Pilihan anda di PRU13

Isnin, 13 April 2009

Anwar akan serahkan nama TKM1 hari ini.

PULAU PINANG: Bakal pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan anggota Exco kerajaan negeri akan diumumkan Rabu depan, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Katanya, beliau masih menunggu maklum balas dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon yang akan dilantik bagi mengisi jawatan itu.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu wartawan di sini petang ini bahawa beliau akan menyerahkan nama kepada Lim hari ini.

Semalam, Lim dipetik sebagai berkata bahawa Anwar memaklumkannya bahawa calon itu mestilah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbangsa Melayu.

ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee dilaporkan antara calon pilihan bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Kerusi itu kosong apabila wakil rakyat dari PKR Mohammad Fairus Khairuddin yang juga ADUN Penanti meletakkan jawatan itu pada 8 April....mStar


PILIHLAH CALON YANG BOLEH BUAT KERJA,

BUKAN LETAK KAKI ATAS MEJA,

TAK PAYAH KIRA MELAYU, CINA ATAU INDIA,

YANG PENTING MESSSTIIIII BOLEH KERJAAA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu