PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco beliau telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker DUN, N. Sivakumar Februari lalu.
Ia diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.... mStar
TAPI
Mahkamah belum lagi mengesahkan sama ada hukuman pergantungan itu sah atau tidak sah.
Pening lagi si zambry... masa dah semakin suntuk.... bila mahkamah nak buat keputusan?
Ayoyooooooo....................... mati la ini macam...
nampak gayanya....zambry mugabe nak garu kat mana lagi...kat kepala rambut dah abis gugur....kah..kah... kalau nak tunggu pengantungan tu sah ke tak sah..nampak gayanya bulan depan pas bubar dun perak laa baru dapat jawapan dia...
BalasPadamBanyak kerja yang dilakun bukan mentadbir negeri dengan baik tetapi menghabiskan wang negara untuk kepentingan jawatan dalam politik. Apa jadi dengan Perak sejak rampasan kuasa tak ubah seperti laki bini berkelahi turun naik mahkamah, anak-anak dan rumah tangga lintang pukang. Cakap bukan main lagi demi negara, bangsa dan agama, entah apa-apa merapu dana lagi.
BalasPadambiarkanlah luncai (zambry le 2) mati ngan angan2...
BalasPadamangan2 nak jadi MB last2 sekax..tinggal gigi tak bergusi...
Kita adalah kaum majoriti ditanah air ini. Itu semua orang tahu. Sungguh pun begitu, apa yang nyata sekarang ini, tidak menunjukkan kita sebagai majoriti. Kedudukan bangsa dan hak kita kebelakangan ini sering dipersoalkan. Kita sekarang telah dan sedang dipermain2kan. Kaum minoriti kini sedar, keadaan sebaliknya sedang berlaku. Merekalah kini yang menjadi penentu kepada keputusan pilihanraya. Bagaimana mereka mampu berbuat demikian sedangkan sepatutnya kitalah kaum majoriti yang menentukan segala2nya. Ini pun semua orang tahu. Mudah sahaja - mereka bersatu dgn mengenepikan fahaman politik dan titik bengik masing2. Mereka mampu tidur sebantal walau pun mimpi masing2 tidak sama. Apa yang penting bagi mereka adalah kepentingan kaum mereka sentiasa dipertingkatkan dari masa kemasa. Mereka sedar apa maknanya bersatu. Malangnya, keadaan sebaliknya berlaku kepada bangsa kita – kita hilang hak dan kekuasaan sedikit demi sedikit sejak merdeka 51 tahun yang lampau. Keadaan makin ternyata kebelakangan ini.
BalasPadamBersatunya mereka berbeza sekali dengan kita (yang majority). Kita berpecah belah dan saling tuduh menuduh, caci mencaci, salah menyalahkan dan berbagai2 lagi semata2 demi kepentingan peribadi, kuasa dan politik masing2. Sebenarnya kita mempertaruhkan kelangsungan bangsa dan anak cucu kita. Pemikiran kita hanya dipengaruhi dendam kesumat, emosi serta faedah keatas diri atau kelompok sendiri. Masing2 mempunyai sifat EGO yang tinggi. Tok guru yang faham Al Quran dan Hadith dan dibibir tak lekang dgn ayat2 Allah pun boleh "lalai" betapa Allah SWT memerintahkan kebersatuan umat Islam. Malahan mereka lebih "aman dan bahagia" bersatu dengan kaum kafirin laknatullah (mungkinkah mereka terlupa ayat-ayat Allah, atau pun disengajakkan demi "kepentingan duniawi"). Inilah satu lagi EGO yang tidak boleh kita terima. Ada juga individu yang hanya memperjuangkan cita2 basi untuk menjadi peneraju negara. Ia sanggup berbuat apa saja waima memperjudikan masa depan bangsa. Umpan2 yang dipasang memang enak dan termakan oleh golongan2 yang lapar dan tidak tahu sejarah. Maka berpecah lagilah kita.
Maka saya tertanya2, dimanakah jati diri kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada Al Quran dan Al Hadith?. Apakah makna perkataan2 yang kita hamburkan selama ini mengenai cita2 kita untuk menubuhkan negara Islam itu.
Sepatutnya kedua2 parti terbesar Melayu Islam ini perlu berlapang dada. Memikirkan keutuhan bangsa. Kerana dari bangsa kita ini sahajalah kita mampu untuk membangun dan memperkuat agama. Mereka perlu membuang ego masing2. Fikirkan survival bangsa dan agama kita. Memang ada usaha daripada presiden salah satu parti tersebut yang sudah tentu mempunyai pandangan yang jauh. Usaha ini adalah usaha murni dan amat dialu2kan oleh bangsa kita diakar umbi. Namun kini usaha itu telah senyap begitu sahaja.
Usaha ini patut dihidupkan kembali. Perdana Menteri yang baru dan presiden parti berkenaan perlulah mengadakan satu inisiatif baru. Jika almarhum ayahanda PM yang ada sekarang ini mampu memujuk parti berkenaan untuk berada bersama2 kerajaan BN ketika itu, tidak mustahil jika keadaan yang sama mampu diulangi oleh anakandanya pula. Memang ada segelintir ahli yang tidak mampu menilai betapa usaha ini jika berjaya, akan menjadi pemangkin kpd orang melayu untuk lebih bersatu serta lebih berjaya lagi kerana seluruh tenaga dan pemikiran dapat ditumpukan kepada usaha untuk memajukan bangsa, agama dan negara. Hanya dengan cara itu sahaja, bangsa kita akan dihurmati.
Untuk mendapatkan itu semua, kita perlukan pengurbanan. Jadi kedua2 pihak perlulah sedikit berkorban. Mungkin ada segelintir yang akan mengalami kerugian, tetapi fikirkan munafaat yang akan diterima oleh bangsa kita secara keseluruhannya. Fikirkanlah rahmat Allah kepada setiap anda yang berkorban demi bangsa, agama dan tanah air.
anon 16.58,
BalasPadampolitik perkauman dah ketinggalan pada masa ini. apa yang rakyat mahu ialah nya setelah 51 tahun merdeka negara kita menjadi salah keadilan, ketelusan dan amanah dalam memimpin. sepatutnya setelah 51 tahun merdeka negara kita sudah mencapai tahap negara maju. disebabkan ketirisan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin negara, kita masih lagi merankak untuk membangun. fikirkanlah dengan jujur akan keadaan ini!