Pilihan anda di PRU13

Khamis, 9 April 2009

Najib akan nilai pretasi menteri setiap 6 bulan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk memantau prestasi dan pencapaian anggota kabinetnya sebagai melambangkan pembaharuan serta pendekatan kerajaan yang lebih bertanggungjawab, berfokus dan mendahulukan rakyat.

Perdana Menteri berkata beliau juga akan terlibat secara peribadi dan secara langsung untuk mengkaji prestasi semua menteri setiap enam bulan dengan dibantu Menteri di Jabatan Perdana yang diberi tanggungjawab dalam sebuah unit bagi memantau KPI berkenaan...

SELALUNYA PAK2 MENTERI KITA CAKAP LAIN, BUAT LAIN. ORANG KATA "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" ATAU "LIDAH BERCABANG".
NAMUN YANG MENJADI PERSOALAN, BAGAIMANA SEKIRANYA TERAJU UTAMA ITU SENDIRI PENUH DENGAN SKANDAL DAN KONTROVESI. MAMPUKAH DIA UNTUK LEBIH BERTANGGUNGJAWAB (skandal sendiri pun belum terjawab) DAN MENDAHULUKAN RAKYAT( takkan laki si Najib nak tengok saja, mesti di mahu dirinya didahulukan)

1 ulasan:

  1. Salam...tumpang lalu. Bila cakap pasal KPI ni rasa nak tergelak pulak. Sebab baru minggu sudah tok laki balik rumah dari ofis tak habis2 mengomel pasal boss dia. Kes KPI lah apa lagi. Dia kata KPI dah ada dah, tapi boss tetap bias. Anak buah tok laki yang meet KPI, boss tak nak bagi lebih markah. Nak bagi kat anak buah bahagian lain. Padahal boss kena percaya kat ke2-2 ketua bahagian dalam penilaian anak buah masing2. Kena fair! Tok laki pun kata...this means war! Jadi orang rumah ni kenalah kawan pujuk.

    Jadi, KPI ni betul ker boleh pakai? Kalau manusia tu manusia jugak. Mesti bias!

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu