Dua pemimpin Hindraf dibebaskan dari kem tahanan Kamunting pada kira-kira jam 1.20 tengahari tadi. Mereka disambut oleh anggota keluarga masing-masing sebelum dibawa menaiki kereta.
Mereka adalah V Ganabathirau dan R Kenghadharan.
Kedua-duanya adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA selama 15 bulan kerana menganjurkan perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur pada 27 November 2007 kerana menuduh kerajaan meminggirkan kaum India di negara ini.
Mereka kemudiannya ditahan di bawah ISA pada hujung bulan Disember tahun yang sama.
Sebelum itu, pada kira-kira jam 10.15 pagi, tiga tahanan rakyat asing dibebaskan dan diikuti oleh lapan lagi tahanan yang turut dibebaskan...malaysiakini
SIAPAKAH 13 ORANG YANG BAKAL MENGISI KEMBALI KERUSI DI ISA?
Sukar diisi sekiranya penyokong PR tak termakan provokasi puak UMNO..
BalasPadamBab2 seperti kes gantung bendera perlu ditangani dengan lebih berhati-hati.. Jika perlu pantau jek.. Xpun panggey geng2 depa yang dah setuju xmau pakai orang luar untuk settlekan masalah depa.. Depa mmg keje nak 'provoke' jek..
CHILL PR