Pilihan anda di PRU13

Khamis, 2 April 2009

Pesanan Dari Kedai Kopi Sebelum Mati


Pesanan untuk pemimpin2 yang dok kaya ngan rasuah.

Sementara hidup, jangan hanya mengejar kekayaan.
Jangan dok berhibur di Danok.
Tak perlu beli kondo kat London.
Tak perlu beli tanah kat Argentina.
Tak perlu buat banglo kat Australia.
Harta hangpa tak boleh bawak sampai kemana.
Last2 skali rumah kecil bertiang dua jugak tempat penginapan abadi.

Sebelum mati apa yang hangpa nak kena sediakan.
Nie aku bagi sedikit tips, beli siap-siap. (masa hidup boleh beli macam2 takkan
benda yang ciput ni tak boleh nak sediakan.)

Tolong tulis takut lupa.

Keranda ( ukuran saiz sendiri)
Kain kapan
Kapur Barus
Kayu cendana
Air mawar
Bunga
Sintok
Kemenyan
Minyak wangi
Sabun dan daun bidara
Sarung tangan, kain sugi dan kain murung

tambah lagi :

Duit upah gali lubang ( harga ikut kawasan )
Batu Nisan ( kena tgk kualiti )
Upah orang baca Yassin
biskut kering
kopi 'o'.

Apapun, seboleh-bolehnya matilah dalam iman.
Sempat lagi kalau nak bertobat.

3 ulasan:

  1. kalau semua ingat mati- konfem aman dunia..hehe nak buat cmne, manusia ni mudah lupa bila dah ada pangkat dan harta..

    BalasPadam
  2. bab-bab macam manusia sering lupa.
    tahniah.
    kena ingatkan selalu.

    BalasPadam
  3. bab-bab macam ni manusia sering lupa.
    tahniah.
    kena ingatkan selalu

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu