Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 18 April 2009

PENANTI - Umno parah kerana barah

Umno dan BN kini berada di penghujung hayat. Jantungnya dalam keadaan tidak stabil. Kecederaan paru-paru semakin parah. Kompilasi buah pinggang semakin serius. Barah mula menular. Hanya mampu menggunakan talian hayat untuk meneruskan hidup di bumi bertuah ini.

Walaupun berada di penghujung hayat, keegoan dan kezaliman masih belum mampu dibuang. Kejahatan bagai sudah sebati dalam diri. Lihatlah bagaimana mereka memperkudakan PDRM, SPRM dan badan kehakiman. Dan memperlembukan media arus perdana dan SPR. Mereka ingin mengaburi mata rakyat dengan kebaikan yang direka-reka. Menampak cantikkan apa yang hodoh. Mengecat kembali kehitaman dengan kepuraan-puraan.

Namun mereka harus mengakui bahawa rakyat sekarang sudah pandai menilai. Dah ramai yang mengaji tinggi. Dah ramai yang masuk U. Bukan seperti rakyat dahulukala (saluran 1), pengetahuan mereka terhad tidak seperti rakyat sekarang yang dapat mencari berita dalam pelbagai sumber. Bagaimana lagi mereka mampu utk melindungi keburukan dan kehodohan para pemimpin mereka. Semuanya sudah jelas di kaca mata masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu