Pilihan anda di PRU13

Ahad, 26 April 2009

ROSMAH BERHATI MULIA!

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mencadangkan syarikat pengendali telekomunikasi di negara ini memberikan laluan percuma kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mengumpul sumbangan orang ramai kepada Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin (Pemangkin).

Katanya, ini berikutan SMS berkenaan bertujuan memungut dana bagi membangun dan menyediakan keperluan anak yatim, yatim piatu dan golongan miskin melalui Skim Sumbangan Amal Jariah untuk pembangunan anak-anak yatim atau miskin.

"Sesungguhnya usaha murni ini telah mengukuhkan lagi YaPEIM sebagai Institusi Amal Jariah dan Pembangunan Sosio-ekonomi yang diasaskan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat di negara kita," katanya.

Pemangkin kini memberikan tumpuan khusus kepada melaksanakan Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin dan Anak Yatim Nasional (Santun) dan Program Pembangunan Anak Yatim dan Miskin Mangsa Tsunami di Acheh... BERITA HAIRAN.

ALHAMDULILLAH.

MULIA SUNGGUH HATI LAKI NAJIB NI.

TAPI,

KALAU BELIAU DERMA ELAUN SHOPPING SELAMA SETAHUN,

ATAU,

KOMISYEN KAPAI SELAM,

GERENTI DAPAT BANTU ANAK2 YATIM SELAMA BERPULUH TAHUN.

1 ulasan:

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu