Sepatutnya dalam sebuah kepimpinan baru mesti kuat untuk berhadapan dengan musuh politik maklumlah bukan sahaja berkepala baru bahkan mendapat sayap baru yang tentunya bagaikan penyapu baru yang boleh meningkatan prestasi gerak kerja ke arah yang lebih sistematik.
Harapan ahli Umno terhadap kepimpinan baru pastinya melonjak dan mahu membuktikan prestasi seperti dulu boleh menang setiap kali diadakan pilihanraya kecil apatah lagi pilihan raya umum yang masing-masing sibuk di kawasan sendiri.
Dulu Umno dan Barisan Nasional (BN) rasa tidak tertekan bilamana ada pilihan raya sama kecil atau umum tetapi kini lain pula terasa. Mungkin itulah tanda-tanda hayat Umno sudah di penghujung perjuangan.Umno dulu juga berbangga dan yakin boleh menang dengan calon yang ditampilkan manakala pembangkang sering mengigit jari menempuh hari-hari kekalahan.
Semasa era mantan Perdana Menteri ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad semua rakyat boleh lihat jika Umno mencalonkan 'batang kayu buruk' sekali pun pastinya menang berbanding pembangkang yang mencadangkan seorang yang kaya dengan ilmu agama atau profesional.
Nampak gayanya senario itu sudah berlalu bagi Umno dan BN. Rakyat secara umumnya tahu menilai di antara kaca dan permata.Perkara itu terbukti ketika berlakunya reformasi di mana Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Anwar dipecat daripada kabinet rata-rata kemarahan rakyat membuak-buak berbanding kejadian pertelingkahan Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa nama besar sehingga Umno di haramkan sejurus kemudian keluar Umno dan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.
Waktu itu gelombang sekadar pergolakan kepimpinan sahaja tidak mencuri perhatian rakyat sebagaimana yang berlaku sekarang ini berpunca daripada cetusan ketidak puasan naluri rakyat.
Tiba-tiba sahaja Perdana Menteri ke lima Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat keputusan drastik tidak sepertimana Perdana Menteri terdahulu ada pilihan raya pasti meletakan calon.
Pantang menang percuma
Pantang memberi pembangkang menang percuma.Di era melinium mengkaji tindakan samada mahu meletakan calon atau sebaliknya tentu menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
Hal ini tidak pernah berlaku melainkan di bawah kepimpinan baru yang dianggap terbaik apatah lagi dikatakan pemimpin berjiwa rakyat sepertimana kejayaan ayahdanya, Tun Abdul Razak yang jelas mencetuskan ideal membuka tanah rancangan Felda untuk bumiputra memperbarui masa depan serta menerokai impian baru memupuk rakyat berdikari serta berbakti pada tanah menerusi 'bumi hijau'.
Namun, kes Pilihanraya kecil di N12 Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh setelah perletakan jawatan penyandangnya, Mohamad Fairus Khairudin dan sewaktu Najib yang baru mendapat kuasa mentadbir negara ini semangat juangnya lutur dan kendur.Ramai yang berpandangan jika Umno dan BN kecundang lagi ke mana parti yang didakwa nadi orang melayu itu hendak digalas?
Lagipun, kemungkinan Najib sudah terasa bahang kejatuhan sebagaimana yang diingatkan oleh mantan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar Umno dijagai kerana parti itu boleh berubah atau rebah ekoran kes yang membelenggu parti itu sejak dulu.Selepas Najib memberikan kata dua antara bertanding atau tidak tiba-tiba muncul pula Tun Mahathir Mohamad yang bergegas mahukan Umno dan BN bertanding di Penanti jangan biarkan pembangkang menang percuma setelah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Trengganu dan merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang, Permatang Pauh dan Bukit Selambau.
Walaupun memenangi kerusi Dun Batang Ai di Sarawak sebenarnya tidak membawa erti pada kedudukan politik yang kini menyebelahi Pakatan Rakyat.Tun Dr Mahathir tentu tahu betapa pedihnya kalah sebelum bertarung lebih-lebih lagi di era Najib sebagai Perdana Menteri.
Tun Mahathir bimbang pengaruh Pakatan Rakyat meningkat 100 peratus kerana berjaya memenangi pilihanraya kecil padahal BN dan Unmo memperuntukan sebilang besar wang rakyat untuk perbelanjaan setiap pilihanraya termasuk jutaan untuk pasukan polis yang dikhaskan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Bagi Mahathir ia satu bencana jika Umno mengambil sikap berdiam diri sedangkan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat terus diterima.
Sebelum itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar dalam satu ucapanya di Yayasan Aman, Penanti dua tiga hari lepas mengucapkan terima kasih pada Najib kerana prihatin terhadap masalah negara terutama berkaitan ekonomi daripada menghabiskan wang rakyat, masa dan tenaga kerana menumpukan kepada pilihanraya kecil N12 yang sengaja dicipta pembangkang.
Beliau mencadangkan, Umno dan BN tidak meletakan calon sekaligus memberi peluang Pakatan Rakyat menang percuma demi pembentukan kekuatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kembali setelah diasak Umno bertalu talu.sumber : harakahdaily
ditulis oleh Mohd Sabri Said
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)