Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 3 April 2009

Azalina Othman Said Dah Naik Angin?

Azalina Othman Said semalam menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwanya melengahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

Menteri Pelancongan itu berkata, SPRM kini dilihat berdiam diri tanpa memberi sebarang alasan terutama selepas selesai saja Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang menyaksikan beliau tewas dalam merebut jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Jadi saya tengah nak tanya SPRM ni... saya tengah nak naik angin ni... apa yang dia (SPRM) nak buat ni, nak tunggu apa. Kalau nak siasat, siasat lah. Kalau tak ada kes, buang sajalah. Saya tak pasti kenapa ini berlaku.

“Saya rasa mereka (SPRM) jatuh cinta dengan saya,” katanya...berita hairan

Betui ka diorang jatuh cinta sama you. haaahaahaaaa.. aku rasa minah ni mesti pening sbb SPRM kalau siasat kes PR cepat. Cek tolong sabaq sat naa, kesian kat abang2 SPRM tu, banyak lagi kes lepa nak kena siasat, kes lembu, kes kambing, kes keta, Biasala cik azalina oiii.. hang tak femes... PR ni lain sikit... dia punya rating populariti tinggi sikit.. Tu yang SPRM siasat cepat kes PR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu