Pilihan anda di PRU13

Ahad, 12 April 2009

KEMATIAN @ Pengenalan

Salam buat semua pelayar.
Dalam melayari hidup ini kadangkala kita lupa tentang kekuasaan Allah dalam menjadi dan mematikan kita. Kadangkala kita alpa dan bermegah-megah dengan kekayaan dunia hingga terlupa tentang saat tibanya matlamat hidup iaitu Mati.
Buat pelayar2 sekalian, tidak salah rasanya sebagai salah seorang manusia yang dipinjamkan ke dunia, aku memberi sedikit ilmu. ( Aku bukan ulamak atau ustaz dan bukan juga cendiakawan, hanya menyampai apa yang diketahui melalui pembelajaran dan pembacaan)


Hakikat kejadian manusia.


Hakikat kejadian manusia terbahagi kepada 2 unsur, rohani dan jasmani (roh dan jasad) atau fizikal dan spiritual.

Allah di dalam Al-Quran menjelaskan :
"Dialah yang menjadikan (menciptakan) kamu dari tanah.Kemudian itu dari setitis air mani. Kemudian daripada segumpal darah. Kemudian lahir sebagai bayi".

Dalam ayat lain Allah menjelaskan lagi :
"Kemudian dibentuknya jasad menjadi sempurna dan ditiupkan roh ke dalam jasad. Setelah itu disempurnakan lagi kejadian dengan diberikan pendengaran, penglihatan dan hati (af-idah)".
(Surah As sajjadah ayat 9)

Selanjutnya tentang ehwal kejadian manusia Nabi SAW menjelaskan pula, maksudnya :
"Sesungguhnya seseorang kamu (asal kejadiannya) di mulai dengan air mani yang dikumpulkan di dalam rahim ibunya selama 40hari. Setelah itu menjadi segumpal darah selama 40hari pula. Seterusnya Allah mengutuskan malaikat menulis akan empat perkara : ditetapkan rezekinya, ajalnya dan amalnya apakah sebagai ia sebagai seorang bernasib celaka atau bahagia."
( Riwayat Muslim)

Setiap manusia menemui kematian

Setelah manusia dilahirkan di dunia ini dan menjadi hidup, maka manusia akan menemui pula suatu peristiwa lagi iaitu MAUT.

"Setiap yang hidup (jiwa) pasti menemui kematian."
( Ali Imran ayat 185)

Firman Allah :
Dimana sahaja, kamu berada, pasti kamu sekalian akan menemui kematian, sekalipun kamu berada didalam benteng yang tinggi dan kukuh."
( Surah An Nisa ayat 78)

Firman Allah lagi:
"Apabila seseorang itu sudah sampai ajalnya, ia tidak dapat berundur atau ke hadapan walaupun sesaat. Pasti ia akan mati."
(surah An Nahl ayat 61)

Selanjutnya Allah berfirman :
" Apabila seseorang daripada kamu telah tiba tempoh kematiannya, malaikat maut pun datang, lalu ia mencabut roh (nyawa) kamu dan sama sekali malaikat itu tidak lalai daripada kewajipannya."
(surah Al An'am ayat 61)

1 ulasan:

  1. semoga peringatan ini memberi menafaat buatkita
    semua.sentiasa berusaha meningkat kan ketaqwaan
    terhadap yang maha kuasa.kepada nya kita akan kembali.semoga kita sentiasa berada di atas landasan islam yang sebenar. dan sentiasa di dalam keridoan allah.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu