Pilihan anda di PRU13

Rabu, 8 April 2009

berita satu dan berita dua.

BERITA SATU.

TAHNIAH BUAT MANIKUMAR.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau yang baru, S Manikumar, 35, akan mengangkat sumpah sebagai ahli Exco kerajaan Kedah, Isnin ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau sudah menghadap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang memberi perkenan terhadap pelantikan Manikumar sebagai ahli Exco.

Azizan berkata, Adun Bukit Selambau itu juga akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali pertama pada 19 April ini.

"Tuanku Sultan sudah memberi perkenan pelantikan Manikumar sebagai ahli Exco dan majlis angkat sumpah akan diadakan Isnin ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Manikumar dijangka memegang portfolio Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri yang dikosongkan Arumugam.

BERITA DUA.

KEADILAN HARUS DITEGAKKAN.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos permohonan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani patail dan kerajaan Malaysia untuk mengetepikan saman RM100 juta terhadap mereka oleh penasihat undang-undang kumpulan Hindraf, P Uthayakumar.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya hari ini selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan memerintahkan satu perbicaraan penuh diadakan secepat mungkin.

Musa, Abdul Gani dan kerajaan Malaysia sebelum ini memohon supaya saman itu ditolak bagi mengelak rasa benci terhadap kerajaan dan mengelak konflik perkauman.

RAKYAT LEBIH BENCI KALAU KEADILAN DIPINGGIRKAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu