Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan didakwa di mahkamah berhubung siasatan rasuah kerana tidak cukup asas.
Dalam alasannya itu, SPRM mendapati Fairus ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London, bagaimanapun, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Fairus.
Namun, keputusan itu dikatakan 'kurang disenangi' SPRM Pulau Pinang, yang menyiasat kes tersebut yang berpendirian sebaliknya.
Menurut sumber, sebelum itu pihak SPRM negeri telah mencadangkan agar Fairus didakwa. Ini berdasarkan bukti kukuh yang diperolehi sewaktu siasatan.
Dalam pada itu, pihak SPRM Pulau Pinang dikatakan tidak dimaklumkan keputusan itu terlebih dahulu. Sebaliknya 'sumber SPRM' di ibu pejabatnya dipercayai telah menghubungi Fairus secara langsung.
Malah sehingga kini, media hanya menyatakan keputusan itu daripada sumber SPRM, tanpa memetik jurucakapnya.
Ketika ditanya media semalam, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim enggan mengulas kes berkenaan, dipercayai kerana pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi.
Seorang pegawai SPRM Pulau Pinang yang dihubungi Alahai... mengesahkan pihaknya belum dimaklumkan keputusan tersebut, dan terkejut dengan keputusan berkenaan.
''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban,'' katanya kepada Utusan Malaysia .

Dan lebih menimbulkan persoalan, apabila Fairus sendiri merasakan seolah-olah terkejut, apabila mengetahui dirinya 'bebas' dan tidak akan didakwa.
''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban,'' katanya kepada Utusan Malaysia .
Apakah ada tangan ghaib yang mempengaruhi keputusan SPRM di Kuala Lumpur, yang dikatakan keputusan itu ada hubungkait dengan pilihanraya kecil Penanti yang mungkin akan diadakan nanti ?
sumber : http://zulmamakpng.blogspot.com/
Ini pula cerita kedai kopi.
(Bukan fitnah atau menghasut, ada otak pikiaq sendiri.)
Keputusan yang dibuat oleh SPRM sememangnya mengejutkan warga Pmtg Pauh. Baik dri penduduk kampung mahupun apek tokey kuari itu sendiri. Keputusan yang dibuat nampaknya mampu membuatkan Fairus tersenyum. Walaupun majoriti rakyat tertanya2 betulkah keputusan yang dibuat oleh SPRM ataupun ada tangan2 halimunan yang menjadi pengarah di pintu belakang.
Kes rasuah kuari bukannya bermula semasa Fairus menjadi TKM1, tetapi rasuah kuari sudah menjadi amalan turun-temurun sejak era pemerintahan kerajaan BN lagi. Sekiranya Fairus disabitkan dengan kesalahan rasuah tersebut, tidak mustahil pemimpin2 BN yang terdahulu akan dikaitkan sama. Dan perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pilihanraya yang bakal berlansung. Najib tidak akan mengizinkan perkara ini berlaku walaupun beliau sudah menjangkakan BN akan kalah di Penanti. Najib sedaya upaya akan berusaha untuk mendekatkan jurang majoriti . Sekiranya terdapat pemimpin2 BN terdahulu atau yang masih berkhidmat terkait sama dengan kes rasuah kuari, maka populariti BN akan terus merosot.Apabila SPRM melepaskan Fairus, maka kaum kerabat BN juga akan terselamat.
.................................................................................
PENANTI......
kami MENANTI.....
BN KALAH......
sudah GERENTI....
la apa lu cerita, x payah nanti2lagi dah memang kalah. x lawan lagi baguih.
BalasPadam