Pilihan anda di PRU13

Selasa, 21 April 2009

Contoh2 pembaziran kerajaan

salam semua.


semalam time dok sembang2 ngan member, dia ada cerita tentang masalah kesihatan anaknya yang berusia 3 tahun. anak dia nie, setiap seminggu kena tambah darah satu beg(ala, yang slalu dok tergantung kat spital tu). Tiap2 minggu dia akan ke hospital ambik darah dan lain2 kelengkapan seperti kapas ,jarum dan macam2 benda lagi(banyak sangat istilah saintifik yang dia sebut, aku pun tak paham).
Kira tinggi jugak la kos perubatan bulanan anak dia ni,.
Yang dia tak puas hati , pasai apa dia mintak permohonan untuk mengurangkan beban kos ditolak. Dan dalam masa yang sama kerajaan siap bagi jarum ngan kondom percuma kat penagih. Siap tak payah beratur lagi bila nak ambik jarum. Kenapa tak boleh nak bagi kat bantuan kat orang yang memang selayaknya menerima bantuan. Korang rasa berkesan ka kerajaan buat camtu.

Cuba baca sini:

Penagihan dadah merupakan masalah serius di Malaysia dengan purata 16 penagih baru dan 18 penagih berulang dilaporkan setiap hari di sepanjang tahun lepas.

Satu lagi hakikat yang patut diberi perhatian dalam statistik 2008 yang dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi) ialah 6,413 (51.92 peratus) daripada 12,352 penagih dadah yang dikenalpasti merupakan penagih berulang.

Berdasarkan kepada angka penagih berulang ini, Tan Sri Lee Lam Thye, bekas pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), membuat kesimpulan bahawa program pemulihan yang dijalankan selama ini gagal memenuhi objektifnya.

Lee menyatakan ini semasa rundingan meja bulat Persatuan Perubatan Penagihan Malaysia (AMAM) di sini yang bertemakan `Looking Into the Window of Treatment Opportunities for Drug Dependence'.

Satu lagi kenyataan ketara mengenai senario proses pemulihan di negara ini datang daripada Prof. James F. Scorelli yang menyebut di dalam jurnal `International Journal of Psychosocial Rehabilitation' bahawa program pemulihan dadah di Malaysia kurang berkesan, memandangkan kadar penagihan berulang melampaui 50 peratus.

Beratus juta ringgit dibelanjakan selama ini dalam memulihkan penagih yang bilangan mereka terus meningkat selain aktiviti jenayah mereka yang mengancam masyarakat.

Sapa yang lebih ngok... kerajaan atau penagih.....

1 ulasan:

  1. betul..methadone yg diberi pada penagih, 60mL berharga lebih kurang 50 ke 60 ringgit. kalau sebulan lebih kurang 100 botol digunakan, sebanyak 5000 ke 6000 ringgit dibelanjakan. Apa punya jenis pembaziran yg dilakukan. Pas tu penagih ni dilayan secara VIP. kalau ada patient dan penagih, patient akan dirujuk kpd pembantu perubatan manakala penagih dirujuk kpd doktor.Kalau tak datang ke hospital, turut sampai ke rumah. Bodoh punya dan bangang..

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu