Melalui pengalaman aku semasa Pilihanraya kecil yang berlansung di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dulu, ramai orang2 luar yang akan datang sebagai pemerhati yang tak diundang. Ini akan menyababkan kesesakan yang luar biasa. Perkara sebegini akan menyebabkan para pengundi akan menghadapi masalah untuk ke tempat membuang undi. Bagi pakcik2 dan makcik2 yang agak berumur akan rasa tertekan dan seterusnya membatalkan hasrat untuk mengundi. Perkara begini sudahpun terjadi di Permatang Pauh dan mungkin juga di Kuala Terengganu.
Sebagai jalan penyelesainya, pemandu2 yang membawa pengundi secara sukarela atau dibayar harus bijak dalam mencari jalan alternatif lain. Sebagai contoh di Permatang Pauh, pemuda2 kampung mengambil jalan kampung, jalan kawasan sawah padi sebagai jalan alternatif. Jalan2 ini akan memendekkan masa untuk ke sesebuah tempat membuang undi. Bagi masyarakat luar yang datang sebagai pemerhati, mereka lebih tertumpu kepada jalan utama berikutan kurang arif dengan jalan2 di dalam kampung.
Setiap petugas2 PR dikampung2 harus mengatur jadual tugas membawa pengundi dengan bijak. Letakkan pemandu2 tersebut dikawasan yang majoriti penyokong PR dahulu. Kemudian baru ke kawasan pengundi yang diatas pagar. Ini akan memberi kelebihan kerana lebih ramai penyokong PR yang pergi mengundi akan memberi kelebihan. Setiap petugas seharusnya bijak menilai dan melihat potensi pengundi. Seharusnya anak2 jati kampung itu sendiri yang patut ditugaskan, ini memberikan kelebihan kerana mereka sudah memahami karenah penduduk kampung dan mahir dengan jalan2 pintas di kampung tersebut.
Sekiranya pemandu2 yang membawa pengundi yang diatas pagar, harus bijak memikat mereka untuk mengundi calon PR. Jangan sesekali memburuk2kan calon lain. Ini akan memberikan gambaran yang negatif terhadap parti. Pengundi2 yang diatas pagar akan menilai kita melalui keperibadian kita. Sekiranya ayat2 yang tak 'power' atau mengjengkelkan, mereka akan keberatan utk pangkah calon PR. Pikat mereka dengan menerangkan matlamat parti dan kelebihan calon. Insyaalah akan diperkenankan oleh Allah SWT. Ingatlah, 'satu' undi amat bermakna.
UNDILAH PAKATAN RAKYAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)