Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 10 April 2009

Menang Atau Kalah... Allah Maha Perkasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga kita semua sentiasa ingat kepada ALlah. Jangan lupa ALlah........yang menang mahupun yang kalah. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari ALLAH Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijak. AaLI IMRAN 126

Perhatikan betul-betul dua sifat ALlah di hujung ayat di atas الْعَزِيزِ Yang Maha Perkasa الْحَكِيمِ Maha Bijak, faham betul-betul.

ALLAH MAHA PERKASA DAN MAHA BIJAK

•Pernyataan bahawa ALLAH Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan. Jadi janganlah sombong, angkuh dan lupa daratan apabila kita telah menang.

•Manakala pernyataan bahawa ALLAH Maha Bijak menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan. Jadi janganlah frust, putus asa, kecewa, hilang pertimbangan dan marah-marah apabila kita tidak menang.

﴿إِن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلاَ غَالِبَ لَكُمْ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِى يَنصُرُكُم مِّنْ بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ .

jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah Yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan Yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman itu berserah diri. (Surah Aali Imran=160)

MEMBERI DAN MENCABUT KERAJAAN/KEKUASAAN ADALAH KUASA ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. AaLI ‘IMRAN=26

Kalau begitu setiap muslim mukmin hendaklah segera kembali bertaubat kepada ALlah terutamanya kepada mereka yang berkuasa. Ingatlah bahawa kuasa kita tidak kekal dan kita sebenarnya tidak punya kuasa mutlak, bila-bila masa ALlah boleh menarik semula kekuasaan yang telah diberikan. Kepada yang mempunyai kuasa/memiliki kerajaan maka gunakanlah kuasa yang ada untuk menegakkan hukum ALlah, membela orang-orang miskin, mengagihkan rezeki kurniaan ALlah secara yang adil tanpa mengira bangsa, agama, parti dan kedudukan. tk..

sumber.... dari yusofembong.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu