KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu ‘pinangan’ daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.
“Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku),” katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.
“Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, hari ini.
Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat ’satu kejutan’ terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.http://www.bernama.com
Dasar manusia tak kenang budi.Dasar manusia lidah bercabang.
Tak payah tunggu pinangan.
Kalau berani letak jawatan, kita serah pada rakyat.
Biar rakyat yang tentukan.
Tok Heng tok heng... bila lah kau nak bertobat..?? asik2 melompat... kang patah kaki kang dah tak boleh melompat baru tau.... aku doakan kau tok heng kena stroke kalu kau lompat masuk parti tong taik tu (umnolah)... biar ada prk kat Golden Sands....
BalasPadamEntah kenapa, aku lak yang kecewa ko tak jadi mentri.......
BalasPadam