Pilihan anda di PRU13

Selasa, 14 April 2009

Anwar vs Najib @ 18 April 2009

KUANTAN - Ini berita yang baru kami terima, jika tidak ada aral melintang rakyat Pahang bakal menyaksikan satu pertembungan dua pemimpin utama negara berlainan ideologi yang akan mengadakan program mereka pada hari Sabtu, 18 April 2009 ini. Kami difahamkan Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan satu majlis sambutan besar-besaran atas perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada hari itu. Sambutan itu bagi menghargai Najib selaku anak jati Pahang yang berjaya mengisi jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 selepas 33 tahun. Justeru itu kerajaan negeri dijangkan mengadakan sambutan gilang-gemilang bagi meraikan kepulangan Najib ke bumi Pahang ini. Rakyat Pahang dijangka akan hadir beramai-ramai untuk beramah mesra dengan Najib dalam program-program yang diadakan di Kuantan dan Pekan Pahang itu. Manakala itu, satu lagi program pada tarikh yang sama melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dijangka mengadakan lawatan kerja sehari ke Pahang bagi merasmikan Pejabat PKR Negeri yang baru di Kuantan. Menurut sumber, satu jamuan "Hi-Tea" akan diadakan bermula jam 5 hingga 7 petang, manakala disebelah malamnya Anwar dijangka mengadakan satu Ceramah Perdana di Pejabat PKR Negeri Pahang dekat sini. Orang ramai adalah dijemput hadir.

Bagi mereka yang ingin menghadirkan diri ke ceramah perdana Anwar di Pejabat PKR Negeri yang baru, lokasi pejabat terbabit ialah jalan menghala ke Beserah dari arah bandar Kuantan, berhadapan dengan Klinik Kesihatan Beserah dan Petronas di sebelah kanan

sumber : http://pahangdaily.blogspot.com

Petembungan antara dua pemimpin. Siapa yang akan lebih menyerlah?
Seorang berstatus PM manakala seorang lagi hanyalah 'budak' Cheruk To'Kun.
Mampukah si 'budak' yang bijak berpidato ini menyaingi PM?
Kita tunggu dan lihat...

1 ulasan:

  1. upacara memuja memuji dan mengampu akan berterusan..jentera kerajaan terus di peralatkan
    wang rakyat pulohan juta dimangsakan.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu