Majistret Nurulhuda Mohd Yusof mengeluarkan perintah tahanan tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin berkenaan yang juga pembantu menteri negeri.
Pada mulanya pemimpin berkenaan dipanggil oleh suruhanjaya itu untuk disoal siasat.
Bagaimanapun pegawai SPRM cawangan Sabah enggan mengulas mengenai penahanan tersebut namun tidak menolak kemungkinan pasaukan siasatan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya akan mengambil alih siasatan kes berkenaan.
Dipercayai SPRM juga telah menahan seorang lagi iaitu ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah untuk disoal siasat.
SPRM juga kini dikatakan sedang menyiasat beberapa rakaman klip video pemimpin negeri memberi wang kepada perwakilan Umno negeri itu bagi menyokong beberapa pemimpin tertentu yang bertanding pada pemilihan Umno akhir bulan lalu.... mStar
KALAU SALAH SUMBAT DALAM JEL.
TAK KIRA UMNO, BN, PKR, DAP, PAS ATAU SESIAPA SAJA YANG SALAH, YANG SALAH TETAP SALAH.
JANGAN BAGI MUKA KAT PERASUAH.
HUMBAN SAJA MALAUN2 INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)