Perak peruntuk RM8j bantu pelajar miskin
SUNGAI SIPUT: Kerajaan Perak memperuntukkan sejumlah RM2 juta lagi bagi membantu pelajar miskin dan kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, menjadikan peruntukan bantuan itu meningkat kepada RM8 juta tahun ini.
Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata dengan tambahan peruntukan itu, lebih 6,000 pelajar berpeluang menikmatinya apabila mereka mula mendapat tawaran ke IPT pertengahan tahun ini.
"Peruntukan RM8 juta itu adalah untuk keluarga yang susah, berpendapatan rendah bagi membantu anak-anak mereka yang berjaya melanjutkan ke peringkat lebih tinggi.
"Ini termasuk bagi anak-anak mereka di peringkat kursus persijilan yang mungkin berkaitan teknikal selain diploma dan ijazah pertama. Peruntukan ini kita buka kepada semua anak Perak," katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Bersama Rakyat di sini hari ini.
ALHAMDULILLAH..... SYUKUR...
HARAP2 JANGAN CAKAP KOSONG SAJA.
JANGAN MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.
.....................................................................................
@slalunya apabila seseorang manusia itu dalam keadaan terdesak, macam2 janji akan ditabur untuk memperlihatkan kebaikannya. Harap2 zamry tak macam tu la.Apapun demi pendidikan dan kebaikan rakyat, aku sokong 100%.
@orang cakap- mamak cakap tak brapa nak boleh percaya
aku setuju ayat terakhir bro..
BalasPadamaideea ciplak kerajaan pakatan rakyat.umno bn perintah 51tahun takmampu nak buat.bila rakyat rentap mandat pada pru 8mach baru macai macai bn ada akai porahhhh.
BalasPadam