Pilihan anda di PRU13

Khamis, 23 April 2009

PAT TAHIL - MY BEST PREN!!!...

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini Khamis membenarkan permohonan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencelah dalam prosiding kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam penghakiman lisannya berkata Peguam Negara sebagai pelindung kepentingan awam harus dibenarkan menjadi pencelah dalam prosiding yang mempunyai kepentingan orang ramai.

Beliau turut berkata isu dalam kes tersebut membabitkan tafsiran Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang sama dengan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan.

"Sudah tentu mahkamah boleh mempelawa Peguam Negara sebagai sahabat mahkamah tetapi selepas mempertimbangkan isu utama di sini, saya berpendapat untuk membenarkan Peguam Negara mencelah dan membantu mahkamah.

"Lebih-lebih lagi, isu ini adalah sesuatu yang mempunyai ciri-ciri sejarah.

"Seorang Menteri Besar dilantik dan seorang lagi tidak meletakkan jawatan," kata Abdul Aziz yang merupakan hakim ketiga mendengar permohonan itu selepas Mahkamah Persekutuan merujuk kes itu semula ke Mahkamah Tinggi. BERNAMA.

LAGI PARTI KOMPENEN BN PUNYA HAL.

APA KEPENTINGAN PAT TAHIL DI SITU

NAK MEMBANTU MAHKAMAH ATAU NAK MEMBANTU KERAJAAN.

ADA UDANG SEBALIK BATU....

dey mamakkkkk...... ku ci ku ci he pat tahil.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu