Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata berkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponennya.
.......................................................................................
Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, beliau pada dasarnya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding memandangkan pertandingan itu nanti akan melibatkan kos yang besar. "Bagaimanapun, kita tidak boleh bagi mereka (PKR) menang percuma. "Kalau BN tidak mahu bertanding, BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding atas tiket Bebas.( Pasai apa nak taja BEBAS, awat kalau calon BEBAS tak payah pakai duit ka)
..............................................................................................................
Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk T Murugiah berkata, pihaknya juga menyokong jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana ia ternyata mainan politik pembangkang yang langsung tidak memikirkan wang rakyat yang akan dibazirkan begitu sahaja...............................................................................................................
Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Kah Siong menyifatkan tindakan BN tidak meletakkan calon merupakan langkah yang tepat. "Jika (BN) bertanding, ini akan menghabiskan masa kita dan wang pembayar cukai," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. ( Pasal apa nak guna wang pembayar cukai.... pasai apa tak guna wang parti...ish...ish.... konpius betui la aku)
..............................................................................................................
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Veelu berpendapat BN patut meletakkan calonnya. Katanya, BN perlu bertanding bagi menjaga imej dan integriti gabungan itu.
..............................................................................................................
Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata jika kepimpinan BN berpendapat bahawa pilihan raya kecil itu adalah muslihat politik PKR dan pembaziran wang rakyat maka parti itu akan mematuhi sebarang keputusan yang diambil. "Sebagai individu, saya berharap BN akan bertanding merebut kerusi itu kerana tidak mahu melepaskan atau menghampakan penyokong setia BN di kawasan itu.
..............................................................................................................
Bagi Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau turut bersetuju jika BN tidak bertanding di Penanti memandangkan itu merupakan kubu kuat pembangkang.
...............................................................................................................
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.
PAKAT-PAKAT PIKIAQ SENDIRI LA...
UMNO sampai bila bila pun mana ada maruah, beb... baruah ada la...
BalasPadamBiasalah jika selalu kalah mesti tiang gol atau padang tak ikut sukatan, maka kenalah bermesyuarat untuk membetulkan tiang gol yang tak boleh masuk gol!!! aku 'fool back'
BalasPadam