Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 18 April 2009

PENANTI - luahan orang kampung

Apa yang dibualkan oleh masyarakat satempat di dun Penanti sekarang?

Tentunya tertanya-tanya siapakah calon yang bakal diletakkan oleh PKR. Adakah calon itu berwibawa dan mempunyai daya tahan godaan. Majoriti masyarakat seakan-akan tiadak sabar-sabar mengetahui siapakah calon yang akan menerajui dun Penanti dan mampukah calon tersebut membuat kerja. Sedikit sebanyak keraguan timbul berikutan calon yang sebelum ini menerajui Penanti agak kurang turun padang. Rata-rata kedai kopi asyik membincangkan perkara yang sama dan majoritinya mahukan anak tempatan yang boleh bekerja.

Sekiranya saudara/saudari turun ke sini, mesti perkara2 ini kan berkumandang di setiap kedai kopi. Tapi yang nyata, ramai rakyat disini mahukan calon daripada PAS. Rakyat mahukan PKR melakukan sesuatu terhadap pemimpin2 mereka yang kurang lasak dan mudah tergoda dengan umpan yang akhirnya merugikan rakyat sendiri. Adakah PKR berani untuk melepaskan kerusi ini kepada PAS. Rasanya mungkin tidak.

Tetapi PKR harus ingat, kuasa di tangan rakyat. Turun dan dengar sendiri apa kemahuan rakyat. Jangan nak sedapkan pemimpin atasan sahaja.

6 ulasan:

  1. Saya kalau election disebabkan kematian seperti Kuala Terengganu dan Bukit Gantang sangguplah turun padang walaupun terpaksa ambil cuti.
    Tapi kalau dari jenis datang yang tiada akhlak macam Changkat Jering, Behrang, Penanti...minta maaflah. Habis tenaga, habis duit buang masa. Dah berapa kali kena tipu dengan PKR termasuk juga adun Bota kununnya sanggup menangung risiko apabila melompat parti.

    BalasPadam
  2. Bagi kat PAS lah pulak... insyaallah selamat...

    BalasPadam
  3. Syeikh, hang punya logo penghargaan dari a mum of 3 muhammads tu bagi aku seghiau la...

    macam logo yang selalu ada kat pintu keta jpj tu..

    aku bukan apa... jpj tu kalau kita tak salah pun depa cari jugak sampai dapat, haritu depa tahan bas aku kat tol juru semua dah check tak dapat jumpa salah... last last dia "jumpa" jugak kesalahan.... tong sampah dalam bas tak dak label tong sampah..... apa punya dajai la puak puak jpj nih... ba*ua sunggoh la kaki rasuah ni...

    BalasPadam
  4. calon paling sesuai tentu lah dr PKR sbb tu kubu kuat depa.tp kali ni pilihlah yg benar2 layak.

    BalasPadam
  5. Salam semua.
    kepada EN.
    sememangnya kita sebagai seorang harus mempunyai prinsip. Dan saya sokong prinsip yang dipegang EN.

    Kepada BusPilot
    HAHAHA..... jangan takut pasal award tu. kat sini tak dak sapa saman sapa. Yang takutnya kalau saya silap tulis, alamatnya tak ke mahkamah, ISA la jawabnya.
    Ya, secara peribadi saya setuju 100% sekiranya kerusi tersebut diambil alih oleh PAS.

    KakLuna
    Sememangnya Penanti menjadi kubu kuat PKR semenjak dulu. Rata2 rakyat sini inginkan perubahan. Tetapi harus juga diingat setiap yang naik sekiranya tidak melakukan perubahan akhirnya ditolak oleh rakyat. Dan dalam keadaan sekarang populariti PKR disini agak merosot dengan skandal Fairus dan 2 lagi adun yang menjadi katak. Tak salah rasanya PKR melepaskan kerusi kepada PAS jika mereka mengambil kira pandangan dan kemahuan rakyat. Buatlah perjanjian jika perlu walaupun utk sepenggal. Bukankah mereka selalu laungkan slogan dari rakyat untuk rakyat, dan inilah masa yang sesuai utk buktikan. Berikan keutamaan kepada rakyat untuk memilih. Dan disamping itu PKR mempunyai masa untuk memulihkan kembali imej yang tercalar.

    BalasPadam
  6. Sekarang adalah masa pemimpin2 PR berbincang utk memberi keutamaan kepada rakyat. Saya sokong apabila penulis mengatakan dari rakyat untuk rakyat, sekarang tiba mesanya PKR buktikan. Tak salah PKR melepaskan kerusi tersebut utk PAS, kerana mereka berjuang utk rakyat dan rakyat mahukan PAS dikawasan tersebut. Yang menjadi masalah adakah PKR mahu melepaskan kerusi tersebut atau tidak.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu