Pilihan anda di PRU13

Selasa, 14 April 2009

Rais Yatim ulas isu ISA

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Salah tanggapan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak menepati standard kemanusiaan adalah tidak betul, kata Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan yang baru, Datuk Seri Dr Rais Yatim Isnin.

Beliau berkata ada proses habeas corpus di mana perjalanan undang-undang berfungsi pada seseorang yang ditahan di bawah ISA, membabitkan mahkamah dan untuk membuktikan dirinya bebas daripada semua pertuduhan terhadapnya.

"Tetapi bahagian itu belum dihuraikan oleh sesiapa pun. Mekanisme itu bahawa kita di bawah ISA, terutamanya Seksyen 8 dan 73, boleh dicabar melalui proses habeas corpus di mana sistem ini juga adalah lazim, dan sesungguhnya, mengatakan bahawa ISA tidak menepati standard kemanusiaan adalah salah," katanya dalam satu temubual "Hardtalk" yang disiarkan oleh BBC.

Mengenai undang-undang membenarkan tahanan tanpa tempoh dan tanpa dituduh atau dibicarakan, beliau berkata bukan tidak ada tempoh, kerana kerajaan Malaysia menggunakan tempoh penahanan 60 hari seperti Akta Pengganas di Britain di mana suspek ditahan sehingga 21 hari.

"ISA merupakan undang-undang asal pada 1948 yang diberikan oleh Britain...pada ketika itu, Malaya terdedah kepada perang gerila, persekitaran pada masa itu, jadi ia telah menjadi satu sistem di mana ia kini dipersoalkan oleh ramai orang.

UNDANG-UNDANG MAT SALEH LEPA PAKAT DOK PERTAHAN.
UNDANG-UNDANG TUHAN BOLEH BUAT TAK TAHU.
........................................................................................................................

1 ulasan:

  1. kena tubuh kementerian yang menwartakan dan melaksanakan di seluruh negara segala perintah Tuhan...
    Tetapi perintah Tuhan yang mana patut diwartakan dan dilaksanakan ? ...

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu