Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 10 April 2009

PERUBAHAN YANG BAKAL DILAKUKAN OLEH MENTERI2 KABINET

malam ni kita pakat2 berbicara secara santai. buat andaian tentang perubahan yang bakal dilakukan oleh menteri2 kabinet yang dilantik oleh najib. catatan ini bukan hasutan atau fitnah, jadi korang tak payah nak sumbat aku kat ISA.


Menteri Kewangan - Naikkan elaun untuk laki tersayang dan mengatakan duit negara duit aku, duit aku, duit aku laaa...

Menteri Pelajaran - Menambah subjek ketuanan melayu sebagai subjek wajib

Menteri Pengangkutan - Menaikkan kadar tambang dan menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam padahal pak menteri sendiri tak tau macammana bentuk bas dan komuter

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi - Menyediakan lebih banyak pinjaman dengan kadar bayaran balik 100%

Menteri dalam negeri - Menambah lebih banyak pusat tahanan tanpa bicara dan Membeli semua media arus perdana, mengharamkan penggunaan internet untuk tujuan politik pihak pembangkang

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan - melatih setiap kakitangan apabila berhujah air liur tidak bersembur

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah - Mengambil tanah2 penduduk kampung dengan alasan utk pembangunan

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri - memalsukan lebih banyak AP

Menteri sains, teknologi dan inovasi - Membuat program penjelajahan ke Matahari sambil melancong ke angkasa

Menteri pelancongan - zoom sana zoom sini, tahun melawat malaysia n bla bla bla.... menteri sendiri pi melancong luar negara

Menteri pertanian dan asas industri - mengadakan program lawatan ke luar negara dengan membawa lebih ramai jemaah menteri utk melihat hasil pertanian negara luar padahal kos yang digunakan boleh dibuat modal tanam anggur

Menteri pertahanan - Melelong semua senjata2 yang digunakan sekarang termasuk C4 dan menukarkannya dengan KERIS

Menteri kerja raya - Menteri yang banyak melepak, hanya bekerja sekiranya berlaku pilihanraya.(projek mee segera)

Menteri kesihatan - menambahkan jarum suntikan dan kondom utk penagih serta memberi dadah secara percuma. untuk rakyat, kos perubatan dinaikkan kepada RM10. habaq sana sini hospital kita bagus, dia sendiri bila sakit masuk Specialist

Menteri belia dan sukan - menghantar lebih ramai wakil2 yang tak berkaitan dan adik beradik berbanding atlit ke sesebuah temasya sukan

Menteri sumber manusia - menggalakkan kilang2 membuang pekerja asalkan kilang tak rugi

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan - meluluskan permohonan pembinaan kondo dan banglo sahaja

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat - menggalakkan lebih ramai anak2 gadis meniru budaya barat, tak nikah anak bersepah.





3 ulasan:

  1. nampaknya keadaan mungkin seperti itu dan tak dapat bayangkan kalau berlaku perang, askar2 Malaysia menggunakan KERIS.

    BalasPadam
  2. tambah debab la si rosmah laki najib tu.

    ~guruBAHASAmelayu~

    BalasPadam
  3. kalau aku jadi menteri, aku nak Menteri Kerja Raya... Boleh lepak saja....

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu