Pilihan anda di PRU13

Selasa, 21 April 2009

KRISIS TERENGGANU - JOM JOIN AKU.

KUALA TERENGGANU: Pelantikan seorang pemandu ambulan sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Datuk Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Pada mulanya hanya 13 ADUN yang bertindak bertentangan dengan Ahmad, namun ada lima lagi ADUN dipercayai akan menyertai kumpulan berkenaan.

“Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak,” katanya.

Ditanya sama ada kumpulan berkenaan juga akan memberikan tekanan supaya Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Rosol berkata mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Sebaliknya mereka mengharapkan satu perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Jumaat ini adalah harinya, kita dengar Perdana Menteri akan membuat satu keputusan bagi menyelesaikan kebuntuan antara Menteri Besar dan kumpulan ini,” katanya.

http://mstar.com.my

AKU NAK PINDAH PI JADI RAKYAT TERENGGANU PULAK LEPAS NI.

BODEK SIKIT-SIKIT MB TU.

KOT-KOT BLEH JADI PENGARAH MANA-MANA SYARIKAT GLC.

KAH..KAH...KAH.....

PENGANGUR YANG TAMAT TINGKATAN 5 PULAK JADI PENGARAH.

GERENTI MELETUP.....

KAH..KAH...KAH....

JOM KITA SERBU TERENGGANU.

2 ulasan:

  1. ITU TAK BERAPA KONTROVESI.

    KALAU AKU LAGI MELETUP.

    SEORANG BEKAS BANDUAN TAMAT TNG.3 JADI PENGARAH.

    BARU MELETUP SELURUH MUKA BUMI.

    @ skang aku dah berubah

    BalasPadam
  2. Aku ingat bukan apa tu,sebenaqnya dia nak tolong orang susah bagi jadi senang,pasai tu la dia buat macam tu,kalau orang dah senang,buat apa dia nak tolong lagi...

    senang cucuk idung,senang ikut perentah dia,senang itu,senang ini,senang begitu,senang begini...pendeknya semuanya SENANG!kah...kah...kah

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu