Pilihan anda di PRU13

Ahad, 19 April 2009

PENANTI - Najib!! Sila dengaq cakap Madey

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub hari ini.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu..
Malaysiakini

madey :
"JIB...... LAWAN TETAP LAWAN...
JANGAN MENGECEWAKAN AHLI DAN PENYOKONG.
KALAH LAIN CERITA".

jib:
" MANA BOLEH MACAM TU. AKU DAH KENA 2-1 ARI TU.
TAKKAN NAK KENA LAGI KOT".

1 ulasan:

  1. hahaha.. sila la mai cik madey...kami kat Srikandi Permatang Pauh menunggu kedatangan...SRIKANDI SINAR NEGARA..

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu