Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 18 April 2009

PENANTI - Kah Kah Kahhhhh....

Penanti…
Itulah satu penantian…
yang menjadikan aku ternanti-nanti,
aku terus menanti,
sedangkan dia mula nak berhenti,
katanya takut rugi…
kah…kah…kah…aku jadi geli,
saat-saat begini yang dinanti,
akan muncul lagi..
dan terlalu ramai yang sedia berbakti..
untuk mengukur,
mana rendah mana tinggi,
untuk melihat,
berapa banyak tangan,
berapa banyak kaki…
untuk mengira,
berapa banyak untung,
berapa banyak rugi..
siapa akan jadi tauke,
siapa pulak akan jadi kuli..
siapa akan kena belasah,
siapa akan jadi kaki buli..
apa-apa pun terjadi,
semua perlu hati-hati,
jangan untung sekarung,
tapi ruginya seguni……………..

sumber: ulasan Akura dalam post yang lepas.[klik sini]
Terima Kasih kerana mengulas.

1 ulasan:

  1. Penanti oh Penanti.
    bikin hati ternanti-nanti.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu