Pilihan anda di PRU13

Rabu, 15 April 2009

Oh! Rais Ku Sayang

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau tidak fikir rakyat di negara ini akan meniru gelagat seperti yang berlaku di Thailand baru-baru ini.

"Saya tidak fikir mereka akan meniru gelagat di Bangkok," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Jabatan Penerangan di sini hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan mana-mana pihak supaya jangan sesekali cuba mencontohi perbuatan itu, kerana menurut beliau, undang-undang di Malaysia adalah khusus, jelas dan dapat dilaksanakan berbanding undang-undang di beberapa negara jiran.

"Jika sebarang tindakan menyalahi undang-undang negara, pihak berkuasa akan ambil tindakan," katanya.

OH! RAIS KU SAYANG.
Mana mungkin rakyat Malaysia seganas itu,
Rakyat Malaysia hanya tahu angguk dan angguk saja,
Tapi....
itu cerita dulu,
sekarang,
tiada yang mustahil,
Apabila rakyat ditindas, hak mereka diketepikan.
Apapun boleh jadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu