Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 10 April 2009

Mahathir + Najib = ?????

Mahathir + Najib = MALAYSIA DIAMBANG KEHANCURAN.


Sekiranya Najib melantik Mahathir sebagai penasihatnya samada rasmi atau tidak, negara berada di zaman kegelapan dan menuju kearah kahancuran. Kezaliman yang dilakukannya semasa era pemerintahannya masih segar di ingatan segelintir rakyat Malaysia. Namun bagi anak2 muda yang lahir semasa zaman pemerintahannya mungkin lebih mengingati pembangunan yang dilakukan oleh beliau. Tidak dinafikan apa yang dilakukan oleh Mahathir untuk pembangunan adalah sesuatu yang baik. Namun sedarkah rakyat, untuk pembangunan tersebut berapa banyak darah dan air mata mengalir.

Pada pandangan saya dari segi pembangunan yang dibawa, tiada apa yang perlu dibanggakan. Pembangunan yang dibawanya bersama dengan budaya2 kuning banyak menghancurkan akhlak dan moral rakyat. Pembangunan yang dilakukan tidak seiring dengan nilai2 timur dan tuntutan Islam. Jadi, apa yang perlu dibanggakan.

Ketika pemerintahan Mahathir selama 22 tahun, rakyat menyaksikan bagaimana kerasnya beliau apabila berhadapan dengan penentang-penentangnya.

Pada November 1985, berlaku tragedi Memali di Baling, Kedah yang sungguh menyayat hati. Ibrahim Libya dan tiga belas orang penyokongnya terkorban, manakala 159 penduduk kampung itu ditahan polis untuk menutup tragedi berdarah di kampung terpencil itu.Dr Mahathir cuci tangan daripada insiden itu, dan sebaliknya menyalahkan Musa, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri yang berada di dalam negara pada ketika itu. Dr Mahathir berada di luar negara.Mengenali cara pemerintahan Dr Mahathir, tanpa restunya, tidak mungkin Musa berani mengeluarkan arahan kepada polis untuk bertindak.

Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial turut menjadi mangsa kekejaman politik Dr Mahathir. Pada Oktober 1987, Operasi Lalang membaham 106 orang, memaksa mereka berdekam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tokoh-tokoh politik yang menjadi mangsa antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Chandra Muzaffar, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, dan Yunus Ali.

Semasa zaman pemerintahan beliau, banyak kezaliman yang telah dilakukan. Diantaranya :-
Raja-raja Melayu di'telanjang'kan beliau dan kuncu-kuncunya sehingga kuasa Raja dikurangkan.
Penyiksaan kepada negeri Kelantan menjadi amalannya apabila geran perkapita pusat kepada Kelantan dilengah-lengahkan.
ISA digunakan sewenang-wenangnya kepada musuh politik BN.
Anak-anak beliau menjadi kaya raya sehingga menjadi Pengerusi kepada ratusan syarikat.
Kes pemecatan hakim - Bermulanya zaman gelap badan Penghakiman.
Umno diharamkan demi untuk menyelamatkan Mahathir.
Penswastaan anak2 syarikat yang dimiliki kerajaan. - yang akhirnya membebankan rakyat.
Kes pemecatan TPM, Anwar Ibrahim - difitnah dan dituduh dengan tuduhan liwat (selepas meletak jawatan Mahathir mengaku menzalimi Anwar Ibrahim).
Demokrasi dipinggirkan - Kestabilan ekonomi sering dijadikan alasan Dr Mahathir menghalalkan tindakan menutup ruang demokrasi – walaupun jelas ia ditujukan kepada pengkritik-pengkritiknya.
dll.

MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA KATA MAHATHIR BIJAK....
(bagi aku, hanya bijak memanipulasi keadaan)

Kalau Mahathir benar-benar bijak mengapakan Malaysia hari ini, dari segi pendapatan per kapita, lima kali lebih miskin dari Singapura, dan tiga kali lebih miskin dari Taiwan dan Korea Selatan?
Di zaman Tunku Abdul Rahman memerintah Malaysia adalah lebih kaya dari Taiwan dan Korea Selatan dan pendapatan per kapita Singapura adalah lebih kurang sama dengan Singapura. Jurang ini bermula dalam tahun 1970 dan terus melebar. Mahathir adalah perdana menteri yang lebih lama, dikatakan paling cerdik. Kalau beliau benar-benar pandai Malaysia sudah tentu dapat memotong kembali ketiga-tiga negara tersebut. Tetapi kadar lebarnya jurang pendapatan per kapita Malaysia dengan ketiga-tiga negara tersebut berlaku dengan lebih pantas dizaman beliau.

Sepatutnya Malaysia sudah berada dikalangan negara2 maju yang lain. Sekiranya tiada ketirisan,rasuah dan amalan kroni dalam pemerintahan beliau, Malaysia mungkin sudah setanding Jepun.

Sekarang Najib berada di puncak pemerintahan, beliau sebaiknya tidak menjadi alat kepada Mahathir kerana apa yang bakal berlaku adalah dibawah tanggungjawabnya. Dan tidak seharusnya Najib menjadikan Mahathir sebagai PM ke-6.

8 ulasan:

  1. ingatlah jika kambing putih yang menyebabkan kambing hitam disembelih, lambat laun gembala kambing akan menyembelih kambing putih pula.

    BalasPadam
  2. mahathir=no hope,
    najib= no change,
    don't raise his (M+N) hopes too much.

    BalasPadam
  3. saya masih ingat dan sentiasa ingat. Saya bukan melayu mudah lupa mcam melayu belah sana tu.

    BalasPadam
  4. dulu itu Madey cakap "melayu mudah lupa",
    sekarang itu Madey pun sudah nyanyuk... sudah lupa banyak perkara.. dia kasi hantam sama Pak Lah, kasi hantam sama KJ... padahal U dulu lagi lasyattt...
    haiyaaa Madey... U sudah lupa kaaaa... U manyak zalimmmm oooooooo....

    ~cikguBahasa ? ~

    BalasPadam
  5. masih ramai remaja seusia saya yang tak tahupun perkara ini.
    boleh dibuat sejarah.

    BalasPadam
  6. salam buat semua...
    inilah sejarah yang tidak diperlihatkan oleh kerajaan. menutup segala kejahatan demi mengejar sebuah matlamat.... kekayaan, darjat serta nama.

    BalasPadam
  7. Mahathir + Najib = MaNa??

    Jawapannya = Malaysia tak ke MaNa-MaNa. Pemerintahan najib sama seperti 'old wine in new bottle'. Kabinet Boneka.

    Ini bukan zaman Mahathir lagi. Dunia dah berubah. Kalau dulu Mahathir boleh control media dan memperbodohkan rakyat. Tapi sekarang telah berubah. Kalau Najib masih menggunakan strategi Mahathir.. maknanya nak pelingkup UMNO la...

    BalasPadam
  8. sebagai anak muda yg lahir dalam pemerintahan mahathir, tiada apa yg hendak dibanggakan. apa mahathir buat. Bapa pembangunan konon. tua kutuk xsedar diri. kalu buat highway dgn kadar tol yg mahal, tu ker pembangunan. janakuasa letrik bagi IPP, tu ker pembangunan. cukai kenderaan yang nelampau disebabkan utk melindungi proton. ini ke pembangunan yg hendak dibanggakan. anak2 muda hari ini terpaksa menanggung kos sara hidup yg tinggi disebabkan pembangunan yg mahathir bawa. banyak lagi harta yrakyat yg dirompak. igt rakyat buta ker. igt rakyat bodoh ker. woi mahathir, jgn igt ko pandai sgt. baik ko bertaubat dan beramal ibadat kerana berjuta2 rakyat akan menuntut hak mereka di akhirat nanti.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu