Pilihan anda di PRU13

Khamis, 30 April 2009

PENANTI - APA strategi PKR umum calon awal?

PKR mengumumkan calonnya lebih awal daripada kebiasaan. Sesuatu yang luar biasa. Apakah strategi yang digunapakai oleh DSAI kali ini. Hangpa jangan tanya aku pulak, bab ni hangpa kena tanya DSAI sendiri sebab beliau saja yang boleh bagi jawapan.

Mungkin tak mau bagi ahli2 PKR jadi berpuak2..

Mungkin jugaK nak tengok reaksi BN.

Mungkin jugak nak test market Mansor kat sini.

Mungkin saja-saja......

mungkin.....................................................

Apa pun bagi aku semua tu tak penting. Sekiranya Mansor ingin menambat hati para pengundi disini, beliau harus bekerja keras. Jangan hanya hadir di ceramah2 dan majlis rasmi sahaja. Beliau sepatutnya cuba mendekati masyarakat setempat bermula dari sekarang. Cuba turun ke masjid2 berjemaah dengan pengundi2 disini. Turun ke kedai2 kopi bersembang dengan penduduk. dengar sendiri pandangan penduduk. Baiki apa yang lemah. Dengan cara sebegini, sekurang-kurangnya pengundi akan kembali membuka minda dan menerima beliau.

Ada pelayar yang kata aku anti orang luar sebab gaya penulisan aku macam tak berapa setuju dengan mansor. Kahkahkahhh..... Aku tak anti dengan orang luar, jangan salah sangka. Aku menulis melalui pemerhatian aku. Kalau pengundi tak setuju, aku tulis tak setuju. Kalau pengundi kata OK, aku tulis OK. Buat apa aku nak tulis pusing2, aku bukannya dibayar pun dan aku tak rela dibayar untuk kelentong hangpa.

1 ulasan:

  1. aku setuju dengan ampunya blog nih ... Dr. Mansor .. kena mula turun padang .. mai jumpa dan berkenalan dengan pengundi .. apajua pandangan pengundi ..itu hak depa nak cakap apa pun ... tapi Cot hang kena prihatin lah .. depa tak kisah sapa pun jadi calon tapi yang depa risau takut hang pun jadi macam fairus tuh ... so Cot tepuk dada tanya selera .. perbetulkan persepsi negatif tersebut .. Insya Allah hang akan diterima baik oleh pengundi ... InsyaAllah ... semoga sukses .. Amin

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu