Pilihan anda di PRU13

Ahad, 5 April 2009

BN dah tiada modal Batang Ai.

LUBOK ANTU, 5 April (Bernama) -- Pakatan Rakyat (PR) tidak tulen dan ia dapat dibuktikan dengan penggunaan lambang parti yang berbeza setiap kali pilihan raya diadakan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini hari ini.

Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang kekal dengan lambang dacing setiap kali calonnya bertanding dalam pilihan raya.

"Kita dapat buktikan Pakatan Rakyat (PR) tidak bersatu hati kerana mengguna lambang masing-masing untuk calon yang bertanding dan tidak seperti BN yang kekal menggunakan dacing," katanya ketika berucap pada sesi perjumpaan dengan penduduk di Dewan Madrasah Kampung Melayu.

Beliau berkata BN mempunyai 14 parti komponen dan semua parti ini sepakat menggunakan lambang dacing tanpa sebarang perasaan curiga.

Katanya PR membabitkan PKR, DAP dan PAS tidak akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana dari awal lagi mereka tidak bersatu hati dalam menggunakan logo yang sama.

Kah Kah Kahhhh.....
Dah tak dak modal lain kaaa...
ini dia ayat paling power datok menteri:
"PKR, DAP dan PAS tidak akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana dari awal lagi mereka tidak bersatu hati dalam menggunakan logo yang sama"
takkan logo yang nak perintah negara kot wahai datok menteri...
kalau tak dak modal, duduk diam2. jangan buat kenyataan bodoh.
apapun TERIMA KASIH daun keladi diucapkan kerana kebodohan anda.

3 ulasan:

  1. Dia nak perbodohkan orang rumah panjang kot...patut la sabah dan sarawak tak maju2... sebab ada menteri otak penipu macam tu... tak abis2 menipu...

    BalasPadam
  2. di sarawak bukan cukup menipu, samseng pun berkeliaran

    BalasPadam
  3. Aku PM ke-4 dan ke-66 April 2009 pada 3:39 PG

    Bukan di Batang Ai jek.. 2 Bukit tu pun sama.. Penyokong PR kena 'chill'.. Depa dah habis modal dan akan menggunapakai taktik jahat nak menang..

    Agak sukar untuk mereka memulakan, tapi mereka akan terus-terusan memprovoke.. Jangan tolong depe menang.. Krg2kn kes seperti gantung bendera di Bukit Gantang.. Memang depa nak sangat kejadian xdiingini..

    Masuk perangkap depa, media seluruh negara akan hingaq spin cerita.. CHILL PR

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu