Pilihan anda di PRU13

Rabu, 29 April 2009

PENANTI - ??? Ni Apa Cerita.???

PULAU PINANG, 29 April (Bernama) -- Exco kerajaan negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan berhubung hasrat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pada dasarnya beliau tiada bantahan berhubung cadangan itu bagaimanapun perbincangan bersama exconya perlu diadakan terlebih dahulu.

"Berilah peluang untuk kami berbincang dahulu dan saya berjanji esok akan umumkan keputusan berhubung isu itu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Jawatan TKM1 telah dikosongkan oleh penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin pada 8 April lepas kerana mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.

PATUT LA ORANG KAMPUNG DOK KATA MANSOR BUKAN BERTANDING UNTUK DUN TAPI UNTUK TKM1.

KAH KAH KAHHHH....

MENANG KALAH BELUM TENTU LAGI

LAIN KALI, BAGI ABIS PILIHANRAYA DULU BARU BINCANG BAB NI.

HARUS DIINGAT, KUASA TUHAN MENENTUKAN SEGALANYA.

....................................................................................................................................

8 ulasan:

  1. kah kah kahhhh....
    kuasa tuhan menentukan segalanya
    tp kena merancang bro
    klu yang baik apa salahnya
    KKTM anti orang luar ke?

    kubangUlu

    BalasPadam
  2. anuar tu kalut.
    tak beghedan-ghedan.

    BalasPadam
  3. DENGAN INI KAMI SEKELUARGA YANG TINGGAL DI KELANA JAYA TIDAK AKAN BALIK MENGUNDI DI KAMPUNG (ARA KUDA, PENANTI). AKAL KAMI DIPERSIA-SIAKAN...

    BOIKOT CALON PILIHAN N12!!!

    BalasPadam
  4. Pengundi luar Penanti30 April 2009 pada 2:32 PTG

    Kami sekeluarga pun sama jugak , pengundi Penanti duduk di Kuala Lumpur , Ampang...segan nak balik mengundi.. kami 8 orang anak beranak .. mengundi di sekolah Sri Penanti dan sekolah cina Berapit...

    Kita boikot by election Penanti ramai-ramai..
    Suara rakyat suara keramat... PKR janganlah sombong sangat....

    BalasPadam
  5. hidup rakyat!!!
    hidup rakyat!!!

    rakyat penentu perubahan!!!
    serahkan kembali calon wakil rakyat kepada warga Penanti. Jangan biar perpecahan berlaku!!

    REFORMASI!!!

    BalasPadam
  6. tu la..belum duduk dah nak belunjug..aku pun heran dengan depa ni....sat ni orang kata hangpa dok tadah tempayan kosong tunggu hujan ..hampa bengang, sabag-sabag la sama.!!!

    BalasPadam
  7. startegi politik tu...wahai teman2.
    usaha memancing undi dan kempen peringkat awalan. kena pandai bab ni.
    secara tak lansung, depa kata: wahai pengundi Penanti, kalau kamu ngundi calon kami dan dia menang, dia akan dilantik jadi TKM 1, maka beruntunglah kamu bila ADUN kamu jadi TKM 1. byk projek dia boleh bawa ke Penanti nanti

    BalasPadam
  8. pas penanti ... prk mana plak...

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu