Pilihan anda di PRU13

Rabu, 29 April 2009

PENANTI - MANSOR DI KACAMATA PENGUNDI

Salam semua.

Pagi ni rasanya malas nak ulas panjang2 tentang calon drpd PKR.

Nak tau penerimaan rakyat setempat?

Nak tau apa yang orang kampung dok tertanya2

"Anak sapa mansor tu"

"Rumah dia yang mana satu"

"Tak pernah tengok pun si mansor tu kat sini, boleh ka dia wakil rakyat kita"

"Dia boleh buat keja ka"

"Pasai apa yang anwar pilih dia"

DAN INI ADALAH PENDAPAT SALAH SEORANG PENDUDUK KAMPUNG YANG SEMPAT AKU DENGAQ KAT KEDAI KOPI

"aku rasa anwar pilih dia bukan untuk jadi wakil rakyat tempat kita, tapi untuk isi jawatan TKM1"

APAPUN... PENYOKONG2 PR HARUS TERIMA HAKIKAT BAHAWA MANSOR ADALAH PILIHAN PEMIMPIN2 TERTINGGI PKR

21 ulasan:

  1. MACAM PEMILIHAN CALON BN PULAK. IKUT SEDAP PEMIMPIN ATASAN SAHAJA TANPA MEMIKIRKAN PANDANGAN PENGUNDI. BAK KATA ORANG, KALAU ASALNYA KARAT, SUSAH NAK DIKILATKAN BALIK. SISA-SISA KARAT SEDIKIT SEBANYAK MASIH ADA. WALAUBAGAIMANAPUN LEBIH BAIK PILIH YANG SEDIKIT BERKARAT DARI YANG DAH MEMANG BERKARAT TERUK.

    BalasPadam
  2. aku tak boleh kata apa apa...tu seat PKR ....aku JIRAN terdekat hangpa DUN PERMATANG PASIR...aku rasa PKR ni UMNO jenis BAIK pasal tu aku masuk PAS....tu yang ada sora sora tak puas hati bila pemimpin buat keputusan yang tak popular..apa apa pun PKR adalah parti yang rata rata nya KECEWA dan MERAJUK dengan UMNO...hangpa pikiaq la sendri

    BalasPadam
  3. Salam bro,

    Saya dah keluarga adalah pengundi di N12. Sekarang bekerja di Kuala Lumpur. Apabila mendapat berita DSAI mengumumkan calon semalam, kami sekeluarga agak terkilan terutamanya bapa kerana DSAI mengumumkan calon yang tidak dikenali oleh rakyat setempat.

    Kemenangan PR di 4 PRK selepas PRU12 tidak boleh dijadikan alasan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PKR untuk meletakkan calon yang hanya dikenali oleh pemimpin kerana yang menentukan kemenangan sesebuah parti adalah pengundi. Yang lebih dikhuatiri, bolehkan Mansor Othman melaksanakan tugasnya dengan baik. Bekas adun Penanti,Fairus dari PKR menjalankan tugas sebagai adun amat mengecewakan. Pengundi tidak mahu pisang berbuah dua kali.

    BalasPadam
  4. maaf cakap .... kalau hang pa tak kenai Dr. Mansor nih maknanya hangpa tak ikuti perkembangan politik PKR lah ... atau hangpa saja buat2 tak kenai ... aku dok di Lunas pengundi N11 Pmtg Pasir ... nak kata aktivis PKR pun tak juga tapi penyokong tegar PR lah ..toksah dok kata apa lah mai la tongkoi kayu pun kalau balut dengan mana2 lambang parti dari PR pasti aku sokong ... KENAPA : kerana aku yakin mana2 YB PR yang tak perform mesti kena tukaq punya tak dak kompromi .. pasai tu Fairus kena tukaq pasal dia mangkaq dan Baloq liat ... Amanah dah diberi tapi gagal melaksanakannya dengan baik .. banyak cerita aku dengaq pasai Fairus nih ... Cuba tanya dia tengkolok utk DSAI harga tak sampai RM50.00 tali Claim kat Wira Sakti RM1200.00 tuh apa ke jadah ??? banyak tu nak kecoh jemaah ????

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. Apa yang aku utarakan disini hanyalah pandangan peribadi dan tidak melibatkan mana-mana pihak. Aku menghormati mana-mana pandangan dan sedia menerima teguran jika apa yang diulaskan aku salah dan sedia memohon maaf sekiranya mengguris hati mana-mana pihak.

    Tentang perlantinan saudara Dr. Mansur sebagai calon N12 DUN Penanti. Kalau itulah konsensus keputusan pimpinan PR dekat Penanti, adakah diterima rakyat??

    Apa yang perlu dipersoalkan ketika ini, pemimpim pilihan parti atau pemimpin pilihan rakyat??yang mana lebih utama??

    Adakah pilihan pucuk pimpinan PKR mencerminkan pilihan rakyat di Penanti....alahai sedihnya seolah-olah rakyat perlu terima saja bulat-bulat apa keputusan yang dibuat pimpinan parti. Apa nie??

    Berapa kali dah calon-calon yang tidak dikenali rakyat, calon bidan terjun/calon part time ditampilkan.. (yang kenal pun dikalangan parti tue sendiri...).

    Mana mereka sebelum nie...adakah hanya tampilkan diri semasa menjadi calon/wakil rakyat sahaja dan hilang selepas tempoh wakil rakyat expired!!

    Adakah calon ini yang terbaik dalam PKR, tiada lagikah calon yang lebih berwibawa dalam PKR atau PR?? Ingat kami mengundi bukan atas nama PKR!! tapi atas semangat keadilan dan perjuangan dalam Pakatan Rakyat dan kami mahukan calon yang benar-banar berwibawa dan tahu mengemudi aspirasi rakyat!!!

    Calon yang tahu membawa rakyat untuk berfikir. Calon yang menguasai ilmu kejuruteraan rakyat. Calon yang benar-benar tahu permasalahan rakyat bukannnya calon yang buat kerja dalam ruang lingkup parti saja!!

    kepada pengundi di Penanti, bukakan fikiran anda...kita tidak mahu hanya dua tiga orang membuat keputusan atas diri dan masa depan kita disini. Kita Rakyat yang sebenarnya ‘penentu’ siapa pemimpin kita...

    Aku tidak mahu apa yang terjadi kepada saudara Fairuz berulang lagi. Begitu juga apa yang yang dilakukan oleh Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi diPerak berlaku lagi. Bukankah mereka semua ini adalah pilihan pucuk pimpinan parti??Adakah rakyat sendiri yang mengangkat mereka sebagai calon dan seterusnya mewakili rakyat??Serahkanlah kuasa memilih calon/wakil rakyat kepada rakyat semula. Aku mahu pucuk pimpinan khususnya PKR memberi ruang kepada rakyat di Penanti membuat keputusan seterusnya memilih calon yang selayaknya!!!Insya'Allah pilihan Rakyat mesti tidak akan mengecewakan.

    Aku syorkan supaya aktivis parti dalam PR turun padan buat survey dan tanya Rakyat siapa pemimpin yang hendak diangkat mereka!!! Adakah sudah tidak cukup masa pimpinan PKR turun padang, tanya sendiri dengan rakyat siapa calon wakil rakyat pilihan mereka!!


    Keputusan Rakyat perlu diutamakan sebelum penamaan calon 23 Mei ini!!! Ingat kita semua dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak.

    sekian, wassalam.

    Shikarishyna
    N12

    BalasPadam
  6. aku stuju ngan en. ramli kalu sapa x kenai dr mansor mmg org tue x mengikuti perkembangan PR..
    dr mansor adalah calon yg paling sesuai utk warga penanti.. aku ni bukan la kenai sgt tapi 10 thn aku duk perati PKR ni dr mansor adalah org yg istiqamah dlm perjuangan

    BalasPadam
  7. bukan perkembangan PR la...perkembangan PKR. bukan aku sorang yang tak kenal...belambak orang.

    BalasPadam
  8. Salam,

    Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan calon PKR yang datang dari luar untuk mendapat pasport menjadi TKM undilah UMNO dan BN. Insya-Allah kualiti calon seperti YB Arif Shah yang bersikap terbuka dan membantu semua lapisan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

    BalasPadam
  9. setuju dengan Syeikh..aku pun orang penanti jugak. umah dekat rel ketapi kubang ulu. nak undi umno la kali ni. umno baik, tulun rakyat.. pasti letak calon yang rata2 orang sini kenal. mahadet pa?.sapa tak kenal conform bodo. tak mau la undi pkr, orang luar.. bukan tau apa.. 1st time mai penanti apa semalam kat yayasan aman tu?

    kubangulu

    BalasPadam
  10. kubang ulu,

    dengaq kata kuari KUAD tutup balik ari ni. Pasai apa, tak setel lagi ka kes rasuah tu.

    kepalabatas

    BalasPadam
  11. Bak kata agama, nak pilih pemimpin biarlah yang kurang mudaratnya, kalau dua2 mudarat. Kita la ni dah macam sistem 2 parti - amno/pkr. Pilihlah yang kurang mudaratnya. Bagi saya amno dah tentu buruknya, pkr lum tahu lagi. Biaq anak patung, kalau lambang pkr, saya pilih. Maaf no...!

    BalasPadam
  12. Aku rasa dalam hal ini bukan pasal orang tempatan atau orang luar. Orang tempatan pun kalau tak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik,tak guna juga.Satu perkara lagi,walaupun pemimpin bawahan UMNO ni baik tetapi kalau pemimpin atasannya(susah nak cakap!),pemilihan mereka sebagai ADUN pun tidak memberi sebarang makna kepada negara secara keseluruhan kerana mereka tidak dapat mempengaruhi peringkat atasan agar setiap dasar yang dilaksanakan menguntungkan rakyat.

    BalasPadam
  13. aku ubah pikiran lah.. tdi ingat nak pilih umno. pikiaq2 balik tak jadilah.. biar orang penanti bekorban sikit pun takpa. bukan untuk penanti saja, satu penang dapat tkm baru yang ada 3 degree..(org penanti yang pilih noo..).setuju?

    kubangulu

    BalasPadam
  14. laaa....hgpa nie semua dok gadoh pasai apa. Undilah sapa2 pun calon dalam PR walaupun calon tue sebatang tongkoi.

    Ingat kita kena jadi macam penyokong umno dulu...letak sapa pun depa undi.

    Tradisi umno tue baik untuk penyokong PR. otak letak dekat lutut dulu, yang penting ikut apa saja cakap pemimpin. tak payah banyak soal....adiossss...

    BalasPadam
  15. DENGAN INI KAMI SEKELUARGA YANG TINGGAL DI KELANA JAYA TIDAK AKAN BALIK MENGUNDI DI KAMPUNG (ARA KUDA, PENANTI). AKAL KAMI DIPERSIA-SIAKAN...

    BOIKOT CALON PILIHAN N12!!!

    BalasPadam
  16. kpd abdul hamid kelana....

    pasal hg la perpecahan dalam PR jadi...
    buat apa nak boikot/berpecah...musuh kita skrg nie UMNO!!!

    kalau hg nak boikot ajak aku sekali....kuikuikui
    aku sokong boikot calon N12!!

    Dr mansur??sapa nie...aku x pernah nampak pun...

    BalasPadam
  17. Kami sekeluarga pun sama jugak.. kami tinggal Perak.. walaupun dekat dan hari tu citu.. tapi tak mau balik jugak...

    Kena bagi signal jugak kat Anar ni.. kadang2 tu sombong sangat...

    BalasPadam
  18. huhh!~!!respon yang seimbang...pro kontra.
    alahai naper la calon nie byk sgt orag soal?macam ada masalah jer?

    aku yang pening.......

    BalasPadam
  19. slm,elok juga pilih pemimpin yg ada byk degree dia rajin ..tandanya ,jgn macam arif shah dulu degree luar kampus entah mana2 U yg umno cuba kelentong rakyat. undi ajelah,balik laksanakan tuntutan amar maaruf nahi mungkar. dapat kat umno habis duit rakyat.

    BalasPadam
  20. DSAI
    kembalilah semangat reformasi kau yg dulu..
    xkan nk jadik klon ameno kot.

    BalasPadam
  21. Salam ziarah dari teman sekampung! Izinkan aku tambah link hang nooo..!

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu