Pilihan anda di PRU13

Ahad, 5 April 2009

Bukit Gantang, Mee Udang dan Bilik Gerakan

Salam semua....

Kelmarin aku ada pi ronda2 kawasan bukit gantang. Suasana amat meriah. Markas2 dan bilik gerakan berselerak merata tempat.. tapi yang banyaknya tidak berpenghuni. Nak cerita banyak pasai bukit gantang pun, dah ramai rakan3 blogger dan post kan artikel. Cuma yang menarik perhatian aku adalah tarikan gerai mee udangnya.


Gerai2 mee udang juga boleh dikatakan sama banyak dengan markas dan bilik gerakan.Tetapi kedai mee udang lebih menjadi tarikan daripada bilik2 gerakan tersebut. Makcik2 dan pakcik2 yang mengusahakan gerai2 mee udang harus bersyukur disebalik pilihanraya kecil ini. Bayangkan untuk mendapat sepinggan mee udang aku terpaksa bertapa lebih dari sejam, bayangkan berapa ramai pengunjung di gerai tersebut.

Nampaknya bilik2 gerakan harus menyediakan mee udang utk meramaikan orang di tempat mereka.
Amacam dgn mee udang diatas. Nak try, cuba jalan-jalan cari makan di Bukit Gantang.

2 ulasan:

  1. Yang ni cek marah.
    jangan la bagi cek telan air liuq.
    letak gambaq kedai cukupla.
    jangan letak gambaq mee tu

    ANAK PENANG

    BalasPadam
  2. aku pun pernah sekali mkn mee udang kat area sana..mmg meletop beb... bila tgk mee udang tu teringat aku zaman duk belajar/mengajar kat sana dulu..

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu