bulan berkahwin, pasangan ini bercerai kerana lelaki tadi tidak bekerja. Ini menakutkan namun ia memberi pengajaran kepada saya,” katanya.
Bagi Elizabeth Kay Nyigor, 20, penuntut tahun satu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seks sebelum kahwin perlu dielakkan kerana lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
SUMBER : mymetro
akira8047
kedaikopitepimasjid
1Malaysia - Dulu makanan segera kini Suami segera
KUALA LUMPUR: Tidak perlu bersusah payah memerah tenaga seperti insan lain kerana apa yang perlu dilakukan hanyalah merelakan maruah tergadai, berjanji menyimpan rahsia dan mengambil sisa orang lain demi menutup aib seseorang.
Tidak sampai satu jam, selepas semuanya selesai, dapatlah habuan wang tunai atau barangan termasuk tempat tinggal dan kenderaan .
Begitulah kerja mudah dilakukan individu tertentu yang sanggup merelakan diri menjadi ‘suami segera’ kepada wanita mengandung gara-gara terlanjur.
‘Kerjaya’ yang popular dengan gelaran ‘pak sanggup’ itu didedahkan seorang lelaki yang baru tiga bulan melakukannya.
sumber : mymetro
akira8047
kedaikopitepimasjid
Hindraf tubuhkan Parti Hak Asasi Manusia
KLANG: Pemimpin pertubuhan Hindraf yang diharamkan tahun lalu secara rasmi mengumumkan penubuhan entiti politik baru bagi masyarakat India negara ini - Parti Hak Asasi Manusia.
Hindraf pula akan terus berperanan sebagai pertubuhan bukan kerajaan.
Ia diumumkan oleh salah seorang pemimpinnya, P. Uthayakumar yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di sini sebentar tadi.
sumber :mStar
akira8047
kedaikopitepimasjid
PDRM - Polis Datang Rosakkan Majlis
Polis Kejam?
kalau ditanya kepada lanun-lanun ini, .. jawapan mereka :
-Kami hanya menjalankan tugas..
-Arahan pihak atasan wajib dipatuhi...
-Terpaksa. Ini dah periuk nasi kami...
akira8047
kedaikopitepimasjid
Peringatan buat semua warga : JANGAN LUPA!!!!
TEMPAT: Stadium Kelana Jaya
PENGANJUR : Pakatan Rakyat/Kerajaan Selangor
BILA: Ahad : 19haribuan Julai 2009
MASA : Jam 4.30 Petang
akira8047
kedaikopitepimasjid
SOSIAL : Kenapa mereka di hina?
Mahu dikenali sebagai Nana, dia bersama adiknya, Nani pernah makan sisa nasi dibuang jiran kerana terlalu lapar selepas nenek mereka tidak mampu menyediakan makanan.
“Malah, saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak tahan menanggung derita penyakit ini, ditambah lagi dengan sikap jiran dan kawan yang selalu menghina kami,” kata Nana.
Dalam usia mentah dan masih ‘merangkak’ untuk mengenal dunia, setiap hari dunia kehidupan dua beradik itu terpaksa dilalui dengan penuh liku sejak disahkan dijangkiti virus HIV daripada ibu mereka.
Saban hari kedengaran di telinga mereka pelbagai ejekan, tohmahan serta cacian oleh masyarakat sekeliling dan penghinaan paling pedas pernah didengar Nana ialah gelaran ‘Anak iblis dan syaitan (Aids)’.
Menurutnya, sejak kejadian itu yang berlaku awal tahun ini, dia jarang pergi ke sekolah kerana terlalu malu dan tidak mampu lagi menahan cercaan masyarakat.[sambungan di sini]
-kedaikopi- kenapa mereka dihina? Apakah ini yang dikatakan budaya masyarakat melayu? yang cantik molek dipuja, yang comot dan kotor dihina...... ingatlah, kita sama saja... yang berbeza amalan yang bakal dihitung.
sumber : mymetro
akira8047
kedaikopitepimasjid
1Malaysia - Mereka tak mahu berubah, biar saya yang berubah....
Pada sidang media selepas pengumuman penyertaannya ke dalam PKR, Chua Jui Meng, 64, berkata, beliau menyertai PKR memandangkan wujud banyak persamaan antara aganda politik yang ingin dibawa beliau dan Anwar.
Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau membuat keputusan itu tanpa syarat yang sepatutnya diberikan oleh PKR kepada beliau dan juga kerana wawasannya untuk pembaharuan adalah sama dengan wawasan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Wawasan saya untuk pembaharuan yang terkandung dalam manifestonya semasa pemilihan presiden MCA tahun lalu adalah sama dengan wawasan Anwar," katanya ketika membuat pengumuman itu pada persidangan akhbar selepas menghadiri Forum Awam PKR: "Kebenaran Di sebalik Skandal Perak, Zon Bebas Pelabuhan Klang dan Konspirasi Barisan Nasional" di sini, hari ini.
Chua melepaskan jawatannya sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Muar, Johor, Khamis lalu.
Beliau berhijrah ke PKR setelah yakin agenda reformasi yang dibawanya tidak mungkin didokong oleh pucuk pimpinan parti untuk membawa pembaharuan bermakna yang merentasi perbezaan kaum.
Ditanya masa sebenarnya beliau membuat keputusan untuk menyertai PKR, Chua berkata:
"Baru-baru ini. Tapi sebelum dan selepas pemilihan parti MCA tahun lalu saya sudah keluarkan manifesto saya dengan idealisme dengan visi... saya bagi MCA.
"Manifesto PKR saya nampak banyak isu yang kita ada fikiran sama. Itu mustahak bagi saya. Kalau kita ada idea yang memang bercanggah saya takkan masuk PKR."
Chua berkata, beliau tidak pernah menafikan atau mengesahkan akan menyertai PKR, walaupun banyak media melaporkan bahawa beliau menafikan bahawa beliau akan keluar daripada parti MCA dan menyertai parti pembangkang.
Katanya, beliau akan menyerahkan surat keluar parti kepada presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tidak lama lagi.
"Beliau adalah sahabat saya. Beliau adalah seorang yang teguh dengan idea dan prinsip. Saya hormati beliau kerana itu, dan saya fikir beliau juga menghormati saya. Jadi hubungan kita akan terus sebagai sahabat," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata PKR akan memberikan Chua satu jawatan dalam parti dan perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis tertinggi parti itu akan datang.
Ditanya siapa yang memainkan peranan untuk menarik Chua menyertai PKR, Anwar berkata: "beberapa sahabat... kita bertemu beberapa kali."
sumber : KelabGreenboc
akira8047
kedaikopitepimasjid
Sabtu, 18 Julai 2009
1Malaysia - Lakukan apa saja asalkan Ketuanan Rakyat berkubur.
Kes Liwat Si Saiful Dijadikan Batu Loncatan
Biarpun mereka tahu bahawa Anwar telah berjaya mempertahankan dirinya ketika kes liwat pertama 1998 dulu, namun puak-puak ini tidak akan berputus asa serta sanggup melakukan apa sahaja bagi menghalang Anwar menuju ke Putrajaya. Hasilnya, satu lagi "konspirasi liwat" terpaksa dilakukan, selepas tidak ada lagi cara lain yang lebih berkesan. Lantaran itulah kini kes liwat terbaru yang melibatkan anak muda "Saiful Bukhari Azlan" dilihat semakin timpang dan bercelaru. Biarpun pada awalnya, ramai yang meramalkan bahawa kes terbaru itu bakal menyaksikan Anwar tewas mudah dirakusan politik pihak terbabit. Namun kini, satu persatu kebobrokan yang berlaku dalam kes itu dibongkarkan. Selepas laporan perubatan daripada empat orang doktor termasuk tiga pakar dari Hospital Kuala Lumpur didedahkan, kini kes yang bakal dibicarakan dalam satu perbicaraan itu sekali lagi menimbulkan persoalan. Ia berkaitan kenyataan "panas" Pendakwaraya yang jelas tidak masuk akal sama sekali. Di mana pendakwaraya memaklumkan bahawa kes itu akan terus dibicarakan berdasarkan kepada spesimen DNA semata-mata. Ini bermakna, biarpun Saiful sebenarnya tidak diliwat oleh sesiapa berdasarkan kepada laporan perubatan HKL, namun mereka tetap mahukan ia diteruskan kerana terdapat bukti DNA perlakuan itu terjadi. Bukankah pelik dan aneh bunyinya. Ini bermakna apa yang berlaku terhadap perbicaraa liwat kali ini lebih teruk dari perbicaraan terdahulu. Semua ini berpunca daripada keinginan untuk mereka melihat Anwar "dimatikan" dari terus bersuara. Bukti DNA dijadikan asas perbicaraan kerana itu sahajalah caranya untuk mereka mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini.
DNA Mahu Digunakan Sebagai Asas Pendakwaan
Bagi melengkapkan konspirasi ini, patutlah kita ada mendengar baru-baru ini kerajaan BN beriya-iya benar mahu meminda akta DNA tersebut. Malah, lebih mengejutkan klausa yang dipinda ialah membabitkan pihak tertuduh tiada hak untuk mempertikaikan DNA yang sudah diperolehi dan disiasat oleh ahli kimi. Malah, bukti tersebut boleh dijadikan alasan kukuh untuk pendakwaan dan tertuduh tidak berhak untuk mempertikaikan semua itu. Ini bermakna, Anwar bakal terjerat dalam kes ini bilamana DNAnya telah dicuri oleh pihak polis. Biarpun "dubur Saiful masih suci dan teruna", namun ada kemungkinan DAN Anwar akan dipercikkan ke dubur beliau atau pun diletakkan di lokasi kejadian sebagai bukti. Ini amatlah tidak wajar dan jahat !! Mana mungkin asas DNA dijadikan sebagai bukti pendakwaan terhadap seseorang. Ini kerana DNA boleh diperolehi dengan mudah melalui rambut, bulu, air liur, peluh dan sebagainya. Jika ini berlaku, sudah pasti Anwar akan didapati salah atas satu kesalahan yang tidak berlaku. Asas kes liwat ialah kejadian liwat itu mesti berlaku dan terdapat bukti laporan perubatan serta pengesahan oleh doktor pakar. Kemudian barulah DNA boleh digunakan untuk tujuan siasatan. Namun, jika tiada asas mangsa diliwat, maka kenapakah bukti spesimen DNA mahu digunakan terhadap Anwar?. Ini adalah tindakan yang amat zalim namanya.
Bagaimana DNA Anwar Diperolehi Secara Tidak Sah
Sudah dinyatakan DNA boleh diperolehi dengan berbagai cara dan kaedah. Asas untuk membicarakan kes liwat kali ini hanya berpandukan kepada DNA. Besar kemungkinan ia akan digunakan dan diletakkan pada tubuh Saiful atau tempat kejadian. Ini untuk membolehkan mereka mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan itu, biarpun agak hambar. Penguambela Anwar sudah pasti sukar untuk membuat pembelaan, tambahan pula contoh spesimen DNA berkenan tidak dibenarkan oleh mahkamah untuk diperiksa serta diteliti oleh pakar DNA yang dilantik oleh Anwar sendiri. Ini berlaku di mahkamah baru-baru ini. Lantara itulah ada asa yang kukuh bahawa Anwar bakal disabitkan kesalahan ini dan akan dipenjarakan semula selepas ini. Inilah saja cara terbaik bagi mereka "mematikan suara" Anwar. Soalnya, bagaimanakah caranya DNA Anwar dicuri?. Terdapat laporan mengatakan kecurian berlaku ketika siaran langsung debat antara Anwar dengan Shabery Chik dulu. Difahamkan cahaya lampu yang terang dan panas telah dihalakan kepada Anwar menyebabkan beliau berpeluh dengan banyaknya. Ketika siaran direhatkan untuk iklan, terdapat seorang krew yang datang kepada Anwar dan mengelap peluh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dipercayai bahawa krew terbabit adalah salah seorang anggota polis yang ditugaskan untuk mendapatkan DNA Anwar. Jika maklumat ini benar, maka ia sesuatu yang amat merungsingkan kita. Tambahan pula peluh tersebut bakal dijadikan asas dan bukti kukuh untuk mensabitkan DNA Anwar bearada pada tubuh Saiful dalam kes ini. Bukankah ini sesuatu yang amat mendukacitakan kita sebenarnya. Maka seharusnya rakyat bangkit dan menghalang senario ini berlaku !!
sumber : pahang daily
akira8047
kedaikopitepimasjid
SPRM - Perang Politik dan mencari keadilan.
Apabila pertama kali membaca berita kematian saudara Teoh Beng Hock kelmarin, aku tidak terperanjat namun sedih. Aku tidaklah terperanjat kerana kes melibatkan kematian adalah perkara lumrah dalam sesebuah perang. Aku melihat pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang terus saja berlanjutan ini sebagai perang yang tidak berpenghujung. Ya, kita sekarang sedang berada di dalam kanca peperangan. Zon peperangan politik?
Semua maklum bahawa kematian atau pembunuhan adalah suatu lumrah dalam mana-mana peperangan. Peperangan politik juga tidak terkecuali. Peperangan politik di Indonesia, umpamanya telah membunuh ramai korban. Antaranya, saudara Munir diracun ketika menaiki kapal terbang dan Widji Thukul si penyair rakyat telah hilang menjelang Reformasi 2008 masih belum ditemui sehingga kini. Korban yang terbunuh dan hilang di Indonesia mungkin sukar untuk dikira lagi. Begitu juga di Filipina dan Thailand (sengaja mengambil contoh-contoh negara jiran yang dekat di hati kita).
Namun, kematian akibat peperangan politik di negara ini juga bukanlah sesuatu yang baru dan sangat memeranjatkan. Sejarah negara banyak tercalar dan akan sentiasa busuk dengan darah rakyatnya sendiri. Tragedi Memali adalah contoh paling jelas dan nyata. 14 orang anggota Parti Islam Semalaysia (PAS) dibunuh secara kejam itu.
Tragedi Memali boleh dikatakan hampir dengan aku (berbanding tragedi 13 Mei 1969 atau pembunuhan Tok Janggut) kerana kejadian tersebut telah berlaku ketika aku masih di bangku sekolah rendah lagi. Namun, secara diam-diam berita kematian 14 orang di Kedah yang aku lihat di televisyen pada petang itu membuatkan aku terus tertanya-tanya kenapa kerajaan tergamak menggunakan kekerasan tahap tertinggi kepada rakyatnya sendiri? Alasan kerajaan yang mengatakan bahawa mereka adalah ajaran sesat sampai sekarang tidak dapat aku terima. Jika benar mereka adalah orang sesat, carilah jalan untuk membantu mereka dari kesesatan itu.
Pangalaman ketika di bangku sekolah juga telah banyak mendorong perasaan ingin tahuku sehingga mampu meneroka dan memahami hakikat peperangan politik di negara ini. Sebagai pelajar sekolah seperti anda juga, momok ‘jahat dan ganas’ yang kerajaan sengaja letakkan kepada insan seperti Rashid Maidin, Samseah Fakeh, Chin Peng dan lain-lain memang telah berjaya mempengaruhiku pada masa itu.
Kepercayaan karut yang dipaksakan oleh kerajaan melalui sistem pendidikan itu hanya berjaya dibersihkan dari pemikiranku apabila pada suatu ketika dahulu aku berpeluang berjabat tangan dengan sosok tubuh Samseah Fakeh itu. Persepsi jahat dan ganas hilang serta-merta. Mata kepala aku sendiri menyaksikan bahawa dia bukanlah pengganas. Naluriku mengakui bahawa dia adalah contoh manusia yang berani. Berani mempertahankan tanahairnya. Proses membersihkan persepsi ‘jahat dan ganas’ itu aku teruskan melalui pembacaan dan diskusi di kalangan sahabat handai.
Begitulah kesan peperangan politik terhadap diri kita. Anda sendiri pasti turut mengalaminya.
Sebab itulah aku tidaklah terkejut sangat dengan berita kematian di bangunan SPRM itu. Namun, yang penting adalah bagaimanakah kemampuan kita untuk menanggapi (memahami) dan menyikapi kejadian ini secara tepat dari sudut politiknya (politically correct).
Walaupun aku bukan anggota mana-mana parti politik samada Pakatan Rakyat, apalagi Barisan Nasional tetapi aku tetap beranggapan dan percaya bahawa tindakan SPRM itu adalah sesuatu yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat di Selangor. SPRM secara terang-terangan sedang diperkudakan oleh kerajaan persekutuan sebagai alat Barisan Nasional. Akibat daripada tanggapan dan kepercayaan inilah yang membawa aku kepada sikap menentang kejahatan kerajaan Barisan Nasional.
Secara prinsipnya aku tidak menyokong apa saja dasar pemerintah yang bersifat menindas rakyat, tidak kiralah samada kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Buktinya, apabila Khalid Ibrahim mengumumkan untuk mengenakan levi terhadap pekerja asing ketika mula menjadi menteri besar Selangor pada Mac 2008, aku tidak bersetuju dan ada menulis beberapa posting di dalam blog aku berkaitan perkara ini.
Bagaimanapun, sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional di negara ini, sebagai rakyat biasa kita telah melihat dan merasakan sendiri perit dan sakit akibat perlaksanaan begitu banyak dasar yang sering tidak berpihak kepada rakyat biasa (baca, miskin atau marhaen).
Makanya, walaupun aku tidak semestinya bersetuju sepenuhnya dengan Pakatan Rakyat dan gaya kepimpinannya, namun untuk menentang kekejaman pemerintahan dan dasar Barisan Nasional laksanakan selama ini, kita tetap masih memerlukan Pakatan Rakyat untuk melakukannya bersama kita. Setidak-tidaknya, untuk buat sementara. Selagi tahap kesedaran politik di kalangan rakyat tidak meningkat dan menyeluruh. Selagi sudut pandang politik rakyat masih mampu dikelabui dan dirabunkan oleh sekadar isu-isu sempit, umpamanya perjuangan kaum dan sebagainya.
Melainkan rakyat sendiri mampu berdiri dan menggunakan kuasa demi menentukan dasar yang baik belaka untuk diri mereka, tidak ada jaminan samada Pakatan Rakyat akan sentiasa membawa dasar yang bagus atau sebaliknya Barisan Nasional akan mampu berubah dan bertaubat lalu secara sukarela melakukan perubahan hari ini atau esok. Kerana, kedua-dua harapan di atas adalah hampir mustahil.Kecuali rakyat dari bawah teguh mengasak dan mendesak apa yang hak.
Dalam keadaan majoriti rakyat belum celik ilmu politik dan mampu berfikir serta bertindak secara kritikal, golongan rakyat minoriti yang sudah berkemampuan untuk menggunakan kelebihan pemikiran kritikal dan kecelikan politik merekalah sahaja harapan kita buat masa ini. Mereka inilah sebenarnya yang telah dan akan terus memainkan peranan besar untuk membawa agenda perubahan di negara ini.
Mereka ini tentu saja tidak memiliki nama besar dalam arena politik, namun mereka adalah para aktivis dan penggiat yang berkeliaran membawa obor kesedaran di pelusuk negara. Mereka ini tentu saja bukan para editor surat khabar besar, tapi tentu saja ada di kalangan mereka adalah para penulis dan karyawan gigih walau tanpa nama yang gah.
sumber : http://www.arifabdull.com
akira8047
kedaikopitepimasjid
SPRM - Majlis Peguam mahu Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan
Turut syor protokol urusan soal siasat SPRM dikaji semula
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam juga mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di Shah Alam kelmarin.
Sambil menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ipoh pagi tadi bahawa kerajaan akan membincangkan kewajaran mengadakan Suruhanjaya Diraja minggu depan, Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath berkata:
“Kami menyambut baik (kenyataan Timbalan Perdana Menteri) dan kami berharap siasatan menyeluruh akan dijalankan.”
Majlis Peguam mengadakan mesyuarat pagi ini untuk memutuskan pendirian meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya seumpama itu.
“Kami meminta kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat keadaan-keadaan yang membawa kepada kematian Teoh dan mengkaji semula protokol Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan soal siasat dan teknik siasatan,” kata beliau.
Pagi tadi, Muhyiddin berkata, Kabinet akan membincangkan kewajaran penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh.
Muhyiddin memberitahu, pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya.
Sehingga semalam pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh.
Kelmarin, Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor.
Kematiann Teoh menimbulkan pelbagai spekulasi kerana lapan jam sebelum itu dia dipanggil SPRM bagi membantu siasatan mengenai salah guna peruntukan wang kerajaan negeri Selangor.
GANTUNG TUGAS
Mengulas lanjut pendirian Majlis Peguam dalam isu kematian Teoh, Ragunath berkata, kesemua pegawai SPRM yang terlibat dalam urusan soal siasat Teoh pada Rabu dan kelmarin harus digantung tugas serta merta.
“Kesemua pegawai yang berhubungan dengan Teoh perlu disoal siasat untuk menyediakan laporan terperinci akauntabiliti untuk mengetahui kedudukan dan kebajikannya.
“Kertas siasatan, diari, buku log juga perlu dirampas bagi mengelakkan dakwaan diusik,” kata beliau sambil menambah, usaha perlu diambil bagi menghentikan kematian mana-mana suspek dan saksi ketika sesi soal siasat dijalankan oleh pihak berkuasa.
“Kami berharap ini (kematian Teoh) menjadi yang terakhir,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM menyoal siasat Teoh sehingga awal pagi sedangkan Seksyen 20 Peraturan Lokap 1953 menyebut bahawa mereka yang ditahan tidak boleh disoal siasat antara 6.30 petang dan 6.30 pagi keesokan hari.
Malah kata beliau, pihaknya juga kecewa kerana Teoh tidak diberikan akses kepada khidmat guaman semasa disoal siasat.Mstar
akira8047
kedaikopitepimasjid
1Malaysia - Rakyat di hulu, tambang di naik.
~OneMalaysia~
"RAKYAT DI HULUKAN"
akira8047
kedaikopitepimasjid
CHUA JUI MENG masuk PKR
Bekas naib President MCA Chua Jui Meng, secara resmi telah mengisi borang untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat pada jam 2.30 petang ini.
Chua telah meletakkan jawatan ketua bahagian MCA Bakri dua hari dahulu.
akira8047
kedaikopitepimasjid
1Malaysia - Tarif Eletrik bakal naik
Beliau berkata kenaikan itu membabitkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa selepas mendapat kelulusan Majlis Ekonomi Negara.
Orang UMNO/BN mungkin suka dan tertunggu-tunggu akan kenaikan demi kenaikan sebegini.
“Bagaimanapun peratus kenaikannya belum boleh diumumkan sehingga ia diluluskan Kabinet,” katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan warga kementeriannya serta pelancaran logo baru kementerian berkenaan, semalam.
Peratus kenaikan tu tak penting,yang penting naikan dulu...1Malaysia...rakyat Didahulukan..
Ditanya sama ada kenaikan itu bakal menambah lagi beban rakyat yang baru diumumkan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam semalam, Chin berkata kenaikan itu tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.
Yer..memang setiap kenaikan itu tidak akan membebankan rakyat...sebab itu rakyat pilih UMNO/BN....apa punya kenyataan daa...nak bodohkan orang la tu..Orang UMNO/BN boleh laa kau bodohkan...
“Kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana ia didorong harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan.
“Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos). Kita boleh jelaskan kenapa tarif perlu dinaikkan dan jumlahnya tidak terlalu tinggi hanya bagi menyeimbangi kos, saya fikir rakyat boleh fahami keadaan,” katanya. - Bernama
Boleh ke elak...mana boleeehh...nanti puak-puak pauka dalam UMNO/BN tu nak makan apa.Tentu rakyat(yang undi UMNO/BN) akan faham..jgn risau mereka akan beri lagi..walaupun ada yang kena potong bekalan elektrik ke rumah mereka sebab tak mampu nak bayar bil..itu bukan masalahnya...yang penting terus beri undi...TERIMA KASEEY..
Berucap pada majlis itu, Chin berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan proaktif mengenai mitigasi bagi mengatasi jangkaan kekurangan air akibat fenomena El Nino.
Beliau berkata, beberapa siri perbincangan membabitkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan operator air di seluruh negara diadakan bagi memastikan bekalan air mencukupi.
Ye ker kaji....barangkali mereka ini tdk tahu bahawa mereka tingal di bumi milik Allah,menyedut udara dan menghirup air atas sifat ihsan serta pemurah Allah kepada semua makhluk.Namun sebliknya mereka mengingkari segala larangan Allah,bertindak melawan apa saja kehendakNya.Sehingga mengundang murka Allah...ooooh yaa hampir terlupa..UMNO tidak beritahu mereka ini akan semua itu...kerna apa..? kerna terlalu sibuk mengisi perut dan membesarkn nafsu masing-masing...baik jantan mau pun betina...baik reti dan apatah lagi yang langsung tak reti agama...
sumber : http://pemudabukitkatil.blogspot.com
akira8047
kedaikopitepimasjid
SPRM - Berita TIPU dari pemimpin PENIPU!!
Ketua Pembangkang Selangor, Mohamad Khir Toyo berkata, beliau sendiri ketika menjadi Menteri Besar pernah dirakam percakapan selama lapan jam selain fail dan dokumen diambil bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah, katanya, selepas tidak lagi memegang jawatan itu, boleh dikatakan setiap kes yang ditohmahkan ke atasnya akan disiasat SPRM, termasuk isu banglonya yang mula disiasat oleh suruhanjaya itu minggu lalu.
Justeru, beliau berpendapat adalah tidak adil apabila parti politik DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pelbagai kenyataan bagi menimbulkan keraguan umum dan kebencian orang ramai terhadap SPRM dengan mendakwa suruhanjaya itu menjalankan siasatan secara ‘pilih bulu’
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… INI BERITA PELIK… kah kah kah..
Kah kah kah…. INI BERITA GEMPAR…kah kah kah..
Kah kah kah…. INI BERITA TEKEJUT…. kah kah kah….
Kah kah kah…. SATU MALAYSIA MELOPONG… kah kah kah…
Kah kah kah…. SIAPA ADA TERBACA LAPORAN MUNKEE DI SIASAT?... kah kah kah..
Kah kah kah… HAIRAN ? PELIK ?... SPRM DI LULUS DI PARLIMEN PADA NOVEMBER 2008 …. kah kah kah…
Kah kah kah… NOVEMBER 2008 … MUNKEE NI DAH KENA PENYAPU…kah kah kah…
Kah kah kah… INI BETUL BETUL AJAIB…kah kah kah…
Kah kah kah… PARLIMEN BELUM LULUSKAN AKTA SPRM…. WAK BOTOK DAH KENA SIASAT…. Kah kah kah…
Kah kah kah… BUKAN KECIK ANAK…. KAH KAH KAH… 9 JAM…kah kah kah..
Kah kah kah... LEPAS TU... TIAP TIAP LAPORAN... MUNKEE NI KENA PANGGIL..kah kah kah
Woit… JANGAN LAH TIPU MELAYU…. DAH RAMAI MELAYU KENA TIPU… CUKUPLAAA… HENTIKANLAAA PROJEK TIPU MELAYU…kah kah kah..
Nota: Wartawan ngooook ini pun tak selidik fakta.
sumber : tukar tiub
akira8047
kedaikopitepimasjid
SPRM - Himpunan Rakyat bantah kekejaman SPRM
TEMPAT: Stadium Kelana Jaya
PENGANJUR : Pakatan Rakyat/Kerajaan Selangor
BILA: Ahad : 19haribuan Julai 2009-
MASA : Jam 4.30 Petang
ADA APA : Menunjukkan setiakawan kepada Teoh yang terbunuh.
ADA APA LAGI : Membatah perangai dan kelakuan SPRM
ADA LAGI : Menuntut diadakan Suruhanraya DiRaja menyiasat kematian Toh.
APA LAGI : Ucapan Pimpinan Pakatan Rakyat.
LAGI : Datang pakai baju hitam tanda berkabung dan marah.
ADA LAGI : Jangan jadi bodoh dan dibodohkan oleh gerombolan.
Semua dijemput datang.
sumber : tukartiub
akira8047
kedaikopitepimasjid
Kerajaan meneliti cadangan mansuhkan ISA : Muhyiddin Yassin
IPOH 18 Julai – Kerajaan akan meneliti cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penelitian terhadap akta tersebut sedang dibuat dan ia tidak akan kekal seperti status sekarang. - Utusan
akira8047
kedaikopitepimasjid
Najib, Rosmah dan billionaire
Bila Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menemui pemberita-pemberita dari Indonesia yang datang sebelum kunjungan rasminya ke Jakarta pada bulan April, dia menyebut-nyebut nama seorang ahli perniagaan Peter Sondakh.
Bulan lalu, Yang Dipertuan Agong menganugerahkan darjah kebesaran Tan Sri kepada En. Sondakh. Ia merupakan satu anugerah yang tidak pernah diberikan kepada ahli perniagaan luar yang dikenali hanya di negara asalnya.
Itu bukanlah kunjungan kali pertama En Sondakh ke Istana Negara. Pemegang saham terbesar Kumpulan Rajawali, konglomerat Indonesia yang memiliki kepentingan beranika dari perniagaan simen hingga rokok itu, pernah berada di Istana Negara apabila Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam pada bulan April lalu. Beliau merupakan salah seorang individu terpilih yang diberikan jemputan khusus menghadiri upacara itu.
Kaitan rapat antara perniagaan dan politik telah begitu lama menjadi aspek utama dunia korporat Malaysia dan para penganalisa berkata, perlantikan Najib itu akan menonjolkan kumpulan baru pemain-pemain ekonomi yang handal di samping beberapa kumpulan yang telah sedia ada.
Adik beliau Nazir Razak contohnya, seorang ahli bank yang disukai dan berpengaruh yang mengepalai kumpulan wang setempat CIMB.
Datuk Seri Nazir yang disanjung oleh ahli-ahli perniagaan tempatan dan asing, adalah juga merupakan penasihat yang paling berpengaruh kepada Perdana Menteri dalam hal-hal ekonomi dan kewangan.
Ramai antara mereka yang rapat dengan Perdana Menteri itu menyatakan, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi selalu diminta pandangan berkenaan hal-hal yang bersangkutan dengan politik.
sumber : kerajaan rakyat
akira8047
kedaikopitepimasjid
SPRM - Apa yang tiada pada akhbar arus perdana
Walau bagaimanapun, analisis ini berpendirian bahawa SPRM perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan Teoh, memandangkan Teoh ditahan oleh pihak SPRM. Malah, analisis ini menganggap Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) diperkenalkan untuk memantapkan sistem "soal-tanggungjawab", maka pengawai atasan SPRM yang gagal menjalankan tugas dengan baik wajar meletak jawatan untuk menunjukkan sikap kebertanggungjawaban.
Dalam edisi tempatan (KL-Selangor), Nanyang Siang Pau memetik kata-kata penduduk Serdang yang kesal dengan kematian Teoh. Teoh yang juga merupakan pembantu Eon Yong Hian Wah di kawasan DUN Seri Kembangan pernah mengendalikan masalah pengundi. Malah, seorang penjual suratkhabar menangis ketika ditemuramah, mengeluh apabila melihat masa depan seorang pemuda diakhiri sebegitu rupa.
Sin Chew Daily
"Rakan sekerjanya menelefon mengatakan bahawa tidak ada apa-apa berlaku terhadapnya, dan dijangka akan dibebaskan pada jam 5 petang hari ini (16 julai). Tanpa diduga, khabar yang diterima akhirnya adalah dia jatuh dari bangunan...," kata bapanya.
Dalam edisi Central, koleksi gambar memuatkan ruang muka belakang, malah muka depan menyiarkan hujah yang dipetik dari wakil rakyat, yang masing-masing menuntut SPRM untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian ini.
Jurucakap pusat MCA, Gan Ping Sieu turut menganggap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Selangor perlu bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Gan menggesa polis menjalankan siasatan dengan segera, sama ada kematian Teoh mengandungi unsur jenayah, ataupun proses soal-siasat yang tidak sesuai.
kedaikopitepimasjid
SPRM - Kematian dari pandangan profesional
Dan petang kelmarin, ketika berbual dengan seorang rakan lama, saya bertanyakan soalan yang sama. Kebetulan rakan ini bekas seorang jurugambar polis yang banyak pengalaman mengambil mayat mereka yang meninggal dengan pelbagai cara, termasuk bunuh diri. Saya percaya pandangannya adalah sangat profesional berdasarkan pengalaman puluhan tahun mengambil gambar dalam pasukan polis.
Ketika saya bertanya adakah beliau percaya Teoh 'dijatuhkan' seseorang atau sekumpulan orang, beliau menyatakan tidak percaya dengan teori itu. Beliau tidak percaya Teoh sengaja dijatuhkan, sebelum dijumpai di bawah bangunan itu. Beliau berkata orang yang terjatuh bangunan dalam keadaan sedar, tidak kira sengaja menjatuhkan diri, terjatuh atau dijatuhkan oleh orang lain, biasanya jatuh di dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan kiri dan kanan terbuka. Kedua-dua tangan terbuka adalah sebagai respons seseorang untuk cuba menahan hentakan badannya ke atas tanah, simen atau objek keras lain di bawah. Tapi Teoh mati di dalam keadaaan mengiring, seolah-olah ketika jatuh, dia sudah tidak ada respons untuk cuba menahan sesuatu di bawahnya.
"Mungkin ketika jatuh orang itu dalam keadaan tidak sedar. Mungkin dia jatuh dalam keadaan pengsan," kata rakan saya itu.
"Mungkin ketika terjatuh, dia sudahpun mati?" tanya saya.
"Mungkin juga. Yang pasti orang jatuh dalam keadaan sedar tidak jatuh dalam posisi seperti itu."
Saya tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak dengan pandangan profesional rakan itu. Tetapi mengambil kira jarak masa yang begitu panjang di antara waktu selepas beliau disoal siasat dan kematiannya dilaporkan, saya seperti yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan mengenai kematian Teoh olehSPRM.....
sumber : http://pendikargunung.blogspot.com
akira8047
kedaikopitepimasjid
SPRM - Guna ugutan dalam siasatan
"Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) marahkan saya dengan menengking lalu berkata, kamu percayakah saya boleh hentam kamu dengan menunjukkan jari telunjuk ke arah dahi beliau untuk mengugut supaya mengatakan tidak menerima resit sebagai pembekal bendera Malaysia.
Demikian penegasan yang dilakukan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa, ketika beliau disoalsiasat oleh SPRM berkenaan satu resit yang diterima pada tahun lepas.
Beliau yang bersama dengan pembantu exco kerajaan negeri, Teo Beng Hock ketika disiasat menceritakan apa yang beliau alami semasa dalam tahanan yang dilakukan oleh 6 orang pegawai SPRM.
Ketika menceritakan ketika dipanggil oleh SPRM untuk disoal siasat, katanya, ada satu resit tahun lepas, ketika sambutan hari kemerdekaan dan saya merupakan pembekal bendera Malaysia sebanyak 1,500 kepada Dewan Negeri (DUN), Seri Kembangan dengan kos sebanyak RM2,400.
"Apabila pegawai SPRM datang kerumah saya dan meminta saya mengemukan resit pembekalan bendera, saya tidak berjaya mencari resit itu dan mengarahkan saya untuk mengikuti mereka ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
"Lepas saya sampai di sana pada 15 Julai lalu, dalam jam 9 pagi, saya tidak disoal terus oleh pegawai SPRM dia panggil saya duduk dalam satu bilik yang terang benderang dan lepas itu, mereka bawa saya ke satu bilik yang sangat gelap, di situlah saya disoal siasat," jelas beliau.
Menurut Tan, cara mereka menyoalsiasatnya pada mulanya lembut. Selepas itu, dia tanyalah mengenai keadaan isteri, anak dan keluarga serta barulah dia tanya tentang resit, adakah saya bekalkan bendera untuk skim mesra rakyat pada tahun lepas.
"Saya cakap ada, cara mereka hanya untuk memaksa saya untuk mengaku supaya saya tidak membekalkan bendera Malaysia kepada Dun Seri Kembangan.
"Mereka tanya saya dari mana dapat bendera itu, saya jawab dari Johor. Dia menambah, Johor dari kawasan mana, syarikat apa. Saya jawab tidak tahu," tegas beliau.
Pegawai SPRM juga, katanya, mengarahkan beliau untuk berdiri tegak selama 4 jam dan selepas itu menyuruh saya untuk duduk di atas lantai dan menghina dengan berkata kepada beliau, "Cina bodoh dan kamu asal dari China ke, you ni tidak tahu bahasa Malaysia ke?" soal pegawai itu.
"Selepas itu, sesi soal siasat bertukar menjadi lembut dengan pertanyaan dari pegawai itu mengenai keluarga, kamu tidak menyayangi isteri, anak dan keluarga.
"Kalau kamu cakap bohong maknanya tidak sayang isteri, pegawai tersebut mengugut beliau untuk menahan isteri beliau dan membiarkan anak-anak mereka mati kelaparan, katanya yang akan kembali ke Putrajaya 20 Julai ini untuk disoal siasat oleh SPRM," katanya. - mns_
sumber : harakahdaily
akira8047
kedaikopitepimasjid
SPRM - Ubn buta hati, keras hati atau tiada hati?
- Seorang ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu.
- Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.
- Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.
- Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.
- Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.
- "Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.
- Setiausaha Politik EXCO kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
- Mayat Teoh Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
- Semalam Teoh telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
- "Kita harap semua pihak bersabar dalam perkara ini, siasatan akan dilakukan secepat mungkin dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes berprofile tinggi".
- "Kita juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan hal ini dan juga kita ingin memberikan amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan spekulasi didalam kes ini".
- "Siasatan akan dilakukan dengan adil dan telus... pihak kami tidak akan menyembunyikan apa-apa hasil siasatan dan semua hasil siasatan akan dibentangkan kepengetahuan umum setelah selesai semua siasatan".
- "Kita berharap semua pihak akan memberikan kerjasama penuh untuk menyelesaikan kes ini"...
Hari ni ada Ahli UMNgOk dan juga Penyokong Totok UMNgOk menyindir-nyindir Pakatan Rakyat kerana bangkit membela Teoh, tetapi mereka lupa ada ahli UMNgOk juga telah dilakukan sedemikian rupa juga. dan pembelaan terhadap pengadu masih samar-samar.
Kenapa masih ramai yang BUTA HATI dan KERAS HATI..?
BANYAK MAKAN HASIL KERJA HARAM KOT...
sumber : Perisik Rakyat
akira8047
kedaikopitepimasjid
SPRM - Mari Berfikir.
mayatnya cantik elok terbaring terletak seperti didalam gambar
Timbul perasaan kemushkilan di benak kepala aku?, apabila tengahari tadi seorang daripda in-charge aku tanya, dan suruh aku berfikir mengenai kisah mangsa siasatan SPRM.
Kalau kita lihat dan baca dari Harian Metro DISINI mangsa dikategorikan jatuh dari tingkat 14 ke koridor tingkat 5.. Ini bererti 9 tingkat ketinggian yang mangsa jatuh.
Mengikut In-Charge aku, biasa seorang anggota TLDM terjun bunuh diri dengan ketinggian 10 tingkat sahaja, mayatnya bersepai jatuh ke bawah, puas anggota bomba memungut dan membersihkannya.
Tetapi mangsa yang ini, yang dikata jatuh, atau membunuh diri, mayatnya cantik elok terbaring terletak seperti didalam gambar. Jadi sendiri fikirlah…
Manakala Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kes ini diklasifikasikan kematian mengejut.. (Utusan Malaysia)….pulak dah… belum apa-apa dah macam-macam kenyataan keluar… Sama-samalah kita fikir….
akira8047
kedaikopitepimasjid
Rasuah Di Manek Urai
laporan Polis Berkaitan Aktiviti Sogokan Wang di UPU Sungai Peria
17/7/2009( 11 pagi)-Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ust Mahadi Mat Zain dengan ditemani oleh YB Ust. Abd Latif Abd Rahman, Ketua DPPNK yang juga YDP kawasan Kuala Krai dan Sdr. Hisham Fauzi, Naib Ketua DPPNK dan seorang peguam daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) pada hari ini telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Krai berkaitan satu aktiviti penyogokan wang dilakukan oleh pihak Barisan Nasional pada hari pengundian. Lebih malang lagi, aktiviti penyogokan wang tersebut telah dibuat secara terbuka di perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan premis kerajaan iaitu pejabat KESEDAR Sungai Peria yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Peria iaitu salah satu pusat pembuangan undi dalam Dun Manek Urai.
Menurut Mahadi yang juga pengundi berdaftar bagi UPU Sungai Peria, aktiviti penyogokan tersebut telah bermula seawal pusat pengundian dibuka tetapi tindakan hanya dapat diambil pada jam 10.30 pg memandangkan nasihat daripada pihak peguam agar tindakan serbuan perlu melibatkan anggota MAFREL dan pihak polis serta SPR dan perlu diiringi wartawan. Ini kerana aktiviti penyogokan tersebut telah dilakukan di dalam kawasan premis kerajaan dan tidak boleh dicerobohi oleh orang awam.Penyogokan bersifat ekslusif menggunakan premis kerajaan ini mungkin merupakan satu taktik baru Barisan Nasional bagi menunjukkan kuasa dan kawalan mereka atas premis dan jentera kerajaan.
Di dalam laporan tersebut Mahadi menyatakan bahawa lebih kurang jam 11 pagi, beliau dengan diiringi oleh 4 orang anggota MAFREL, 2 orang anggota polis beruniform dan wartawan serta seorang Peguam telah membuat serbuan ke premis tersebut. Walau bagaimana pun tindakan mereka telah dihalang dan Mahadi sendiri telah terjatuh dari tangga premis tersebut akibat ditolak oleh salah seorang petugas BN yang dikenali sebagai “Mat Zain Bas” ketika cuba memasuki rumah tersebut.
Anggota MAFREL juga telah dihalang oleh beberapa petugas BN ketika cuba untuk memasuki rumah tersebut. Setelah petugas BN membuat rundingan dengan seorang anggota polis, maka Mahadi, anggota MAFREL dan semua penyokong PAS yang sama-sama berada dalam premis KESEDAR tersebut telah diarahkan keluar kerana mereka boleh didakwa cuba menceroboh premis kerajaan dan cuba merusuh. Petugas BN juga menyuruh anggota MAFREL juga keluar kerana MAFREL tiada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan kerana mereka hanya sebagai pemantau dan pemerhati pilihanraya sahaja. Anggota polis tersebut juga berjanji untuk membuat siasatan berkaitan aduan ini. Para penyokong PAS atas nasihat daripada peguam telah bersetuju mengosongkan premis KESEDAR dan hanya mampu membuat pemantauan dari luar pagar sahaja kerana terpaksa akur akan peraturan dan undang-undang.
Oleh itu, Mahadi menggesa Pihak Berkuasa terutama pihak Polis dan SPRM agar membuat siasatan terperinci berkaitan kes penyogokan tersebut yang telah dibuat secara berani dan terang-terangan pada hari pengundian menggunakan premis kerajaan yang terletak hanya 50 meter sahaja daripada pusat pengundian. Kegagalan pihak berkuasa untuk menyiasat aduan ini pastinya akan membenar dan menguatkan lagi tanggapan orang awam akan ketidaktelusan pihak berkuasa dalam menyiasat aduan berkaitan penyalahguaan kuasa oleh Barisan Nasional dan wujud penguasaan kerajaan dalam mengawal segala tindakan pihak berkuasa ke atas satu-satu aduan terutamanya yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Mahadi juga menegaskan bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh berkenaan aduan tersebut kerana insiden tersebut telah dirakam dan pengakuan salah seorang petugas UMNO telah dirakam secara jelas dan akan diserahkan dalam bentuk VCD kepada pihak Polis. Kegagalan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan hanya akan memprejudiskan tanggapan rakyat terhadap mereka.
Mahadi ditemani YB Ust. Latif dan Sdr. Hisham membuat laporan Polis
Salinan laporan Polis yang dibuat oleh Mahadi
akira8047
kedaikopitepimasjid
SPRM - Dari Malaysia Today
Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.
Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.
Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.
Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.
Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik
SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.
Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.
Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.
Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.
SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.
Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!
Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.
Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.
Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.
Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.
Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.
Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.
Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.
SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.
Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.
Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.
Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.
akira8047
kedaikopitepimasjid
Selasa, 14 Julai 2009
Manek Urai - Pas dan Umno sama-sama menang
Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.
Malah, pada jam 3.40 petang tadi, pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun dengan yakin menyatakan bancian awal jentera pilihanraya kecil tersebut menunjukkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah "menang dengan majoriti hampir 2,000 undi".
Malah, para penyokong PAS sudah merayakan kejayaan tersebut, serta mengucap tahniah kepada Fauzi ketika beliau tiba di markas utama PAS Manek Urai pada jam 4.40 petang tadi.
Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada kira-kira jam 7 petang apabila para penyokong BN pula dilihat begitu gembira apabila mendapat tahu calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendahului dengan 30 undi.
Manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula, melalui twitter, melaporkan detik-detik cemas dan mendebarkan keputusan pengiraan undi yang begitu rapat antara PAS dan Umno yang saling dahulu-mendahului.
Akhirnya, PAS menang dengan 65 undi. Apa yang tidak kena dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai?
Walaupun tewas, Umno sudah pastinya akan melaungkan bahawa pengaruh parti itu sudah semakin pulih sejak krisis kepemimpinannya dan prestasi buruk pilihanraya umum 2008.
Manakala pengaruh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, semakin terhakis.
Apatah lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Kit Siang dari DAP. Manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengetuai jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.
Manakala jentera pilihanraya BN, khususnya Umno, diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.
Nampaknya, harapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan pilihanraya kecil DUN Manek Urai sebagai petanda berakhirnya kekalahan BN dalam siri pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 2008.
Namun, kemampuan BN menghakis majoriti PAS - daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi - boleh dianggap satu kejayaan terbesar kepada BN di Semenanjung dalam enam pilihanraya kecil.
Apatah lagi, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat PAS selama ini. BN hanya berjaya merampas DUN tersebut pada pilihanraya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.
Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum lalu, calon lama PAS berjaya merampasnya semula dengan menewaskan Zulkepli.
Tentunya apa yang bermain di fikiran ramai orang ialah punca kegagalan PAS untuk mengekal majoriti yang dimenanginya pada 2008.
Adakah ia ada kaitan dengan 'ketegangan' dalam kepimpinan PAS berhubung isu cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno? Atau pengaruh Nik Aziz, yang begitu lama memimpin PAS, kini kian merosot?
Apakah kepimpinan PAS sudah dapat menghidu masalah tersebut dan bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan seramai mungkin pengundi Manek Urai yang tinggal di luar Kelantan - termasuk 867 orang di Selangor dan Wilayah Persekutuan - balik mengundi?
Malah, satu majlis mengenainya telah diadakan di sebuah hotel di ibu negara yang dihadiri sendiri oleh Nik Aziz dan juga exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Malah, pagi tadi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut mengakui bahawa PAS mampu mengekalkan kerusi DUN Manek Urai tetapi “dengan majoriti yang berkurangan”.
Maka timbul persoalan sama ada kemenangan Pakatan Rakyat dalam siri pilihanraya kecil sebelum ini, sebenarnya atas kekuatannya sebagai sebuah gabungan parti pembangkang, atau atas isu-isu yang tercetus ketika ia berlangsung?
Mungkin ada kebenarannya dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang pada April lalu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapat undi simpati susulan disingkirkan oleh BN daripada jawatan menteri besar.
Dan dalam kes pilihanraya kecil Kuala Terengganu, kejayaan calon PAS, Abdul Wahid Endut merampas kerusi dari BN dilihat akibat kelemahan peribadi serta sabotaj ahli Umno sendiri terhadap calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Dengan keputusan mengejutkan di Manek Urai, tugas berat menanti PAS Kelantan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya untuk duduk semeja bagi merenung semula insiden-insiden yang mendorong keputusan nyawa-nyawa ikan kepada seorang pemborong ikan di kerusi DUN tersebut.
Malah, kehadiran Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa - yang sebelum ini amat dimarahi Nik Aziz kerana menyokong idea kerajaan perpaduan dengan Umno - juga tidak membantu.
Kalau di Kelantan sendiri, yang sudah 19 tahun ditadbir oleh PAS, ia menang tipis di Manek Urai, bagaimana pula dengan nasib kerajaan Pakatan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang masih setahun jagung?
Mungkin juga para pengundi DUN itu termakan umpan BN mengenai latar belakang pendidikan dan kerjaya calon yang sepatutnya mewakili mereka - Tuan Aziz seorang lulusan universiti, manakala Mohd Fauzi seorang pemborong ikan.
Persoalan demi persoalan terus bermain di fikiran PAS, para penyokong Pakata dan semua pengamat politik. Semuanya menghentak keasyikan tempoh bulan madu pembangkang sejak 8 Mac tahun lalu sewaktu gerhana singgah di Manek Urai.
sumber : malaysiakini
akira8047
kedaikopitepimasjid
Manek Urai - Keputusan Rasmi
KEPUTUSAN RASMI | |||
UNDI PAS | 5348 | ||
UNDI BN | 5283 | ||
MAJORITI | 65 | ||
JUMLAH UNDI ROSAK | 92 | ||
JUMLAH KELUAR MENGUNDI | 10 722 (87.22%) | ||
JUMLAH SALURAN MENANG | 14 DARIPADA 27 | ||
JUMLAH UPU MENANG | 4 DARIPADA 9 |
9.20 mlm - Calon Pas dan pimpinan meninggalkan dewan dan disambut oleh para penyokong
Beberapa pemimpin PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa; ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad serta Mohd Fauzi.
Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.
Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50 sedang ditemubual wartawan selepas diisytiharkan pemenang pada Pilihan raya kecil Manek Urai. |
Wakil SPR sedang membuat pengisytiharan pemenang Pilihan raya kecil DUN Manek Urai. Calon Pas diisytiharkan pemenang. |
calon Pas sedang mengisi borang pengisytiharan
kemaskini 8.58pm Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.
PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
kemaskini 8.22pm Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah melangkah longlai keluar dari bilik gerakan utama parti di Manek Urai.
Beliau dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.
kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.
Lima peti undi belum sampai di tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menanti ketibaan peti-peti sebelum membuat pengumuman rasmi.
Majoriti setakat ini 36 undi.
kemaskini 8.13pm Keputusan rasmi PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.
Majoriti setakat ini 345 undi.
sumber : pelbagai
akira8047
kedaikopitepimasjid
10 ARTIKEL YANG TERDAHULU
Artikel Terdahulu
-
▼
2009
(755)
-
▼
Julai
(127)
- ISA - Himpunan untuk mengHARAMkan yang HARAM,
- Takziah Permatang Pasir : Satu kematian, dua liang...
- HARAP MAAF!!
- SPRM - Berita wajib baca
- ISA - Ceramah Isu Semasa
- ISA - Mansuhkan ISA tanggungjawab kita
- SPRM - Ribuan banjiri Stadium Kelana Jaya
- SOSIAL : 13% remaja terbabit seks luar nikah
- 1Malaysia - Dulu makanan segera kini Suami segera
- Hindraf tubuhkan Parti Hak Asasi Manusia
- PDRM - Polis Datang Rosakkan Majlis
- Peringatan buat semua warga : JANGAN LUPA!!!!
- SOSIAL : Kenapa mereka di hina?
- 1Malaysia - Mereka tak mahu berubah, biar saya yan...
- 1Malaysia - Lakukan apa saja asalkan Ketuanan Raky...
- SPRM - Perang Politik dan mencari keadilan.
- SPRM - Majlis Peguam mahu Suruhanjaya Diraja Ditub...
- 1Malaysia - Rakyat di hulu, tambang di naik.
- CHUA JUI MENG masuk PKR
- 1Malaysia - Tarif Eletrik bakal naik
- SPRM - Berita TIPU dari pemimpin PENIPU!!
- SPRM - Himpunan Rakyat bantah kekejaman SPRM
- Kerajaan meneliti cadangan mansuhkan ISA : Muhyidd...
- Najib, Rosmah dan billionaire
- SPRM - Apa yang tiada pada akhbar arus perdana
- SPRM - Kematian dari pandangan profesional
- SPRM - Guna ugutan dalam siasatan
- SPRM - Ubn buta hati, keras hati atau tiada hati?
- SPRM - Mari Berfikir.
- Rasuah Di Manek Urai
- SPRM - Dari Malaysia Today
- Manek Urai - Pas dan Umno sama-sama menang
- Manek Urai - Keputusan Rasmi
- Manek Urai - 5.00 ptg : terkini dan bergambar
- Manek Urai - Terkini (Bergambar)
- Manek Urai - Ni apa cerita?????
- Manek Urai - Terkini hingga jam 1.50 petang (Berg...
- Manek Urai - Ramai beratur ambil 'Wang'
- Manek Urai - Terkini hingga jam 12.34 tgh
- Manek Urai - Himpunan foto menarik (Edisi Kenangan)
- Manek Urai - Foto edisi Pagi
- Manek Urai - Antara Dua Darjat
- Manek Urai - Selamat untuk semua
- Manek Urai - Derma untuk Masjid pun salah?
- Manek Urai - Bukti Salahguna Media
- Manek Urai - Foto menarik dari Perisik (EDISI KE-4)
- Manek Urai - Foto menarik dari Perisik (EDISI KE-3)
- Manek Urai - Foto menarik dari Perisik (EDISI KE-2)
- Manek Urai - Foto menarik dari Perisik
- Manek Urai - Berita untuk Wanita Hari Ini
- Manek Urai - Janji dulu belum tertunai, dah buat j...
- Manek Urai - Polis pilih bulu
- Manek Urai - Hadiah yang ditunggu-tunggu tak sampai
- Manek Urai - Bila Umno jadi cikgu
- Manek Urai - Umno membina satu lagi Israel
- Manek Urai - Rayuan Tok Guru
- Manek Urai - Petugas UBN mempermainkan Agama
- Manek Urai - Mu jago anok hok demo mene tu, tak yo...
- Manek Urai - Nizar berkempen di Manek Urai
- Manek Urai - Awas!!! Buat Warga Gemuk
- Manek Urai - Menyingkap tragedi Natrah dan perjuan...
- Manek Urai - Guru dan Petugas Sekolah diberi pelep...
- Manek Urai - Politik, Al-Quran dan As-Sunnah
- Manek Urai - Zakat Gaji dan Pendapatan
- Manek Urai - Khairi Jamaludin Penakut!!!
- Manek Urai - Pemberian Tanah :Kelantan lebih awal ...
- Manek Urai - Tok Guru berganding bersama Ust. Nasha
- Manek Urai - Bila KJ ajak PAS masuk BN
- Manek Urai - Pintu dibuka, Rumah tetap dijaga : TGHH
- Manek Urai - Catatan Bekas Paderi Melayu
- Manek Urai - Petronas di 'kambing hitam'kan UBN
- Manek Urai - Debat dengan Khairy Jamaludin
- Macam mana dia peroleh WANG - Dr Mahatdir
- Manek Urai - Gambar himpunan pemborong dan penjaja...
- Manek Urai - Fatwa JIKA dan SEKIRANYA oleh Muhyiddin
- Manek Urai - Solat Dhuha Berjemaah bersama Tok Guru
- Warga Pulau Pinang!!! Sila ambil Perhatian : Khidm...
- Manek Urai - UBN memperalatkan Polis
- Manek Urai - Senda gurau warga emas
- Manek Urai - Demo di Manek Urai Petang Ini
- Manek Urai - Hadiah 100 hari pemerintahan Najib
- Manek Urai - Salahguna Agensi Kerajaan oleh UBN
- Manek Urai - UBN sanggup 'mencutikan' murid tahun ...
- Manek Urai - 3 cara untuk UBN tawan N41
- Manek Urai - KJ cari Nasharudin???
- Manek Urai - Takaful Armalah : Bertuahnya Rakyat K...
- Manek Urai - Rm12 billion, BIAR BETUL!!!!
- Manek Urai - Media Pembodek terus membodek
- Manek Urai - Pantun dari Dr Mohd Hayati Hj Othman
- Manek Urai - Cina pun paham, Melayu karat bila lagi
- Manek Urai - Strategi jijik UBN di manek urai
- Manek Urai - Kejam Umno!!! Kejamnya ISA!!!
- Manek Urai - Muhyiddin guna helikopter
- Manek Urai - Kes DSAI ditangguh
- Manek Urai - PPSMI : " Projek Yang Gagal "
- Manek Urai - Jihad Anak Melayu
- Manek Urai - Rusia haramkan, Satu Malaysia Pertaha...
- Manek Urai - Warga Selangor bernasib baik
- Manek Urai - Esok : Apa yang perlu anda tahu
- RM250 juta bantu bunuh anak Palestin
-
▼
Julai
(127)