Pilihan anda di PRU13

Rabu, 29 April 2009

PENANTI - Calon Rakyat atau Calon Parti??

Assalamualaikum.
Apa yang aku utarakan disini hanyalah pandangan peribadi dan tidak melibatkan mana-mana pihak. Aku menghormati mana-mana pandangan dan sedia menerima teguran jika apa yang diulaskan aku salah dan sedia memohon maaf sekiranya mengguris hati mana-mana pihak.

Tentang perlantinan saudara Dr. Mansur sebagai calon N12 DUN Penanti. Kalau itulah konsensus keputusan pimpinan PR dekat Penanti, adakah diterima rakyat??

Apa yang perlu dipersoalkan ketika ini, pemimpin pilihan parti atau pemimpin pilihan rakyat??yang mana lebih utama??

Adakah pilihan pucuk pimpinan PKR mencerminkan pilihan rakyat di Penanti....alahai sedihnya seolah-olah rakyat perlu terima saja bulat-bulat apa keputusan yang dibuat pimpinan parti. Apa nie??

Berapa kali dah calon-calon yang tidak dikenali rakyat, calon bidan terjun/calon part time ditampilkan.. (yang kenal pun dikalangan parti tue sendiri...).

Mana mereka sebelum nie...adakah hanya tampilkan diri semasa menjadi calon/wakil rakyat sahaja dan hilang selepas tempoh wakil rakyat expired!!

Adakah calon ini yang terbaik dalam PKR, tiada lagikah calon yang lebih berwibawa dalam PKR atau PR?? Ingat kami mengundi bukan atas nama PKR!! tapi atas semangat keadilan dan perjuangan dalam Pakatan Rakyat dan kami mahukan calon yang benar-banar berwibawa dan tahu mengemudi aspirasi rakyat!!!

Calon yang tahu membawa rakyat untuk berfikir. Calon yang menguasai ilmu kejuruteraan rakyat. Calon yang benar-benar tahu permasalahan rakyat bukannnya calon yang buat kerja dalam ruang lingkup parti saja!!

kepada pengundi di Penanti, bukakan fikiran anda...kita tidak mahu hanya dua tiga orang membuat keputusan atas diri dan masa depan kita disini. Kita Rakyat yang sebenarnya ‘penentu’ siapa pemimpin kita...

Aku tidak mahu apa yang terjadi kepada saudara Fairuz berulang lagi. Begitu juga apa yang yang dilakukan oleh Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi diPerak berlaku lagi. Bukankah mereka semua ini adalah pilihan pucuk pimpinan parti??Adakah rakyat sendiri yang mengangkat mereka sebagai calon dan seterusnya mewakili rakyat??Serahkanlah kuasa memilih calon/wakil rakyat kepada rakyat semula. Aku mahu pucuk pimpinan khususnya PKR memberi ruang kepada rakyat di Penanti membuat keputusan seterusnya memilih calon yang selayaknya!!!Insya'Allah pilihan Rakyat mesti tidak akan mengecewakan.

Aku syorkan supaya aktivis parti dalam PR turun padan buat survey dan tanya Rakyat siapa pemimpin yang hendak diangkat mereka!!! Adakah sudah tidak cukup masa pimpinan PKR turun padang, tanya sendiri dengan rakyat siapa calon wakil rakyat pilihan mereka!!


Keputusan Rakyat perlu diutamakan sebelum penamaan calon 23 Mei ini!!! Ingat kita semua dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak.

sekian, wassalam.

Shikarishyna
N12

3 ulasan:

  1. syukri hisham Jelapang30 April 2009 pada 2:51 PTG

    kepada saudara/i shikarishyna...

    ulasan anda tue ada benarnya. cuma mungkin ini terlalu awal untuk kita menilai. mungkin pimpinan pakatan ada strateginya sendiri.sebaiknya kita serahkan kepada pimpinan PR.

    saya sokong pendapat saudara/i supaya dikembalikan hal calon di N12 kepada rakyat di Penanti kerana mereka lebih tahu lagi siapa yang terbaik.dan kepada pemimpin pakatan rakyat pula, pergilah ke akar umbi dan tanya sendiri orang bawahan.

    Apapun keputusan, saya harap jangan ketepikan suara rakyat penanti kerana suara rakyat adalah suara keramat.

    DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.

    BalasPadam
  2. sedihnya ana bila buka blog PR. rata2 dok hentam calon KEADILAN Dr Mansur tue. Alahai kanapalah jadi macam ni...memang ada problem ker dengan calon tu? Ana rasalah mungkin orang penanti masih fobia dengan calon 3 mac 2008 dulu. takpalah ana syorkan supaya pihak atasan dalam komponen PR fikir masak2. lebih baik serahkan kepada rakyat penenti semula untuk pilih calon mereka. mana majoriti dialah pergi bertanding.

    macam isu perak, serahkan semula pada rakyat yang menentukan. takut PR kalah.
    assalamualaikum

    BalasPadam
  3. salam,
    Dr mansur just fight for TKM1..
    not for the rakyat.
    x semestinya pilihan pucuk pimpinan adalah betul..
    btui hang cakap..
    turun mai.tanya rakyat..
    honestly.aku xkAN undi dr mansur.
    Ya Allah kembalikan semula DSAI kami.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu