Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 3 April 2009

Najib bebaskan 13 tahanan ISA & 2 Akhbar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan tiga keputusan penting sebentar tadi - menarik balik penggantungan dua akhbar selain membebaskan 13 tahanan ISA dan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Ia merupakan pengumuman penting dibuat oleh beliau pada hari pertama dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

Daripada 13 orang itu, dua orang merupakan pemimpin Hindraf yang telah diharamkan.

Dua pemimpin Hindraf itu ialah, V.S. Ganapathy Rao and R. Kengadhedharan.

Mereka dibebaskan serta-merta.

Pada 23 Mac lalu, Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit dua akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar serta membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta-merta.

Mereka yang akan dibebaskan ialah dua pemimpin Hindraf, tiga rakyat asing dan lapan anggota Darul Islamiyah.

Dua pemimpin Hindraf tersebut ialah peguam V Ganabatirau, 40, dan R Kenghadharan, 40.

Mereka adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan hampir dua tahun. Tiga orang lagi ialah peguam M Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36.


KENAPA NAJIB LAKUKAN INI SEMUA?

"kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap merbahaya dan munasabah."katanya

sumber mStar, malaysiakini.

ITU NAJIB KATA, INI AKU PULAK YANG KATA....

Pergantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan adalah strategi politik licik Najib.
Srategi licik ini mungkin tidak dapat dihidu oleh PR. Perkara ini dirancang dengan teliti.
Harakah dan SK digantung semasa perintahan Pak Lah, ramai yang tidak berpuas hati dan selepas Najib menjadi PM-6, umpama seorang HERO, beliau menarik balik larangan tersebut. Dengan cara membebaskan tahanan ISA dan menarik balik larangan pergantungan 2 akhbar tersebut, beliau merasakan perkara ini sedikit sebanyak dapat menengelamkan isu2 yang berkait rapat dengan dirinya. Beliau berpendapat isu ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi piliharaya kecil yang akan berlansung pada 7.4.09.
Wahai rakyat sekalian, janganlah kamu mudah teperdaya dengan mainan politik.
Seperti juga semasa zaman Pak Lah dulu, ramai yang berterima kasih kepadanya apabila membebaskan DSAI. Perkara dan skrip yang sama cuma watak yang berlainan.

Lain kali guna la skrip baru, tak payah cilok2.

5 ulasan:

  1. salam...

    kalau dia berani, pasaipa tak tutup teruih kem Kemunting tu..hapuskan ISA teruih..ni setakat 13 orang bebas, tak tau berapa ramai dia nanti tangkap masuk pulak...lakonan awai semata-mata saja tuu...

    BalasPadam
  2. mungkin die nak bertaubat. biarla. berikan die peluang nak mengubah diri

    BalasPadam
  3. Nampaknya Najib dah guna falsafah atau budaya JKR. Seperti JKR biasanya dia buat masalah yang dia sememangnya boleh selesaikan. Lepas itu dia selesaikan maslah itu. Kemudian dia tulis pada billboard. Jasa Kepada Rakyat. Contohnya. Dia korek lubang ditengah jalan, maka timbullah masalah. Oleh kerana JKR cukup fasiliti untuk kambus lubang dan tarkan jalan itu maka biasalah JKR buat hal itu. Begitu juga Najib, dia buat sedikit masalah seperti gantung Harakah dan SK lepas itu istihar dalam ucapan sulung, pengantungan ditarik balik dan bonus lagi bebaskan tahanan ISA. Siapa berjasa? Ohhhh... Najib. Siapa Hero, Ohhh.. Najib. Hebatkan Najib ni.

    BalasPadam
  4. Ini adalah sentuhan pertama MR.PM baharu kita...depa... Sentuhan itu umpama umpan kepada mata kail yang cuba meraih simpati si ikan. Ikan zaman ini bukannya mudah dikail begitu, kecualilah ikan-ikan ameno...jenih 'belukang'...pantang tengok ayaq bekocak...

    BalasPadam
  5. Salam saudara/saudari semua.

    pendapat saudarabaharu agak menarik.
    ikan la dah kurang nak makan umpan umpun2, udang market, kerang dll....
    ikan sekarang dah lain, dah moden,
    la ikan pun layan 'popper, ketul jig, rapala dll...

    Melayu jangan mudah ditipu,... lagi2 dengan bangsa sendiri.
    Bebaskan minda dari cengkaman umno lapok.
    Gunalah otak sendiri sebaik2nya.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu